Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Monday, December 13, 2010

Hukum perkahwinan

Bismillah

First nak wish heppy besday buat my sis echah yang ke 21 dan buat my frenz paan yang ke 22...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki Amin Amin Ya Rabbal Alaminn..

Today nak share something yang berguna skit.heee selalu kalau update blog mesti macam xder maknanyer langsung kan mengarut jek lebih heeee...Ok, oleh kerana sekarang musim cuti sekolah.walaupun tak lama lagi dah kan nak masuk tahun baru, tapi still dalam bercuti (ayat berbelit-belit).mesti ramai yang nak tamatkan zaman bujang trantang tang kan. heee syoknyer...sebab boleh makan nasi minyak free hek2...selamat pengantin baru pada uOls2 yang bergelar pengantin hek..rasa macam nak kawen jugak hee..tapi kan soal kawen ni bukan boleh buat main-main tahu...nak share sikit pasal golongan-golongan yang wajib, sunat, harus dan haram berkahwin cekedaout!!

Hukum perkahwinan dalam Islam

Wajib - Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak
berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.

Sunat - Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai
keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat
dengan zina.

Haram- Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau
perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya.

Makruh- Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi



berkeinginan untuk berkahwin.

Harus- Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan
tidak pula mengharamkan dia berkahwin.


HIKMAT PERKAHWINAN.

Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah
tangga. Anak yang lahir hasil perbuatan zina, nasabnya tidak diakui oleh Islam.
Tetapi anak itu dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih.


*Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri, kerana
fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah ar-Rum, Ayat 21 :-
Maksudnya : " Dan antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu ( suami isteri ) perasaan
kasih sayang dan belas kasihan"


*Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina.
Perkahwinan menyelamatkan seseorang daripada perbuatan zina kerana tuntutan
syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal.


*Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan. Hidup sebagai
suami isteri dalam sebuah rumahtangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian
pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah S.W.T.

*Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah
Allah kerana perkahwinan adalah suatu amanah yang mesti ditunaikan oleh seorang
wanita. Tidak menunaikan amanah Allah akan mendapat balasan buruk daripadaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W., sesungguhnya dunia ini tempat nikmat dan sebaik-baik nikmat dunia ialah wanita solehah.

Ok..cuba renung-renungkan adakah kowang dalam golongan yang WAJIB kahwin? so sila kawen cepat-cepat, jangan tanggung-tangguh heeeee...da nak kawen tu jangan lupa jemput kawe yer heeee...

k babai..

nota comel:my kazen yg kawen hr tu

dah pon preggy heee best kn kn




8 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home