Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Bismillah...

Salam tahun baru 2011..

Dalam kemeriahan dan kegembiraan kita menyambut tahun baru, rupa-rupanya ada berita sedih yang datang. Tadi dalam twitter dapat berita yang mengejutkan iaitu pelakon Faizal Yusof ex-husband kepada penyanyai Siti Nordiana (pelakon adamaya yang jadi Dani) telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung di hospital pusrawi dalam jam 2 lebih.

Mybe drama terakhir arwah ialah Tiramisu..huhuhu

Antara tweet-tweet dari artis :

PETALING JAYA: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti.

Sumber: mStar Online

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempat di samping orang-orang yang beriman..amin...

Nota comey: Ramai yang mati mengejutkan lately..

Ajal maut siapa yang tahu

tak kira muda atau tua huhu..Bersedialah!


1 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home