Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Monday, December 24, 2012

Majlis Cukur Jambul

Bismillah

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Cukur Jambul  anak2 saudara aku si Qaleesya dan Rifqi. Buat majlis kecil-kecil sahaja, just ajak saudara mara, kawan2 dan orang2 masjid. majlis berjalan dengan lancar walaupun hujan tak berhenti-henti turun.

Menu hari tu sedara mara gotong-royong masak ramai-ramai, tapi tak ramai yang dapat datang sebab masing-masing ada hal. Gulai kambing, nenas masak lemak cili padi campur daging, sayur campur,ayam goreng berempah, nasi putih, air sirap dan air teh panas. Oleh sebab musim hujan, so air sirap sejuk banyak tak habis. dorang semua minum air teh panas. heeee.

Kenduri penutup bagi tahun 2012, aku xtau la da berapa banyak kenduri/makan-makan yang dah kitorang buat tahun ni. hahahha..


Semoga baby Qaleesya dan baby Rifqi sehat2 selalu, membesar dengan sehat, jadi anak yang baik,soleh dan solehah, amin..


 tidoq lagi best arr..Zzzzz

 bestnya mentiodoq fuhh fuhh ~~~

 kemain syok dia tido baby Qaleesya

 Baby Rifqi kena gunting jambul 

Tahlil dan doa selamat

Cik Ade with babies


Monday, December 17, 2012

Testing

Bismillah..

Actually aku baru jek update ios 6.0 untuk my ipad ni. Almaklumlah sebelum ni just guna yang ios 4.3 jek kot huuu ok sangat tak reti bab2 ni semua. Tahu guna saje. Heee.
Lepas gugel dan gugel last2 jumpa cara nak update sendri guna itune..so dengan nekadnya aku pon try lah, dua hari gak la download pastu br berjaya....risau gak kang separuh jalan dia crack ke hape kan. But Alhamdulillah berjaya!! Yeay!!!! I love a new look of my ipad heeee dah macam guna new ipad.. Pastu hr ni mula menseduttt semua application, game sosial network termasuk lah application blogger ni hah.. Ni mentry lah update entry gn ipad...


Ini new ipad kawan punya kawan punya. Dia mintak register kan. So aku pon gugel2 pastu leh buat Alhamdulillah.. Kcauuu


Tuesday, December 11, 2012

Baby Boy Is Coming!!

Bismillah..

Alhamdulillah... 6 December 2012 Along selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.24 kg di Hospital Al-Farabi Kuantan Pahang pada jam 10.33 pagi (ewah skema tak ayat aii) -..-.

Kalau ikutkan due yang doc bagi, along dijangka bersalin pada 17 Disember 2012. Tapi Along cakap biasanya dia akan bersalin 2 week lebih awal dari tarikh yang diberi. So memang along pon da get ready la kan bebila masa jek leh meletOp tu. nak2 dia nk bersalin kat hospital swasta di Kuantan, so mmg kn stanby awal2 la.. sebab jarak kemaman ke kuantan ni lebih kurang 30 minit (kalau drive lajuuuuu ).. kalau drive biasa2 mybe dalam 45 minit jugak.

Nak dijadikan cerita malam 5 Disember tu, hari rabu along ada la cakap kat ummi dia xleh nak tido semalam, xtau la kenapa, umi terus cakap awak nak beranak la tu esok. dengan selambanya. hahha aku ngan angah pun dok menyakat Along, cakap Kau nak beranak dah ni esok ni aku rasa kan. baik kemas2 cepat barang, BIL pon cakap dia da isi minyak kereta fuill siap2.. nk get ready dah. hahhaha.. malam tu along cakap nk mkn char kuey teow aku cakap baik BIL g beli kang meleh lak air liur mak baby ni ha kalau bersalin esok. keh2..

Esok tu subuh lam pukul 5.45 cam tu, aku dengar cam bising2 kat luar, n lepas solat aku keluarlah tgk along ngan BIL da siap2 nk keluar, aikk.. aku cam hairan, da nk beranak ke Long? aku tanya. along cakap haah.. Ya Allah masinnya mulut kitorang weh.. dan2 la baby nak keluar. hahhaah.

Semlam kol 3 pgi dia rs sakit2 sikit pastu 5 minit skali rasa sakit tu datang. Ummi da kalut suh BIL pergi cecepat takut kang terberanak lak lam kereta. Along cakap sedang molek sampai kat Hospital jalan da terbuka 7 cm. mak aiii naseb baik la cepat kalau tak.. dapat nama kereta la anak buah aku ni. hahha

Dalam pukul 10.33am cam tu,  BIL call cakap along da selamat deliver Alhamdulillah.. Baby BOY is coming.

  

Alalalla.. sepetnyaa pastu bam2 sangat cam anak jepun.. geramm grr berat leh tahan 3.24kg sampai along cakap ok aku xnak beranak dah. HAHAHHA

Sekarang aku dah ada 5 anak buah ok... 4 niece dan 1 hero!!  phewww hahahha..Now kat rumah ada 2 babies lah... Qaleesya hari ni da masuk 18 hari dan Rifqi baru 6 hari.

Nayli Iman Qaleesya & Muhammad Harraz Rifqi

Ok. wassalam..

Monday, December 3, 2012

Akhir tahun

Bismillah..

Dah masuk bulan disember, bulan terakhir setiap tahun. bulan yang memanandakan yang kita akan menjejaki tahun baru.InsyaAllah kurang dari sebulan lagi kita semua akan menginjak ke tahun 2013.. oh agak kekok mahu menaipnya heeeee..

Dan lagi 28 hari, aku akan meningkat setahun lagi. tulah lahir lagi awal tahun, kang awal2 da naik umur tu ;p .. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, aku akan terus mnyedut oksigen di bumi Allah ini untuk ke 29 tahun lamanya.. syukur2 pada mu Ya Rabbi.

Apa terjadi pada tahun ini? oh rasanya banyak kejadian gembira sedih yang berlaku. hope tahun depan is better than this year. giteww.. heee

tahun ni ada yang dapat baby baru, ada yang menamatkan zaman bujang, ada yang sihat, ada yang sakit ada yang baru lahir dan ada yang meninggalkan dunia sementara ini. Innalillah..dari Allah kita datang kepada Allah jualah kita kembali. :')

wassalam..

Thursday, November 29, 2012

Anak Buah Baru

Bismillah...

Syukur Kehadrat Ilahi, diatas kurniaannya. Alhamdulillah pada hari Sabtu, jam 8 malam kak Ngah aku da selamat melahirkan seorang Puteri seberat 3kg.

 Baby Qalesya first Day






Walaupun agak awal dari due dfate yang asal, tapi semuanya berjalan dengan lancar. baby pun sihat dan comel. Tak lama lagi gilioran Kak long pulak, tak lama dah ni tunggu masa jek, walapaun Along cakap doc bg due 17 Dis, tapi along kata biasanya dia akan bersalin 2 weeks lebih awal dari tarikh due. So memang dah lama lagi la kan. Sekarang nenek Mi lah orang paling bnz kat rumah tu, aku ngan adek kan keje, so memang xboleh nak tolong sangat.

Nayli Iman Qalesya nama diberi, persis nama kakaknya Nayli Iman Qaisara..

Semoga sehat selalu, membesar dengan baik, jadi anak yang solehah penyejuk hati mama dan papa.bertambah lagi anak buah aku, xsabar pulak nk tgk baby kak long pulak ni, oh yer kak long mybe akan lahirkan baby boy! yeay... dah 4 oang anak buah perempuan, now dapat anak buah lelaki pulak.. Hero in the house.. hee

babai



Adam Hawa Episode 55

Bismillah..
Jangan cakap banyak jom layan episode yang paling BEST dan sangat touching.. huwaaaa sob sob sob






Saturday, November 24, 2012

Adam dan Hawa Episode 52

Bismillah..

Episode kali sweet sangat dan geram bila Johan still nak meminang Ain walopon da tau Ain tu still Isteri Am.. dosa lah woii.. *ok aku mo* hahaha.. dengan si gedik pelat Dee lagi grrr. haish... xsabar nk tunggu episode next week..



Thursday, November 22, 2012

Adam dan Hawa Episode 51

Bismillah..

jom layan




Wednesday, November 21, 2012

Adam Dan Hawa Episode 50

Bismillah..

Dah tgk semalam, sebab ada astro HD kat umah hahha pape pon yg xleh nk tgk jom kita layanzzz dah episode 50!



Selamat menonton

Tuesday, November 20, 2012

Shawls From Old Blossom Box!

Bismillah..

Dah lama aku shopping online ni, dulu aku selalu shopping tudung, shawals, beg,purse, jam, barangan kucing dan banyak lagi lah melalui online ni. Nasib baik la aku xder m2u or cimbclik! kalau tak hari2 aku shopping agaknya, pastu duit lam akauan licin.. hahahha..

Saja xnak buat sebab dah tau aku xleh kalau da buat shopping online ni boleh lupa diri. Yer la aku susah sebenarnya nak menshopping selalu, maklumlah xder kereta, lesen xder, tak kan nak harapkan orang sokmo kan.So, jalan paling mudah, aku shopping online jek. balik keje, aku bank in kn duiat, xpun aku tumpang guna m2u akak aku, aku bayar cash cam tu lah. Tapi memang dah lama la aku xshopping online ni, nak2 beli tudung or shawls, hari tu akau banyak beli barang2 kucing jek, macam carry cage, food feeder, macam2 lah.

Dan semalam aku terlihat satu shawls cantik giler dekat instagram oldblossombox.Novelty Bow Shawls colour purple... very cantik, skali tgk terus berkenan dan terus emel dan terus transfer duit heee xmahal ok cuma RM 30+ post RM 6= RM36 sahaja.. material dia pon sangat best.. 

Kalau korang nak beli, boleh ke FB OldBlossomBox tak pun ke BLOG dorang dan boleh jugak usha gambar dekat Instagram dorang @oldblossombox .kalau nak order just send emel dan nanti dorang akan bg detailsnya.. sangat mudah. Paling best wrap dorang yang cute, sweet dan cantik. suka suka suka


Cute & sweetkan bungkusan dorang heee

Ada banyak lagi design  baru yang korang boleh pilih. cantik-catik, kalau ikut nafsu ni mau semua aku borong. hahahha *tgk duit lam acc* ok nanges ;p 


Ini antara koleksi yang ada pic from instagram oldblossombox... cantik kan... kain dia berat n mudah nk pakai.

dan taaaada!!! inilah yang aku baru dapat tadik. heee xsabar nak pakai..cantik kan... kan...

ok lah cikedaot!!

Adam dan Hawa Episode 49

Bismillah

Adam dan  hawa episode 49 cikedautttt




Saturday, November 17, 2012

Kahwin, Kelahiran

Bismillah..

Alhamdulillah hari ni da keje balik lepas 4 hari bercuti. Pulang ke kampung. Attend majlis kahwin sepupu dua beradik tu hari selasa 13 november 2012

 G-Dah & Pasangan  (kakak)

G-Hah & pasangan (adik)


Selesai majlis, lepas isyak jugak lah baru balik kg semula.. pheww pernat tapi seronok sangat.. Alhamdulillah dah selesai majlis kawen. tak tahu lah lepas ni gilian siapa pula yang naik pelamin kan. heee

Malam esok tu pula,buat makan-makan sikit celeb birthday Anak sedara aku, caca (Nur Aina Batrisya) yang ke 7 tahun. Sebenarya tarikh lahir dia sama ngan majlis kawen tu, so tundalah buat esoknya. just buat simple2 jek , ajak sedara2 mara, masak macaroni goreng, koktel buah, goreng nugget,bagi goodies sikit2 untuk budak2 dan sebijik cake coklat.

happy sangat lah si caca tu kan, maklumlah first time celebrate birthday kat kg, ramai- ramai dengan pak sepupu2 dia mak sepupu2 dia..  yang kecik2 sebaya dia tu ha..siap dapat present lagi..






 
 Coklat kek

makanan yang terhidang 

 
Food

 
 Jemput makan

 Happy Girls

 Aqis pun tumpang Happy walopon bukan birthday dia.. heee


Si kakak yang sambut birthday yang ke 7 tahun, yang tu si adik Aqis dah masuk 4 tahun, tahun depan da mula sekolah. Walaupun sambut birthday kakak, si adik bukan main happy siap cop2 nak hadiah.hahha nasib lah Caca ni tak kedekut bagi jek satu dua hadiah dekat adik. so sweet.

okbye!

Adam Hawa Episode 45-48

Bismillah..

layan kan sajo hiks




 





Saturday, November 10, 2012

Congratulation My Lovely Cousins

Bismillah..

Alhamdulillah selesai sudah Majlis akad Nikah Sepupu aku, dua beradik buat sekaligus. Yang kakak sebelah pagi, yang adek sebelah malam.

Semalam aku gerak darirumah ke Ajil, dalam pukul 10,00 pagi. Umi cakap majlis start mybe dalam pukul 11.30, so cam sempat la kan sampai. Tup2 pukuil 10.30 Pak cik aku call tanya ada kat mana? sebab majlis akad da pun selosai. hayayo.. xsempat aku nak tengok suami Gdah. Sebab masa aku sampai tu dorang dah pun balik. woooo..

Tapi still sempat bergambar ngan Gdah, the bride.. u know what? aku suka giler ngan baju dia yang sangat gojes itu.. buat sendiri ok.. design, jahit pastu jahit manik2 pun sendiri so best kan. dan baju tu sudah tentulah lain dr yang lain limited. Dedua beradik tu padai menjahit. yang adik Ghah memang tukang jahit, yang kakak Gdah tu pulak pandai jahit manik2 kat baju... kombinasi baju warna putih, dengan manik2 pink+putih lepastu dengan kuntuman bunga ros warna pepel2.. cantik.. yang adik pulak semua warna putih, very the gojes ok..


The Bride

Sementara menunggu majlis si adik pada belah malam, selepas isyak, siang tu kitorang dok borak2 jek laa maklumlah bukan senang nak dapat masa2 cam ni kan, lepak2 borak2 gosip2..kazen yang paling rapat dengan aku walopun beza umur kami 2 tahun.Dah kawen dah dia.. Alhamdulillah...

Malam tu dalam pukul 9.30 jugak la baru Tok kadi datang, lepas seleesai semua,. makan2, kemas2 pukul 11 lebih bertolak balik. singgah kt kg dulu kejap, le[pastu br gerak balik kemaman. Puklul 3 pagi sampai fuuuuuu berjalan sakan satu hari sebab hr ni kena keje, nanti minggu depan start selasa-jumaat nak cuti lagi, sebab majlis kenduri pulak.

Selamat pengantin Baru GDah dan GHah semoga kekal hingga ke akhir hayat...

* gambar amik lam instagram jek, sebab xsedut lagi lam hp.
*mengantuknyaaa fuuuu fuhhh -..-

Adam dan Hawa Episode 44

Bismillah..

Episode cam best heeee



Jom layann

Thursday, November 8, 2012

ADAM DAN HAWA EPISODE 43

Bismillah...

Episode kali ni dari semalam lg orang dok kecoh2 bila tgk sorotannya.. heee jom kita tgk siapa yang kena... keh3




Wednesday, November 7, 2012

Durian Crepe

Bismillah...

Sekarang da macam jadi satu fenomena bilamana kuih yang bernama Durian Crepe sangatlah fofular di alam maya ini dan tersangatlah diminati ramai giteww.. hahahha
Aku dah lama tengok Kak Min di FB yang dok jual Durian Crepe ni. macam sedap jek.. bila tgk kulit dia yang kuning berkilat dan isi dalamnya yang putih lemak berkrim diselaputi isi durian.. perghh mabeles habaq hang.. aku jadi macam nak try.. nak rasa.. nak makan... tapi apakan daya durian crepe ni ssh kalau nk post kn pick up sendiri. huuu lagipun akak ni dok jauh. -..-

 inilah Durian Crepe

Dan lepas tu agak lama lah dok tengok2 kat FB, blog pasal Durian crepe ni. ingat macam nak buat jek. lepastu jumpa la banyak gak la resepi2 dekat blog masakan ni. tapi resepi dorang semua lain2 tang fillingnya tu, so aku macam aikk mana satu yang asli ni?  aku ada baca yang kak tu cakap resepi Asli Durian crepe menggunakan 5 jenis tepung dan TIDAK menggunakan tepung gandum. so aku macam aik.. so semua resepi yang aku jumpa tu tak asli la kan.

Semalam, dalam FB ada lah akak ni aku pernah beli kuih ngan dia, dia memang pandai making kuih ni semua.So dia tulis sapa yang nak try Durian Crepe yang menggunakan 5 jenis tepung leh la order.. so aku excited giler la kan.. ada jugakorang dekat2 sini yang buat... eee sewonok habaq ang..

Aku order la satu set nak rasa dulu kan.. satu set RM10/5 ketol dalamnya.balik keje semalam singgahlah amek, sampai umah lepas makan solat aku terus try sebijik share ngan adek.. nyum2. sedapnyaaa sangat lemak berkrim... pergh,.. adek memula macam ragu2 nak makan, bila aku bagi terus dia sumbat semua.. -..-


wow u lokks so yellow mellow ;p

Umi ngan abah pon cakap sedap gak sememanganya sedaplah, xcukup kot huu so hr ni akak tu bukak order lagi n pik up hr sabtu.. aku da order 2 set.. sebab nanti along balik sini, so leh bg dia rasa jugak.. hee tak best makan sorang2 ni kurang nikmatnya, biar satu family rasa, atleast nanti bila makan lagi tak la tertanya2 ape ni apa ni kan??.yang tak suka durian ada jugak yg buat guna buah lain, tapi percayalah ianya tidak akan selemak berlrim yang durian punya.. king of the fruit giteww heee


yummeh.. sedap tak terkata 

sapa yang cuba lagi kena cuba ok.. kompem tak menyesal. heee

k babai..
sharing is caring

Adam dan Hawa Episode 42

Bismillah..

Eposode 42 dah.. jom layan... Azie semakin ngengader hyuuuu nyampah lak aku tgk keh3..




Selamat Menonton

Tuesday, November 6, 2012

Adam dan Hawa Episode 41

Bismillah...

layan akan sajo yer heeee




Selamat menonton

Friday, November 2, 2012

Adam dan Hawa Episode 40

Bismillah...

episode 40 dah... layannn sajo... azie over skit kan. HAHHAHA tp ok pe... sesuai gak arr azie ngan Johan tu.. LOL




Selamat menonton

Thursday, November 1, 2012

Borang BR1M 2.0

Bismillah..

Ha. hari ni 1 November 2012.. cepat jek ha masa ni berlalu pergi.. lagi sebulan nak masuk tahun 2013 dah. maciam? segala bagai azam tahun sudah terlaksana atau tak? belom?? tak pe.. leh di forward ke tahun depan kih2.

Oklah, ingat lagi dengan BR1M  yang diperkenalkan oleh PM kita? ok now untuk BR1M 2.0 telah pon dibuka untuk diisi, boleh isi online atau pun download borang, atau pun boleh didapatai dimana2 pejabat kerajaan yang berkaitan, pejabat daerah, pejabat DUN yang terdekat.

Kali ni bukan sahaja ada untuk pendapat yang berkahwin, malahan ada jugak untuk yang bujang macam iols.. wohooo iols dah pon mengisinya tadik.. mana tau kan, kalau ikutkan syarat2 tu sememangnya layak.. InsyaAllah kalau ada rezeki dan tak terlepas pandang.

Oklah pada uOls yang nak isi tu leh ke laman web LHDN https://ebr1m.hasil.gov.my/  untuk isi online, tak pun leh je isi manual just download borangnya https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/borangBR1M2.pdf isi ok... bagi yang dah isi untuk berkahwin tu n memang da dapat hari tu, just kemaskini sahaja lah yer... mana tau rezeki tahun depan dapat lagi.isi bebetul ok.. jangan tipu tau.. no no no..

TERIMA KASIH buat kejaan kita dan buat PM kita Dato' Seri Najib Tun  Razak..

Adam dan Hawa Episode 39

Bismillah...

woooo dh episode 39... kali ni kisah si azie ngan johan lak nk bercintan cintun..



Selamat menonton

Wednesday, October 31, 2012

Adam Hawa Episode 38

Bismillah

Layanzzzzz



Selamat menonton

Tuesday, October 30, 2012

Adam hawa Episode 37

Bismillah...

Jom tengok sambil makan popcornd heee




Selamat menonton

Adam Hawa Episode 36

Bismillah...

Layan..




Selamat Menonton

Adam Hawa Episode 35

Bismillah..

Jom Layanz dah lambat update sebab cuti Raya Haji heeee




Selamat menonton

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Bismillah

InsyaAllah Jumaat ni, 26 Oktober 2012 umat islam akan Menyambut Hari Raya Aidil Adha.Bila tengok jek rancangan panggilan haji dekat Astro Oasis, semangat nak jejak kaki ke tanah Suci amatlah tinggi sangat berkobar2 rasanya. Kadang2 terasa sayu dihati.. hurmmm memikirkan sempatkah aku jejak kaki ke tanah suci? Ya Allah berilah kesempatan pada hambu ini.Kurniakanlah rezeki kepada ku dan keluargaku Ya Allah.

Alhamdulillah selaam 28 tahun aku hidup ni, tahun ni Dengan izin Allah aku akan buat korban satu bahagian. Dah lama berniat nak buat korban ni, tapi ye la rezeki tak mengizinkan. Tapi Alhamdulillah tahun ni dapat jugak aku capai satu matlamat.

Kalau tak ada aral melintang, malam ni aku akan gerak balik ke kampung. Hari Raya Haji kedua ada majlis sambut menantu atau bertandang adek lelaki aku.Semoga segalanya berjalan dengan lancar... Amin.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2012 semua...hati-hati dijalan raya..

Drama Adam dan Hawa Episode 34

Bismillah..

Jom pagi2 kita layan Adam dan Hawa online dulu b4 buat keroje hiks..
Tapi line macam siput sedut srutt srutt bikin hati  panas saje huuuu...


  Selamat Menonton..

AH34 by oryctolagus

Tuesday, October 23, 2012

Adam dan Hawa episode 33

Bismillah..

Seperti biasan jom layannnn zzzzzzzzzzzzzzzzzz.. Adam dan Hawa , Adam mukhris, Ain Hawani,


 

Selamat menonton.....

kbai

Sunday, October 21, 2012

Juara Piala Malaysia 2012- Dimiliki Pasukan Kelantan

Bismillah..

Semalam memang gamat lah kan bila semua dok layan bola. Penuh kot Stadium Shah alam tu.. Merahhh jek yang nampak. heee Penyokong Kelantan mmg best bersemangat dorang ni.Aku memang sokong pasukan Kelantan, tapi macam teragak2 jugak bila adanya Hi-O di pasukan ATM huuuu.. Tapi nampak gayanya kemenangan lebih berpihak kepada Pasukan Kelatan... dengan 3 goal berbalas 2 goal oleh Pasukan ATM! Tahniah Kelantan! Tahniah MatYo! Tahniah Apex!! Tahniah Indra Putra!! ceewahhh giteww.. heee


Hi-O tak berapa menyerlah sangat lah semalam. huuu. lepastu banyak adegan jatuh, cedera, lompat, sakit dan gaduh pon ada. huuuu ..tapi Alhamdulillah  tak der adegan baling mercun.Cuma ada la yang still degil berlaser2 hijau lagi. huuuu

dah la semalam kat rumah,. aku sorang je perempuan yang semangat tengok sampai pukul 11.30 malam. heee umi dah tido, adek lak demam so dia tidur awal. Aku, abah, adek lelaki dan 2 orang sepupu lelaki yang dok layan bola. keh3.. nampak tak semangatnya aku tengok bola? heeee


Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) telah menjaringkan 2 Goal untuk pasukan Kelantan, 1 jaringan lagi oleh Indra Putra 

Pasukan ATM pula di jaringkan oleh Rizal Zamree Yahya 1 goal dan Marlon Alex James 1 goal.

Tahniah Pasukan Kelantan!!!!


 Kelantan cuti la ek hari ni..syokk lah!! heee

k.bye!

Saturday, October 20, 2012

Adam dan Hawa Episode 32

Bismillah..

Ok.. jangan cakap banyak, jom layan Drama Adam dan Hawa Episode 32... zaaaasssssssss


  

Selamat menonton.... heeee

wassalam...

Thursday, October 18, 2012

Drama Adam dan Hawa Episode 31

Bismillah...

Haaaaa episode 31 ni best sebab Am tersangat Noty.. heee suka tengok. kelakar... selamber jek kenakan Ain.. huuuu

Lepastu yg last tu Am nampak hensem to the max.. rambut dia tu lawa kan.. ok.. parah dah aku ni. hahah so jom layannn....


 haaaa hensemmm kannnnn wiwitt hahahhaha

Adam Hawa Episode 31

    

wassalam..

Wednesday, October 17, 2012

Drama Adam dan Hawa

Bismillah...

Ha, korang peminat Aaron Aziz macam aku? heee kalau korang ni peminat Aaron mesti korang suka tengok Drama AdaM Dan Hawa kan. Dah episode 30 dah. fuhhh so far aku xmiss pon lagi tengok drama ni. Walaupun kat rumah aku tak ada Astro HD, tapi akau gigih jugak tengok kat online. Setiap hari, datang je keje, benda pertama aku akan buat is Tengok Drama Adam dan Hawa.Aku ada baca novel dia hari tu.memang syiok.. tapi drama lagi syiok sebab ada Aaron Aziz as a hero acehwah..

Dan yang melakonkan watak Ain Hawani yang very the ego dan keras kepala is  Nadiya Nissa.. memula kan macam alahh xbestnyaaa heroin dia.. ni kan. tapi lama2 bila tengok wahhh best nadiya ni berlakon.. meletop! sesuai ngan watak gadis kampung yang bijak, keras kepala dan ayu ni.


Ala, anak buah aku aqis yang umur 4 tahun pun pandai tau, suka sangat lah dengan si Am ni. Tersenyum-tersemyum dia bila tengok drama adam hawa. hahahha mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.. tengok mak sedara dia lah... ekekekke.. peminat setia Aaron Aziz ok.. ;p

Kalau korang yang xberkesempatan nak tengok lagi drama ni sila la tengok, garentilah tak rugi gua cakap sama luk. korang yang xder Astro HD or memang xpasang Astro boleh tengok kat sini. Adam Hawa.. dari epiosode 1 hingga lah yg terbaru.

yang ni spisode terlatest
Adam Dan Hawa Episode 30



      

Selamat menonton yaaa...

wassalam

Monday, October 15, 2012

Al-Fatihah

Bismillah..

Al-Fatihah buat  Allahyarham  Tokki (Atok) aku, Abdul Rahman 86 tahun,yang telah pun pulang ke Rahmatullah pada Jam 1.15 PM pada 10.10.2012 hari Rabu yang lepas. Innalillahiwainnailaihirajiun.. Dari Allah kita Datang, kepada Allah jua kita kembali... Allahhu Rabbi.

Dapat panggilan pagi rabu dari makcik di kg. umi n abah bergegas pulang ke kg. aku n adek2 still kat sini dulu, dalam jam 1.15 umi call masa tu sedang elok azan zohor baru sahaja habis berkemandang. Ya Allah tokki dah xder.. :'(

Terus siap2 bergegas pulang ke kg. sampai sahaja terus masuk dan mengucup dahi tokki yang sejuk sedihnya hati.. :'(( Tapi tenang melihat wajah tokki yang seakan2 tersenyum tenang Alhamdulillah.. bercahaya wajah Tokki..bacakan Surah yassin.

Lepas solat maghrib tokki di mandikan dan di kafankan, lepas solat isya' terus di kebumi.. Selamat tinggal tokki tenanglah di kau disana.. semoga tokki di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan di sayangi Allah.. amin amin ya Rabbal Alamin...


wassalam....

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Bismillah

Alhamdulillah hari ni sudah hari ke 27 kita berpuasa, InsyaAllah dalam 2 hari lagi kita kan menyambut hari lebaran.
Esok pagi, kami akan bertolak balik ke KG. Abah satu kereta, along satu kereta,aku ngan ecah satu kereta.adek lelaki satu kereta.. konvoilah kami reramai.. semoga kami selamat sampai ke kg... InsyaAllah..



Saturday, August 11, 2012

Iklan Raya 2012 Petronas & Bernas

Bismillah..

Salam 23 Ramadhan.. lagi 7 hari kita akan Bulan Ramadan akan meninggalkan kita.Ya Allah begitu cepat masa berlalu.Malam2 terakhir untuk kita mempertingkat amal ibadah,,,.semoga kita dipertemukan dengan Malam LailatulQadar...Amin..

Seperti selalu, bila nak menjeklang raya, banyak la kan iklan2 raya yang akan disiarkan. Dan antara iklan2 yang kita selalu tertunggu2 tentulah Iklan Raya dari Petronas kan. kali ni, iklan raya dari Petronas tidak menghampakan..walaupun iklan tu agak panjang lebih kurang dalam 14minit lebih.

Iklan Raya Petronas 2012 


Dan lagi satu Iklan Best +sedih tahun ni adalah Iklan Raya dari BERNAS.mengisahkan anak yatim piatu OKU yang berusaha untuk pulang kekampung untuk melawat pusara  ibunda tercinta.. serius sedih.. :(

Iklan Raya BERNAS 2012


Ini antara iklan paling menyayat hati la untuk raya tahun 2012 ni.. huhuhu.. betapa bertuahnya kita yang dilahirkan sempurna dan mempunya keluarga di dunia ni kan... :'(


** Tahniah buat kontinjen Negara kita Pandalela Rinong yang telah berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10meter Platform Individu.

Pada peringkat Akhir 10 M Platform Pandelela mengumpul 359.20 mata untuk menduduki tempat ketiga sementara emas dan perak dimenangi oleh penerjun China dan Australia..Tahniah!! **


Monday, August 6, 2012

Dato' Lee Chong Wei Hero Malaysia

Bismillah..

Berakhir la sudah Final badminton Olympic 2012 di London semlam.. Punya la semangat tengok  sampai lepas bebuka semayang terus ngadap tv.. mandi di kemudian kan. heeee

Set pertama LCW cemerlang dengan 21-15... tapi pada set kedua LCW tewas ditangan Lin Dan pemain dari negara China. 10 -21  dan 19-21 pada set ketiga. kecewa memang la kecewa tapi tu lah adat permainan kan.. ada kalah ada menang... dah dapat perak pon ok lah Dato'...

"Saya minta maaf. Saya melakukan segala yang saya terdaya hari ini (semalam) tapi Lin Dan masih hebat. Saya minta maaf kepada setiap rakyat Malaysia yang mengharapkan saya menang emas hari ini. Seperti anda semua saya juga amat kecewa kalah sekali lagi," kata Chong Wei pilu.- Sumber BH

Dekat laman sosial Twitter pun DLCW menyuarakan kekecewaannya dengan meminta maaf kepada semua Rakyat Malaysia..



Dipetik dari laman Twitter DLCW semalam sejurus selepas tamatnya permain.... it' ok apa2 pun LCW  tetap Hero dimata Rakyat Malysia

Hashtag di twitter : #ThankYouLeeChongWei



DLCW dijangka bakal berangkat pulang ke tanah air esok... apa2 pun congrats Dato' Lee Chong Wei...u make us proud!!..
DLCW dijangka sampai ke tanah air pagi esok di KLIA...pada jam 7.30 pagi.   #TwtUpChongWei mungkin akan diakan diasana bagi menyambut kepulangan beliau dan menghargai segala usaha keras beliau.

Wednesday, August 1, 2012

Istikharah Cinta

Bismillah...

Alhamdulillah kita sampai ke minggu kedua Bulan Ramdhan. Hari ni 1 Ogos 2012 bersamaan 12 Ramadhan.. syukur padaMu Ya Allah...

Cinta....
apa itu cinta? cinta pada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada manusia.. mana yang lebih penting?..

Baca kat bawah ni.. sumber dari : Blog Tentang Cinta

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Allahhu Rabbi... Cinta kepada Allah dan Rasul adalah sebaik-baik cinta... 

Saturday, July 21, 2012

Ahlan wa Sahlan Ya Ramdhan

Bismillah..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada kita untuk menjalankan kewajipan berpuasa pada Bulan Ramdhan yang mulia pada tahun ini.Syukur.. Semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir bagi. kita InsyaAllah.. :)

Thursday, July 5, 2012

La Tahzan

Bismillah.


Salam Nisfu Syaaban... ;)

Buku lama telah diangkat oleh Allah dan bermula buku baru hari ni. semoga buku baru akan banyak  kebaikan dari buku lama.. 

Ya Allah perihalaralah aku, permudahkanlah perjalanan hidupku. Jika ini yang tertuilis untukku, aku redha Ya Allah.. Kau kuatkanlah hati ku ini... Kau tabahkanlah hati ku.. Kau bimbinglah aku kejalanmu Ya Allah..

Hanya PadaMu aku meminta Ya Allah..

Allahurabbi.. 


La Tahzan Innallaha Ma'ana

"Dan Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati Padahal Kamulah Orang-orang Yang Paling Darjatnya Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman"

Wednesday, July 4, 2012

#34 Wordless Wednesday - someOne

Bismillah..

;)

Tuesday, July 3, 2012

Video Pre Wedding Irma Hasmie & Redza Syah

 

Bismillah...

Tadi masa jalan-jalan (wah jalan2 katanya) hahahah masa dok cari2 video2 best kat utube jumpa video terbaru ni...  pasal Pre Wedding Irma Hasmi & redza Shah.. sangat sweet like sugar glider hokeyy.. hehehhe... 

Jom tgk.. alolol sweeetnya..sweetnyaasweetnyaaaaaaa (veranganzzz)

cantik sangat wajah Irma sekarang.. suci, bersih berseri-seri bercahaya.. Alhamdilillah sejak dia  mula bertudung ni...jumpa jodoh pun dekat Tanah Suci... seronok kan.. Redza ni pun hensem sangat... senyuman manis.. memang sesuai la dorang kan.. bagai pinang di belah dua... Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga,,, Amin...

 

Monday, July 2, 2012

Berakhir Sudah Demam EURO 2012 SPAIN CHAMPION

Bismillah..

Ha.. finally deman EURO 2012 da pon berakhir, so dah xder la kan yang mengantuk time gi sekolah, time g kerja kan... hurmmmm..
Semalam Final Spain vs Italy... oleh sebab da Final, so dengan senang hati aku bagi lah kebenaran kat adek ku yang bongsu berjaga tengok bola walopon dia kn g sekolah esok tu.. xpe laa.. kalau aku tak bagi pun dia tetap gak nak tengok. lagi pun kebetulan ummi ngan abah xder, balik kg. So memang nasi lemak lauk telo mata dia la kan... xder orang nak bebel kat dia kan.Akau malas nak bebel sangat, dia da besar janji time nk kejut dia g skolah tu dia tak liat nak bangun. kalau tak memang aku jeritttttttttttttttt kekuat.. hahahha.. walopon aku ni kecik, tapi suara aku kuat tahu... *pasang mic* 

Adek2  aku semua sokong Spain, aku pun. sebab? entah sebab ramai yang cakap Spain hebat.. so aku sokong jugak arr.. aku bukan peminat bola ok... aku sokong pasukan yang menang.. keh2.. lalang beteii..

Oklah. Spain telah membelasah kaw2 pasukan Italy dengan 4-0...  so Congrats lah buat Pasukan Spain dan jugak buat penyokong2 Spain.  suka la tu.. so hope korang xder kena Monday blues bagai hari ok.. mengantuk tu korang punya pasal la an. heeee.

Piala EURO 2012 milik Spain..

ok dah. habis demam bola.. now time tu bersipa sedia untuk menyambut Bulan Ramadhan yang tinggal lebih kurang 19 hari sahaja lagi...

OK babai..

Saturday, June 30, 2012

wayang, shopping

Bismillah...

Semalam Jumaat, so plan ngan adek nk g tengok wayang. Sebenarnya aku ni nak tengok sangt Mael Lambong. hahha sebab ramai yang tweet cakap Mael lambong best  kelakar.. hahah dan memang tidak rugi la dapat tgk. Aku siap booked tix awal2. so sampai jek terus g bl popcorn dan tapayah nak beratur beli tix lagi. Thanks pada adekku echah sebab sudi melayan kakak mu ini. dari 5 bintang aku bagi 4.5 bintang lah. hahha dari mula sampai habis memang gamatlah dengan gelak ketawa dalam pawagam tu. Finnaly.. dapat gak tengok Zizang heee


Lepastu aku ke vincci shopping sandal. hari tu ke Kuantan tapi xder saiz kaki ku yang syomel ni. huwaaaa so kali ni pergi jek la vincci.. situ jek kot ada saiz aku pon.Alahamdulillah abnyak lak stok untuk saiz kaki ku ini. So aku rembat 3 pasang terus. senang skit wehh tapayang pening nak fikir beli dah tahun ni. Kita beli tahun depan la pulak. eceh.. hahah

Sebelum adek aku si echah tu berangkat ke Uitm Jengka nak buat short kos, so aku ajak dia jalan2 tengok wayang, makan2, shopping dulu. hee kalau tak susah la aku nak kemana-mana kalau dia xder.. aku bukannya boleh drive pon. huhuhu..

tu jek nak cerita.. heeee
bai


Sunday, June 24, 2012

Filem Mael Lambong

Bismillah..

Haa korang da tengok Filem terbaru lakokan abang ensem macho Zizan razak? hahaha kemain kau kan.. sebenarnyaa aku nak sangat tengok, tapi belum berkesempatan.. huhuhu.. InsyaAllah kalau diizinkan aku nk g tengok jugak la minggu depan ngan adek-adek.dah lama actually tak tengok wayang.. last aku tengok kalau tak silap Filem Songlap kot, lakonan si Shahizey sam tu. 

Tahun lepas filem paling aku suka tak lain tak bukan Ombak Rindu la kan.. heee dan tahun ni, rasa2nya mungkin Filem mael lambong kot. Kot laa kan.. ala namapun dedua Filem ni lakonan artis kesukaan dan kesayangan aku.. hee Aaron Aziz dan Zizan razak.. erkkk sejak bila aku mula minat sangt ngan zizan ni pun aku kureng pasti laaa..

Hurmm mybe sejak aku layan rancangan Super spontan kot... Aku kan Jozaners giteww.. heee.. Filem2 lakonan si Johan pon aku suka.. nak2 Bujang terlajak ngan Raya Tak jadi.. kelakar ok..

Mael Lambong Tak makan rasuah katanyaa heee

 kemain tau zizan 

Antara barisan pelakon Mael lambong



Sinopsis

Mael lambung merupakan seorang penarik kereta terkenal di kuala lumpur. Hidupnya mula berubah apabila bertemu dengan maria (juliana evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat. Tujuan penjahat tersebut memburu maria ialah kerana mereka mahukan mikrocip yang mana didalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.
Usaha menyelamatkan diri membawa mereka ke terengganu yang juga kampung halaman mael. Di kampung, mael bertemu pula dengan rozie (shenthy feliziana), bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan tiger (taiyudin bakar). Konflik mula timbul apabila tiger tidak menyenangi kepulangan mael kerana cemburu dengan hubungan antara mael dan rozie dulu.
Penjahat yang memburu maria  itu akhirnya dapat menjejaki mereka di terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu? jom kita tengok ramai-ramai.. weeeeeeeeeeee



Saturday, June 16, 2012

Konsert Amal

Bismillah..
 
Kisah semalam,

Oleh sebab semalam hari jumaat dan hari burcuti kepada semua adek beradikku yang berkerja dan juga yang berseolah, so umi membuat satu pla mengejut iaitu sesi mengecat rumah! yeay!! kenapa yeay? sebab aku tak terlibat didalam perkara ini. hahahah..
Adek2 ku Nuar, ecah dan ali yang terlinbar.. cat dekat ruang tamu dan jugak bilik along.. warna apa?? kekuningan.. heeee..kejeku adalah mensettlekan Anak2 blus...

Lepas petang tu semua da settle, malam aku ecah ngan umi ke konsert amal dekat Dewan Berlian, dewan MPK.. ada tiket amal ni dari adekkku ecah, bos dia bagi... umi lak  dapat dari kawan dia, rezeki hari jadi umi kot kan. hee oh neway 15 JUN, semalam merupakan besday my ummi yang ke 57 tahun. Happy birthday ummi, semoga sehat sokmo, panjang umur.. sayang umi sokmo2.. memuahhhh.. tapi tak celebrate lagi. plan nak wat sekali ngan Father's day dan jugak birthday Abah 21 Jun ni.. InsyaAllah semoga planning berjalan lancar...

Malam tu pergi lam kol 8 lebih.. best gak laaa dapat tghk konsert amal yang bercirikan keislaman cam ni. nak2 aku mmg minat la ngan kumpulan Hijjaz ni.. nak2 ngan vokalis dia si Munif Ahmad tuu adore giler ngan suara dia yang merdu tu.. huhuhu..

hijjazzz (gambar blurr ipad kualiti yg x berkualiti)

Iwan pon best.. kenal Iwan? ala yang dulu penyanyi dandut tu... memori daun pisang? ingat? haa dialah.. bestt woo suara dia.. lagu2 dia pon best. Swekarang dia da berubah... ke islamik.. Alhamdulillah... Manusia mmg perlukan perubah yang ke arah yang baikk. kan..



 Iwan


Dalam kol 12 jugak laa balik.. penat lapo semua ada,.. sempat lagilah melantak nasi ngan ecah, nasib baik arr ada lg nasi kat umah.. hahaha lepastu layan tv jap.. masuk tido,. tapii aku xlena tido.. kebenda yang aku fikir pun aku tak pastui.. grrrr..Verangan mungkin... erggggg Vangang lah...

 motep gambo? tunjuk UAI sebb xdapat g semalam -..-

hari ni keje kepala ting tong tahan ngantukk.. ZZZzzzzzzzzzzzzz
Kbaii