eiyDa:: Rogol & Pensel dalam alat sulit::
Entry khas & pendek sahaja untuk petang ni :
Baca Keratan akhbar kt bawah ni..n korang tepuk dada tanyer hati korang..hurm..
GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.
Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor  menemui pensel  sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan  mangsa.
Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak  menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya  sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.
   Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan,  berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan  sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya  di sebuah sekolah di Rawang di sini.
Menurutnya, dalam  kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan  pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.
“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.
   “Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas  beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika  ditemui di pejabatnya, semalam.
Menurutnya, mangsa yang  diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani  pemeriksaan lanjut.
“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.
   “Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah  mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa  pernah diperkosa  sebelum ini,” katanya.
Ditanya sama ada mangsa dirogol  suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu  berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua  daripada mangsa.
“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.
* Mintak dijauhkan hal2 sebegi pada kawan2, adek2 dan ahli keluarga T_____T
* Jatuhkan hukuman yang berat..kalo boleh sebat...tak pon jalankan jek hukum HUDUD!! pangai cam Nates!
Sumber : Harian Metro Khamis 22042010
mengampunkan dosa2
dan kekilafan Hambanya..Amin



0 Comments:
Post a Comment
ce citer
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home