Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu

Bismillah..

Ha lama kan kan xupdate belog ni huuu

Selamat Hari Ibu Buat sema Ibu2 didunia ini....

Sabda Nabi Muhammad SAW. ketika ditanya salah seorang sahabat,
“Wahai Rasulullah siapa orang yang pertama kali harus aku hormati?”. Nabi mejawab, “Ibumu”. Lantas sahabat bertanya lagi, “Lalu siapa lagi wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Ibumu”. Untuk ketiga kalinya sahabat bertanya lagi, “Lalu siapa lagi?”. Beliau menjawab dengan jawaban yang sama, “Ibumu”. Pada keempat kalinya sahabat bertanya, “Lalu siapa lagi?”. Nabi menjawab, “Ayahmu”.  
Walaupun ada yang akta tak boleh sambut Mothr's Day ni, tapi  bagi aku itu atas niat masing-masing la kan.

Ok bye. wassalam

Sunday, March 31, 2013

Doa Dimakbulkan.

Bismillah..

Alhamdulillah berakhir sudah ibadah umrah aku dengan family pada 7-18 mac 2013 yang lalu. Alhamdulillah Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada mu Ya Allah. Allah yang Maha Besar.
Terharu sangat sebenarnya bila aku dijemput kesana. Ke Rumah Allah. Terima kasih Allah.



Ini lah salah satu impian aku dari dulu lagi. Dari aku sekolah lagi. Setelah ditangguh2 akhirnya kami jejak juga kaki ke rumah Mu ya Allah Makkah Al Mukarramah dan Jugak Madinah Al-Munawwarah.


Semua berjalan lancar.kesihatan juga baik.Syukur sangat. Aku mampu mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna walaupun banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuh. tapi Allah itu Maha Besar. Dia permudahkan segalanya.


Sampai Tawaf wida' tawaf Selamat Tinggal. Walaupun cuaca masa panas terik, tepat jam 1 tengah hari, terasa bahangnya, terasa perit muka, terasa peluh membasahi jubah dan telekung sembahyang. namun kaki ini ku gagahkan jugak melangkah mengelilingi kaabah. tetiba air mata mengalir dengan laju tanpa disuruh2 tanpa dipaksa2. Ya Allah.. terharunya sedih nak meninggalkan Kaabah. .. Allahuakbar. Selamat tinggal.. semoga aku akan diberi kesempatan lagi untuk menjejakkan kaki ke sana lagi. Rindu aku pada mu Ya Allah. Rindunya aku pada Kaabah, rindu pada Masjidil Haram, rindu pada Masjid Nabawi. Rindu pada semua yang berada di sana. Subhanallah.

Semoga aku akan kesana lagi. InsyaAllah.
Wassalam..

Monday, March 4, 2013

Anggota Polis Yang Terkorban Di Semporna Dikenal Pasti Dan Dibawa Pulang

Bismillah.

Innalillah.. Alfatihah dan takziah diucapkan kepada ahli keluarga  anggota Polis  yang telah terkorban di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna pada jam 7.30 malam  Sabtu lalu dalam kejadian berbalas tembak dengan tentera Sultan Sulu, laporan BH hari ni.



Identiti anggota PDRM yang terkorban sudah dikenalpasti

LAHAD DATU: Polis sudah mengenal pasti enam anggotanya yang terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan penjenayah di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna, Sabtu lalu. 

Mereka adalah: 
1. Pegawai cawangan khas Bukit Aman, Superitendan Ibrahim Lebar 2. Ketua cawangan khas daerah Semporna, Asisten Superitendan Michael Padel 3. Pegawai cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Baharin Hamit 


4. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Sarjan Aziz Sarikun 
5. Anggota cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Koperal Salam Tongiran 
6. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran. 

Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan ia sudah dimasukkan ke Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Hamza berkata, jenazah semua anggota polis yang terkorban itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing dari Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1 tengah hari ini. 


- Suber Berita Harian  




Jenazah anggota PDRM yang terkorban dibawa pulang ke kampung masing-masing hari ini

TAWAU: Jenazah enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak dengan tentera Sultan Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna pada jam 7.30 malam Sabtu lalu akan dibawa pulang ke kampung masing-masing hari ini. 

Mayat mendiang Asisten Superitendan Micheal Sk Padel, Ketua cawangan khas daerah Semporna dan Sarjan Baharin Hamit dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah akan diterbangkan ke Kuching pada jam 1 petang ini. 
Jenazah Sarjan Abd Aziz Sarikon dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau akan dikebumikan di daerah Semporna dan Koperal Salam Tongiran dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau akan dikebumikan di daerah Tawau hari ini. - Sumber Berita Harian

Takziah sekali lagi pada Ahli keluarga mereka. Semoga roh mereka tenang di sana dan Syahid menanti mereka.

Waahulam.

Sunday, March 3, 2013

Terkini : Serangan Di Lahad Datu : Tentera Sulu Serang Semporna

Bismillah.

Berikut ialah berita terkini dari rentetan kes Pencerobohan Di Lahad Datu  petikan yang diambil dari Akhbar Utusan Malaysia



Serangan terbaharu di Sabah, seorang lagi anggota polis terbunuh

SEMPORNA 2 Mac - Kumpulan bersenjata asing dipercayai penyokong Tentera Diraja Kesultanan Sulu melancarkan serangan terbaharu mengakibatkan seorang pegawai polis terbunuh dan seorang cedera di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer ke bandar Semporna, pukul 7.30 malam tadi.
Utusan difahamkan kumpulan penyerang adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang telah mula memasuki dan menetap di beberapa kawasan di Sabah secara berperingkat sejak empat bulan lalu.
Difahamkan siren kecemasan dibunyikan di Kampung Simunul dan semua penduduk termasuk di kampung berdekatan iaitu Kampung Air dan Kampung Sri Jaya diarah tidak keluar dari rumah masing-masing. - UTUSAN

#PrayForSabah semoga mereka dalam keadaan selamat. 

Wassalam


*update terkini: berita dr laman twitter

klik untuk tumbesaran 

NORCOLUT (norethisterone 5 mg)

Bismillah.

Aku ada ambil pil norcolut (ubat hormon) ni. Ambil dari doktor, memang pergi jumpa doc dulu lepastu baru doc sarankan makan pil ni. memula makan macam ok, tapi lepas 2,3, hari jadi lain macam.badan rasa lemah, xlarat, sakit-sakit, pening, loya rasa macam nak demam. pendek kata memang xlarat lah. macam takut jugak kan, sebab doc tak ada pulak bagitahu kkesanm dia lepas makan.

Maybe juga sebab saiz badan dan berat badan aku yang tidak sesuai dengan kandungan pil tu. 5g tu agak berat kot, dan kesan dia memang terasa

Aku pun google la baca pasal kesan pil hormon ni.Untuk kebaikan aku kat sana nanti, so aku kena jugak terus makan. tapi nak kurangkan dosnya. nak makan 1 biji sehari jek. huuu semoga ianya tetap berkesan, harap sangat.

Apa Norcolut?

Ubat NORCOLUT (norethisterone 5 mg), tu sebenarnya ubat mengelakkan ovulasi ( release ovum dari ovari ) dalam kata lain atau kata orang biasa, pill perancang ( oral contraceptive). Semua ubat ada side effect dia, so kalau tak pernah makan, Please please please consult doktor. General side effects of kalau makan birth controll pills ni termasuk loya , mood swing etc. 

kalau diggoogle dan dibaca, ada banyak  fungsi pil Norcolut ni. Untuk stopkan period,tumpahkan period dan lambatkan period. Sebab diakan pil perancang.Selalaunya dia diambil bila Kaum wanita nak mengerjakan umrah, (lambatkan period), ada jugak yang ambil bila period terlalu lama (stopkan period). Tapi jangan ambil berterusan sebab ada kesan sampingannya.huuu

Semoga segalanya berjalan lancar Ya Allah hanya Pada Mu aku memohon.permudahkanlah segalanya.

wassalam

Nuffnang