Saturday, October 30, 2010

Kemalangan Maut Di KM 38 Lebuh Raya Karak

Bismillah...

Now i kat kampung.Cuti lah sehari, ikut my mom n my dad balik jap.Nak uruskan hal jual beli lembu untuk Raya Qurban lagi 3 minggu kan.Kat Kampung i ni, asek hujan jek.Syok ok..sejuk..nyamana dan aman damai.Sampai today pukul 11 lebih baru i bangun..hik3..

Semalam dapat berita pasal kemalangan bas lagi.huhuhu menakutkan right? lately banyak pulak kes kemalangan melibatkan bas ni.Nak2 musim skang ni jap hujan kan...jalan pon licin.Kali ni bas persiaran dari Belia 4B Baling Kedah.Yang sedihnya, antara mangsa yang terkorban adalah remaja-remaja dalam lingkungan umur belasan tahun..huhuhu..Innalillah....

pic dari ondscene.my

KUALA LUMPUR: Kesemua tujuh yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi dibawa pulang ke kampung masing-masing di Baling, Kedah pagi ini.

Mereka terdiri daripada ketua rombongan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang juga seorang guru agama, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang semalam.

Sementara enam lagi terdiri daripada Mohammad Amirul Mohamat Isa, 13, Mohamad Khairy Mohamad Marzali, 14, Mohamad Yussof Akhil, 16, Mohamed Firdaus Rosedi, 16, Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Mohd Ridzuan Husin, 17 yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Hospital Sungai Buloh jenazah kesemua mereka sudah dituntut oleh keluarga masing-masing pada jam 7.45 pagi tadi untuk dibawa pulang ke Baling dengan tujuh kereta jenazah.

Kesemua mereka terdiri daripada 44 anggota rombongan belia Kampung Baru Siong, Baling, Kedah yang dalam acara lawatan ke Genting Highlands sejak Khamis lalu.

Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Baling, Muhammad Sani Mahmud yang dihubungi Bernama berkata, kesemua ketujuh-tujuh jenazah itu akan dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Baru Siong. Dalam kemalangan malam tadi, bas yang mereka naiki dilaporkan hilang kawalan dipercayai berpunca daripada masalah brek, ketika menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini pada pukul 7.50 malam.

Bas itu terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang menyebabkan tujuh maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas itu.

Rombongan itu yang dalam lawatan ke Genting Highlands telah bertolak dari Kedah pada jam 11 malam Khamis dan tiba di Genting Highlands pada jam 8 pagi semalam.

Pada jam 7 malam semalam mereka bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay, dan dijangka pulang ke Baling petang ini.

Berita dipetik dari myMetro

Nota comel: Alfatihah &Takziah

pada keluarga Mangsa Nahas..



Thursday, October 28, 2010

oh nasi ayam

Bismillah..pic google

Alhamdulillah..kekenyangan sangat.burrpppss..opsst ekusmi tak sengaja..terkurang sopan pulak.hik3..actually i br jek lepas makan nasi ayam (ceh itu pun nak bagaitau ke?)..xder lah..bagi yang kenal i kan,,,nak family i tau sangat lah yang i ni TAK SUKA MAKAN NASI AYAM ORANG LAIN. yang my mom buat jek i makan..haa nampak?? nampak?? ahahha..

Tadik tetiba i terasa teramatlah lapar (hari-hari lapar kot) n than tetiba jugak (berapa banyak titibe da kau).....terasa perot ni nak makan nasi ayam Kak Ton..ekekek...dah..dengan mood yang rajin berjalan dan perot yang mengada2 dok mintak nasi ayam2..dan malas nk dengar rayuan dan rengekan perot i nih..i pon jalan la....dengan lemah lembut dan melengang2..hah..ni tipu...xdernyer nk melenggang2..i kalo da jalan xpandang kiri kanan dah..jalan jek lelaju..keh3..

Da sampai terus orde...bagi nasi ayam 2..teh o ais 2 yer,,,tapau., siap budak tu tanyer lagi skali..ape dia?? ceh..bukan ke aku cakap da kuat tadik..ke perlahan sgt?? hahaha terpaksa ulang lg skali dengan pertambahan volume..xD..

Da siap tapau..ha..nk tau knp beli 2? sebab i makan dua2 lah..hahhaha gilew ko..xderlah dengan baik hatinya, i belikan lah jugak untuk my tech...kikiki..baik tak i? baik kn kn..cepat cakap i baik sekarang! ngeeeeeeeeeeeeee..

Makan2..eh..da habis satu bungkus..gilew arr mkn xsedar diri, sah2 la i lapar gilak dah tu...mlm nnti sah tak makan dh..yoyo la kan kau eiyda wooot..org jek kecik..nafsu makan leh tahan kot.

K lah, moral nya...kalau time lapar semua benda bedal,yang xsuka pun boleh jadik suka..so jangan biarkan perot anda diselubungi kelaparan..hek3...

k babai..

Nota comel: nasi ayam

my mom terbaik..ok..

sup dia lain, ayam dia lain..semua

lain lah..ngeee


Wednesday, October 27, 2010

Innalillah

pic dari google

Bismillah..

Menaip entry dengan perasaan yang ssedih dan sayu.Minggu lepas mak cik yang ada kedai runcit kat sini, kemalangan masa dia nak balik kerumah.jalan kaki, xsure la sorang-soranga tau pon dengan anak dia.Lepastu dia terjatuh mybe pengsan kat tengah jalan dan dilanggar sebuah motorsikal.huhuhu...dia koma dan tak sedarkan diri.

Semalam anak dia bukak kedai dan i ada lah bertanya tentang keadaan mak cik tu, and anak dia cakap mak cik belum sedar lagi.sayu i tengok wajah anak dia tu,mesti sedih sesangatkan memikirkan kedaan ibu tersayang yang belum sedar lagi.i pun rasa tersentuh, xmamapu nak berborak panjang.maunya melelh aor mata ni.Selama lebih kurang 4 tahun berniaga disini,memang da kenal agak rapat lah dengan mak cik tu.

Dan pagi tadi, dapat berita sedih yang mak cik tu da meninggal...HUHUHUHU Innalillah...Allah lebih sayangkan arwah kan.Semoga arwah ditempatkan disisi orang yang beriman, amin..

Langit hari ni pon mendung, cuaca sejuk..hujan renyai-renyai mengiringi pemergian arwah..hurm..terasa sangat kehilangan arwah, baru minggu lepas i borak-borak ngan arwah dia nampak sihat dan ceria, masih terbayang-bayang suara dan senyuman arwah... :'(

p/s : sorry entry emo skit



Monday, October 25, 2010

misstypo...

Bismillah..

Hurm da malam-malam ni rajin pulak jari ni nak tekan-tekan keyboardkan.Ha, dah la i ni misstypo bak kata kengkawan i kat twitter kejam ok!whatdenyahhoi! mentang-mentang la i ni selalu lah tertypo dengan tak sengaja..lalala tak sengaja ok..sila baca banyak kali.hik3.

Ada terbaca tweet dari Dr.Fazli hari tu kat timeline twitter.
RT : Mereka yg kerap TYPO semasa menaip tweet seringkali berfikir lebih laju dari jari jemarinya bergerak :)
So, dengan tak sengaja memang akan terdapatlah typonya disitu.ngeeeeeeeeeee

Typo ni kalau yang biasa-biasa tak apalah lagi, contoh macam tertinggal satu huruf atau pon tersilap huruf.Tapi kalau da #typobahaya macam 'babai' jadi 'babi, hahha banyak lagi lah kan.uOls pikir lah sendiri.I ni selalu jek typo hari-hari lah senang cakap.sebab pe tau? sebab i ni kengkonon pro la bila menaip.Siap pandang kiri kanan tu..mane nak pandang keyboard sangat pon.eksyen ok! xD.

Tips untuk uOls yang suka typo cam i ni...ehem3..macam i ok..hahaha....jangan taip laju-laju sangat, jangan OVER excited ok.,pastu menaip tengok keyboard kalau guna handphone tengok keypad jangan tengok tempat lain =.=', jangan menaip dalam gelap, jangan menaip sambil berborak atau gelak-gelak gatai nok..err lagi?? lagi?? uOls fikir la pulak.

Oklah, da penat menaip sambil meniarap ni tau...errrr..try uOls check ada tak sebarang typo dalam entry ni...tak ada kan kan..kan............... >.<'

p/s: motif entry ni : untuk kesedaran sendiri yang memang hobinya adalah typo..ngehx3

Nota Comel: dulu xtau pun

ape tu typo..sekarang

i lah juara TYPO..hik


Sunday, October 24, 2010

Tolong boleh??!!

Bismillah..

Today hari yang sangat best sebab hujan turun dengan mencurah-curah kalah paip bomba ok..syok sangat..nak tido jek rasa, tapi enggak bolehh coz i ngah keje..hurm..redha jek la kan..

Actually, i nak minta pendapat uOls tentang blog i ni.I pon xtau la nak kata kan, dah lama kot i tak amek kisah sangat keadaan 'kessihatan' blog i ni.Yang i tau juz update dengan entry-entry yang kekadang je bernas selebihnya adalah sampah mybe.hurmmm..

Nak mintak la pendapat, kalau boleh kritik atau pon nak tunjuk ajarku sifu pon lagi baik. Almaklumlah, i ni bukan tau sangat selok belok pasal blog ni. Till now pon xjugak guna domain n hosting sendiri. Bukan apa, i takut kang membazir jek, sebab i tak berapa nak terer sangat bab2 nak update dengan isu2 semasa, tuto dsb.Senang cakap xberapa pandai nak menaip secara skema dan ayat penuh(sebab da biasa guna short2 n bahasa 'pasar').

Lagi satu ramai yang komplen susah nak masuk blog i n susah nak send comment..huhuhu adakah sebab i guna domain free co.cc?? perlu ke i tukar ke sedia kala..jux guna blogspot.com jek?lagi satu, i xboleh nak ping entry blog ni kat facebook sebab xkeluar pon linknyer, macam kena block cam tu lah...huhuhuhu T_________T'.

So pada uOls yang baik hati, sila tolong i boleh?? bagilah pape pendapat pon, i xkisah dan i kan cuba perbaiki segala kekuranagn blog ni.Walopon blog picisan, tapi i tetap sayang woooo.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak uOls i ucapkan jutaan TQVM!!... haa..kn da skema jap (-_-)...

Nota Comel: mood nak

berblogging

da datang

secara tetibe jek haishh


Saturday, October 23, 2010

budak-budak sekarang memang canggih ok..

Bismillah..

Da lewat ni..da pukul 12.26 AM..tapi i xngantok sebab tadik kan kan i bangun pukul..pukul..errkk doblas huk2 syypppp bisik2 tau...bhahahahhaha..halah..beselah katepon i cuti hari neh....memang lah bangun agak kelewatan disitu.,.dah umi i xkejutkan, i tak bangunlah...alasanlahko...=p

esok sabtu, uols tengok la..mesti ramai gilak lah kasteme...nak2 kanak-kanak riang yang xsekolah.mak2 bapak2 pulak bz berniaga...nah kau....berduyun2la...dan bermula lah operasi mengawal pc..HAHAHHHA...

Budak-budak ni pantang wehh dapat online mesti nak tengok video-video kat utube...

budak A : haa aku tau nk tengok ape..hantuuu

budak B : hantu?? hantu ape...? pocong ke?

budak A: tak...ni hantu kuntilanak..yg indo tu...jap aku taip h...a....n....

pastu jerit2..sebb takut....bingit hingaq la kedai i...i pun ape lg...tett toot..tuuttt...haa ok dah....

budakA&B: aik..kenpa ni?? hilang dh.....akak cam ner leh hilang yg tadik kita tengok?

Aku: xpayah tengok2...men game..kang akak tutup....

budakA & B: %^$&(^&*(*)&*^*)(*)((_) (muka da bengang)


ha. tu diaaaaaaaaa kang xbagi men kang kesian...dah bg asek2 nk tengok hantu kt utube...geram ok...kang mak bapak dorang lalu depan kedai ke dapat tau anak-anak dorang tgk video hantu..mlm2 ngigau aku gak yang kena..hohohooh

budak2 skang mmg meleniumlah hoi...kalah kita ni...risau gak kalau dorang taip punya taip kang klik benda lain lagi lah naye i...so bertindak cepat....suh men game benda lain dorang buat..seb bek lah i leh kawal, so xla risau.Budak2 skang memang bijakterlebeihsudah


Nota Comel: moralnya,

budak-budak

sekarang wajib

diawasi


Thursday, October 21, 2010

hand phone pilihan hati uOls

Bismillah..

Ha..uOls mesti ada henpon kan...tak ade? mentipoooooooo..HAHAHAH...suke hati lah nak panggil ape pon.henpon ke..henfon ke..telefon bimbit ke, telefon tangan ke henset ke..janji semua tu SATU. nama panggilan jek yang lainnya.

uOls kalau beli hanfon, uOls akan tengok apa dulu? i meant adakah uOls beli sesebuah henfon tu sebab harga ke, sebab brand, new arrival, trend, camera ,ciri2 dalaman atau pun sebab bentuk warna yang menarik. Pada uOls, kalau nak beli henfon mana satu ciri-ciri yang paling penting dan paling utama yang patut kita lihat.

Contoh kalau iPhone.Wow! harga memang vavavoomm..xsemua mampu beli kan kalau tak der bajet 2k++.Apa yang menarik? sebab dia smart phone.Semua dalam satu,internet,video call,nak fb ke, twitter, berblog ke no hal lah kan.kekurangan? mybe agak besar untuk aweks2 cam i yang guna hangbag kecik..xkan nak sumbat dalam poket seluar rite? hohohoho. (tp iphone4 kecik jek kn?)

iPhone 4

Kalau BlackBerry pulak, jenis smartphone jugak, harga agak mampu untuk dimiliki.Best sebab boleh berfb dan twitter dan jugak berBBM sepanjang hari. Janji ada kreadit lah bagi yang guna prepaid cam i neh.Cantik, design lebih kurang jek macam e72, c3 yang br jek keluar hari tu kan.Yang tak best camera kecik sangat dan qwerty dia agak kecik, ssh bg yang ada jari2 besar nak menaip kan.Selain dari saiznya yang jugak besaqq gedabaqq..huhuhu Blackberry Torch 9800 Slide adalah keluaran terbaru.Slide dan touch screen..cantek...

BlackBerry Torch 9800 Slide

Nokia e72

Nokia C3

Sony Ericson Satio pulak, harga lebih kurang la macam blackberry kot dalam 1k ++ yang bestnyer sebab se satio ni camera dia 12.1mp..besar ok...touch sreen..screen yang lebar.Kekurangan saiznya jugak yang besar.dan bagi i yang guna se satio ni, nk berfb dan bertwitter tu agak ssh skit lah.huhuhuh nk taip gn touch2 neh..lambat..lebih suke gn keypad...


Sony Ericsson Satio Black

Walau apepon kan, bagi i henpon Nokia 3310 lah yang paling senang nk gn, saiznya yang sederhana,keypad yang sesuai ngan jari dan yang peting tahap ketahanan dia dari segi batt dan kekerasan body dia.HAHAHHAH.sebab kalo jatuh beberapa kali pon, kompem xrosak! tak caye try campak henpon kesayangan uOls ape jadik? ekekeke..ngeeeeeeeeeeee..henpon 1st yg i guna ni lah dia Nokia 3310...da dapat yang ni mang heppy gilak lah...HAHAHHA.


ok babai...

p/s: sekadar coretan.kalau ada salah dan silap tolong tegur dan betul kn ek..

wassalam..

Nota comey: dolu2 salu bwk 'henpon'
kesekolah.
siap leh letak
air sirap dalam tu..
HAHAHAHHA

Tuesday, October 19, 2010

Stilletto heels cantik tapi bahaya


Bismillah..

sruuuuutt...*lap2 hidung..Opst sorry aii xbape sehat ekcely flu pastu sakit tekak..=.=' dua penyakit yang da agak lama i tak rasa..uhuhuhu..sah2 la skang musim tak menentu...jap hujn..panas..so..sila minum banyak air yer..bukn air sejuk..air kosong/mineral ok..

Sebut soal kesihatan ni kn..pada uOls yang girls2 ni..uols mesti suka pakai high heels kan...tapi uOls tau tak yang kalau da selalu sangat pakai hih heels dan jalan jejauh...sangatlah bahaya untuk kesihatan uOls..xcaya? try la uOls pakai high heels ni n tahan jalan pusing satu pejabat ke kelas ke..pe uOls rasa kat tumit,jari dan pangkal peha rite?..ha...mesti rase sengal-sengal dan lenguh kan..tu lah bahaya namanya.nak-nak bagi ibu2 yang sedang preg tu.


pic Google

Kajian dibuat Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (cm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Malah, ia juga boleh mengakibatkan berasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Menurut Pakar Perbidanan dan Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, wanita yang mengandung seharusnya mengelak daripada memakai kasut yang bertumit lebih daripada satu setengah inci (3.8 cm).

Ini kerana, sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah di sebabkan oleh bayi yang dikandung

Wanita biasa yang tidak mengandung juga mudah mengalami sakit belakang jika memakai kasut tinggi lebih-lebih lagi yang bertumit halus.
Begitupun, risiko kesakitan itu lebih tinggi pada wanita mengandung iaitu antara 70 peratus sehingga 80 peratus

Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan perubahan pada postur tubuh, di mana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang

Ha..bahaya kan kan..tapi kalau nak pakai sekejap2 xpe kot...tapi jangan amalkan selalu...begitu jugak dengan pemakain wedges heel..bahaya jugak tu kan.pakai yang 1/2 atau 1 unci rasa da cukup kot, xperlu nak tinggi2 sangat.

I pon suke pakai kasut tinggi2 ni sebab i ni pendek! huhuhu tapi skang da kurangkan sebab mang terasa kesan-kesan dia tu..lenguh2 nak2 kalau jalan jejauh contohnya bershopping perghh naik melecet.better pakai sandel biasa atau yang comfort.


info: google

ok babai..

Nota comey: mencegah lebih baik

dari merawat...kan..

Sunday, October 17, 2010

uOls Peminat artis Korea?

Bismillah...

Ha...korang peminat K-Pop tak? dalam erti kata lain..ala...korean group la...yang suka nari2..goyang same2 tu kn..HAHAHAHA..mesti suka kan kan..alalal..nak2 yang lelaki..suka lah tu...sebab dorang kan seksi..putih melepak pak pak...comel dan tinggi lampai kot cam model gite.

Group Wonder Girl dengan lagu hot dorang Nobody..nobodyx3 but you...ewahhh hehehh best kn...goyang sane sini sampai budak2 pon suke... siap hafal lagi liriknya.Selain dari lagu Nobody yang best lagi cam lagu So Hot,Tell Me,Irony dan banayakk lagi lah...bestnya tentang Group2 dari korean ni sebab dorang punya tarian yang sama jek kan...comey..OMO! and dorang [punya posing tu sememangnyalah cute...macam kucing..erk..=p

video

Ha, ni lagi saty group dari korean yang tak kurang hebat jugak. GG atau pun Girl Generation...memula ingatkan diorang ni dari Jepun hik2 sebab bahasa dorang time nyanyi ada iras2 bahasa jepun la pulak kan...rupa-rupanya dari Korean.

video


Pendek kata...artis korean ni da jd macam kegilaan remaja skang kan..budak-budak pon suke... nak2 fesyen dorang yang kadang2 pelik..heheh..tapi kiut..i lioke!!

Selain tu drama2 dorang jugak mang TERbaik!! macam drama Winter Sonata, Autumn In My Heart, Full House,Wonder Full Life, Coffee Prince, Stairway To Heaven, Princess Hour, my feberet ever My Girl..dan banyak lagi lah...layan jek video bawah ni..hik3

video

p/s : sorry kalau ada yang tersilap..almaklumlah...bukn tau sangat pasal korean2 group ni... heheh

p/s : dulu aii ni kipas ssh mati la jugak ngan artis-artis korean ni...skang da xder masa kot nak amek tau sangt...huhuhu..mungkin diri ini sudah 'tua' ngeeeeeeeeeeeeee

Ok babai...


Nota Comey: comey2kn org korea ni..

Wednesday, October 13, 2010

Maher Zain

Bismillah...

Maher Zain! ha.tetiba kan...sekarang kan da jadi macam satu fenomena baru dalam masyarakat kita.Meminati Maher Zain..sapa Maher zain? uOls tak kenal?? HUHUHU.. kesian..ketinggalan zaman lah sangat OK! hahahhambekk kan da kena penangan laser kuh ini.

Ala..Maher Zain yang kacak, putih dan tinggi tu..auwww... itu kot ayat mula-mula keluar kalau tanya i siapa Maher Zain..hik3...baru sahaja datang ke Malaysia bebehari lepas, dan membuat konsert di Shah Alam dan di UIA. Best kan kan...tapi sayang...xdapat pergi maa..tiket cepat jek soul out!

Ok lah, xpe meh nak bagitau sapa lah si Maher Zain yang kachax lagi sachok tak hengat ni...beliau kini menetap di Stockholm, Sweden kalau tak silap lah. Sebab i pun xtaua sangat tentang latar belakang dia ni.Asal suara best, orangnya hensem dan lagu2 dia memang terbaik...i suka lah..kih3.uOls boleh tengok facebook Maher Zain.

Mula-mula i mengenali siapa Maher Zain ni masa i masuk blog Munsyi kalau tak silap dah lame dah.Mybe dalam awal2 tahun hari tu...Mase tu Munsyi ada letak video lagu Barakallah. Dan sejak itu lah, i mula meminati Maher Zain dan mula google mencari lagu2 beliau yang lain seperti Insyaallah, Thank You Allah,Open Your Eyes, For The Rest Of My Life, Allahi Allah Kiya Karo dan banyak lagi lah.Yang paling menarik tentang Maher Zain ni dia boleh menyanyi dalam banyak bahasa, selain dari Bahasa Inggeris dan Arab.

Ini caver album Maher Zain bertajuk Thank You Allah.Ynag memuatkan lagu2 ketuhanan yang penuh pengerian.

Pasa uOls yang sedang mencari-cari lagu lagu2 Maher Zain ni boleh la dapatkan Album beliau yang original yer..kalo tak nak..boleh la uOls d.load secara cetak rampok..ihhihihi..try la cari dekat 4share banyak kot kat sana.

ok...babai..

wallahualam..

Nota Comel: sampai my sis pon

suh carikan lagu2

maher ni..


Monday, October 11, 2010

Kemalangan Menyayat Hati 10.10.10

Bismillah....

Semalam 10.10.10 selain dari tarikh keramat Pernikahan Angkasawan Negara kita Datuk SMS dan isteri Datin Dr. Halina yang sangat meriah tapi simple, i like ok! dengar khabarnyer, dorang tak mau buat meriah2 kan..nak buat simple aje..tapi mungkin sebab dah nama pun Angakasawan Negara Pertama..tak salah kot kalau dibuat liputan meluas oleh media..boleh jugak buat kenang-kenangan pada generasi akan datang.Tak gitu? soal membazir ke apa ke...terpulanglah pada pendapat masing2. kan..Ok congrats!

Tapi yang xbestnya, bila 10.10.10. ni jugak berlakunya tragedi yang menyayat hati. Kalau Uols tahu, kes kemalangan maut yang sememangnya dasyat telah berlaku semalam dalam jam 6.30-7.00 malam menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas.

REMBAU: “Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk.

“Kami hanya membantu mereka yang cedera dan mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang selamat dan berjaya dikeluarkan dibawa ke tepi lebuh raya sebelum kami meminta bantuan kereta yang lalu untuk menghantar mangsa ke Hospital Melaka.

“Kami tidak berani mengangkat mayat kerana keadaan kecederaan pada mayat yang mengerikan. Setakat yang saya tahu, kebanyakan mangsa lelaki. Mungkin mereka ini penumpang bas ekspres berkenaan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, setakat ini, sembilan mangsa dikenal pasti lelaki manakala selebihnya wanita.

Katanya, polis belum dapat mengenal pasti identiti semua mangsa dan jenis kenderaan yang mereka naiki ketika kemalangan. Ini kerana mayat berkenaan bergelimpangan di atas jalan dipercayai tercampak sejurus selepas kejadian.

“Semua mayat dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat. Siasatan awal mendapati bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Melaka Sentral ke Kuala Lumpur,” katanya.

Pegawai Operasi Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Yusof Samad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.07 malam sebelum menghantar satu jentera ke tempat kejadian.

“Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk tiba di tempat kejadian walaupun terletak kira-kira 20 kilometer berikutan kesesakan teruk lalu lintas sepanjang tiga kilometer,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menerima bantuan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin.

Berita dipetik dari MyMetro

Nak tengok lagi gambar2 dan video kemalangan maut ni boleh klik kat sini OHTIDAK

Tetiba teringat kes kemalangan maut melibatkan Bas Ekpress SANI bulan 12 tahun lepas yang mengorbankan banyak nyawa termasuk mysisnyer adik ipar..

Alfatihah pada mangsa yang terkoban dan takziah pada keluarga mangsa yang terlibat..

Update:

Lagi gambar dan berita di sini

kredit: amazingnara.com


Nota Comel: Dari Allah kita datang,

kepada Allah jua kita kembali..waallualam..

Saturday, October 9, 2010

~UPDATE!~ Perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Bismillah...

Salam sabtu semua.....esok 10.10.10...hari Ahad..wah...cunkn nombor tu...senang nak ingat dan sangat unik!..

Esok 10.10.10 merupakan hari yang bersejarah bagi Angkasawan Negara kita Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya Dr. Halina Mohd Yunus,yang akan bakal melangsungkan perkahwinan meraka yang berkonsepkan kayangan kot!wah....macam tak sabar nak tengok kan. Akan bersiaran langsung di rancangan Nona esok jam 2.00 petang (kalau tak silap).

Tapi sedih sebab i xboleh nak tengok, almaklumlah kejekan.Kalau tv3 ada buat siaran langsung melalui online pon ok gak, leh tgk kab..kebetulan jugak tarik 10.10 merupakan ulang tahun ke-3 Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor ke Angkasa. Dianggarkan seramai 10,000 tetamu dijemput hadir..wahhhhhhhhhhhh sah2 la meriah tu kan..mybe akan jadi wedding of the country!

Actually, i memang selalu mengikuti perkembangan DDSMS ni sejak mula-mula dbeliau terlibat dalam pencarian Angkasawan Negara pada tahun 2006-2007.Kalau UOls nak tau, i siap buat satu blog untuk belua..hik3..~ngee...nak tau belog tu tau? nak? hehhe malu lah i nak bg link...hek3 gewdikss... sebab lepas DDSMS my ex admire neh bertunang 1 Jan 2010 lepas, i da macam malas nak tau perkambangan beliau..ala2 merajuk lah..hahahha poyos~~ nah2, i bagi linknya..jgn gelak dah la yer.. Angkasawan HOHOHO.

this my perebet pic! sangat kayangan~hik

Ok, pada uOls yang nak tengok lagi koleksi2 gambar Pra-perkahwinan Angkasawan Negara kita yamg sememangnya sachok tak hengat ni dan pasangan beliau yang cantik sesangat neh..leh klik sini. Sangat kretif lah dorang ni...cantik gilak gambar-gamabar pra perkahwinan dorang.

wahhh terbang tuh...~~

Sama-sana kita doakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat...dan dikurniakan baby yang comel..ehek..

Oklah, babai...

p/s: DDSMS= Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

kreadit pic= CandidSyndrome


UPDATE!

Pada yang tak berpeluang nak tonton kat tv esok Siaran langsung majlis perkahwinan dorang ni leh tengok secara Online di tonton.com.my.
Dan jugak di gua.com.my

Majlis kemuncak pada jam 9.00 malam esok di PPIC ..pehhh gila dasyat dan grand ok. Sampai kan Sultan Arab Saudi pon dijemput...begitu jugak dengan bekas2 Angkasawan dari Negara-neagara luar...wahhhh meriah gitew.

Dan cenderahati pon sangat lah best..kalau tak silap kristal berbentuk angsa,kristal berbentuk teratai untuk Sultanah dan berbentuk deretan kuda untuk Sultan..

kita tunggu dan lihat lah yer...cam ne grandnyer majlis meraka..

info: Metro

Nota comel: agaknya kalau boleh
buat majlis perkahwinan dekat angkasa
mesti best kan




Thursday, October 7, 2010

cara bertudung yang salah

Bismillah...

Esok da last day kita dalam bulan syawal kan..erm..da nak masuk bulan lain. Bulan Islam lah kan,hari sabtu ni 9 oktober da masuk 1hb Zulkaedah 14 31 hijrah.Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk terus berada dimuka bumi Allah yang luas ini.

Semalam ada terbaca dalam blog OH ISLAM pasal bertudung.Bila da baca tu baru tau yang selama ni, pakai tudung segera cara pin kan kat belakang tu salah dan gayanya tak ubah seperti birawati kristian.HUHHUHUHU.

pic dari google

Ingat lagi, sebelum baca artikel ni, umi ada bagitau, xboleh pakai tudung cara cam tu.Sebab ada seorang ustazah cakap macam birawati/ sister. Mula-mula aku cam eh..yeke? sebab ramai sangat yang pakai macam tu kan.Dah jadi trend sangat sekarang.Tapi bila baca dan da terbukti kesahihannya, i da mula stop pakai tudung cam tu.Sekarang jux pakai shawl aja.Kalau pakai tudung segera pon, i pin kt tepi..

So, pada uOls wahai kaum Wanita Islam yang still pakai tudung cam tu, sila la stop yer. Xpayahlah kita nak terikut2 sangat dengan trend2 sekarang ni.Jikalau dah tau kesan dan hukumnya...

Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.


Nota Comel: senangnya

kita ni terpengaruh

dengan cara luar

tanpa selidik mana betul, mana salah...


Monday, October 4, 2010

BOSAN BORING

Bismillah....

Bosan OK! haaaaaaaaa tak pon BORING!! Entah kenapa sejak dua menjak ni asik rasa bosan jek ngan life sekarang.Macam tak ada perubahan langsung bertahun-tahun macam ni lah jugak.Tak ada naik, asik turun jek.HUHUHU.

Bangun pagi dalam pukul 9.00 pagi.mandi,breakfirst siap2 mekap.Pukul 11 lebih2 (ikut suke hati) pergi keje. Keje kt cc ni bukan banyak sangat pon. Nak2 kalau jaga kaunter ni..lam cc pon ade dalam ,kurang 10 biji pc...kalo time ramai kasteme tak la terasa sangat kebosanannnya, tapi kalau time kasteme xder, kurang..Ya Allah..Tuhan sahaja la yang tau betapa i boring!

Asek2 ngadap pc...ngadap tenet, twitter, facebook, blog, youtube,YM, Gtalk, Gmail, tak pon download movie. Kadang2 ada jugak kasteme yang suruh taip ke, print ke, fax ke....itu jek la keje i.Dalam pukul 7-8 i da tutup cc..balik.

Sampai rumah kadang2 tu awal, kadang2 lewat..paling lewat pon pukul 8 la..xderla lewat sangat.My dad tak bagi keje sampai malam2 bahaya katenyer. Lagi pon xder sapa nk teman i sorang2. Sampai umah, mandi, solat, ngaji, mkn.lepastu lipat kain sambil tengok berita...pukul 9 sampai lah pukul 12 layan tv + tenet....Orang lain pukul 10-11 da kaku tido..i jugak kelip2 sorang2.kadang2 adik i ada..kadang2 die dok ngadap lappy..i sorang2 tengok tv..HOHOHO...

Macam tu lah hari2...makan minggu, makan bertahun-tahun....hal sama setiap hari.Cuma makan jek la yang lain2 menunya..~ngeeeee

Kat rumah pun siapa lah yang ada, semua sibuk kerja...masing2 da penat...time cuti hari jumaat jek la time nak bersama-sanma ngan family..masak sama2, makan sama2...tapi kan saat paling best bila time Bulan Ramadhan memang best gilak...sebab dapat berbuka sama2...pastu sahur sama..HEHEHEHE...cepatlah Bulan Ramadhan balik..HUHUHUHU...

Itulah life gwe...~~it's my LIFE~~whatheboring!!!!

p/s: xder masa kot nk keluar bersosialisasi bersama teman..HUHUHUHU

Nota comot: comot

seperti saye!! O_0


Sunday, October 3, 2010

selamat pengantin baru...

Bismillah...

Entri suke-suke...sepanjang bulan syawal ni...agak sibuk dengan majlis2 rumah terbuka dan majlis kawen kan.Walopon i xder la banyak mn pon, tapi ade la jugak kan..HEHEHEHE... my kazen br jek selamat menamatkan zaman bujang semlam...2 orang dalam satu majlis...best ok..walopon!

owh, hari ni da masuk bulan baru.Bulan oktober 2010...lagi 2 bualn nak masuk tahun baru, tahun 2011...adesss cepat betul masa ni berlalu.Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan my kazen kak wa dan suaminyer abg sazali dan jugak majlis sambut menantu my kazen Mat dan Iza.Wat 2 majlis sekaliguslah..Senangkan...jimat tapi agak huru hatra skitlah..kesian mak cik aku kuhulur kehilir..ramai gilak tetamu yang datang.

paling best time bergambar sakan..HOOHOHOH.., n than time adek2 abang2 dr TLDM datang wat men2 pedang tu (pe tah namenyer? i pon tak tau)...memasing wat muka ayu..xleh blah dah..HAHAHHA...mn tau kn..kot tersangkut lak...leh men2 pedang lg skali..wakakakaka ~~ whathenyahh..

Best jugak bila daopat berkumpul dengan kazen2 dan mak cik2..mang asek tergelak jek lah...yela kan, kalau xder majlis2 macam ni susah nak berjumpe.Asek bz jek semua.Ha, bila da jarang jumpe mula lah diamm jek..xtau nak borak ape.Tapi oleh sebb i sedar yang i ni antara kazen yg paling tua dan bujang, so i lah cuba ramah2 ngan adek2 kazen ni.seronok jugak...layan karenah dorang ni..almaklumlah..kazen i ni ramai pompuan..pemalu la katekan..huwaaaaaaaaaaaaaa malulasangat...

Tahniah la pada Kak Wa n suami dan jugak Mat n Isteri ..semoga kalian berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin...tunggu giliran Abang Ka plak lepas raya haji ni...nak kn wat bj br ke tak ni ek...=p


Ok lah..entry suke suki jek ni...no idea actually...cauu...

p/s : kalau nak tgk pic2 pengantin..sila ke mukabuku i ok..kat mn? cari sendri..ekeke

nota comot : da lm

xder majlis kawen
lam family aku..




Nuffnang