Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya


Bismillah...

Yeay!! dah tak lama lagi dah kita nak menyambut Hari Raya kan. Hari ni sabtu 27 ogos 2001 InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, kita akan menyambut Hari Raya dalam 3 hari lagi.
Hari ni i still keje. Ramai gile kot manusia sampai nak cari parking pun susah nak mati.pehhhh..sabo je la...

Esok baru mula bercuti. Dan esok akan balik ke Kampung..yeepi yeay!! tak sabar rasanya. Pada uols yang nak pulang ke kampung tu berhati-hati ok. Pada yang drive tu, bawak kereta elok-elok..patuhi undang dan ingat orang yang sedang menunggu uols kat kampung tu.HATI-HATI. jangan laju2...biar LAMBAT JANJI SELAMAT. Semalam dapat berita ada sorang kawan di twitter meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya...otw nak balik kg.Innalillah..semoga roh arwah dicucuri Rahmat..Amin.Tu la kan..ajal maut tu kita tak tau bila akan sampai, janji kita kena selalu bersedia.

Berhati-hati mana pun, kalau dah ajal kita tak boleh nak elak.Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati tapi sebab kecuaian orang lain, kita yang jadi mangsa..Nauzubbillah.So sama2lah kita bermuhasah diri. Ajal maut bila da datang menjemput tak kan terlewat walaupun sesaat.

Dikesempatan ini jugak, i nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin pada uols semua pembaca-pembaca blog ni (ada ke?)..hik2..maaf segala salah dan silap selama ni ok...mybe ada yg terasa hati ke...halalkan segalanya... Raya elok2 ok..jangan happy sangat.Berpada-pada dalam segala hal.ok..

wassalam..

Wednesday, August 24, 2011

#8 Wordless Wednesday- oh..sawah bendang...

mau ke sini....

Tuesday, August 16, 2011

Lagu Raya

Bismillah..

Hari ni dah 16 hari kan kita berpuasa, lebih kurang 14 hari lagi..dalam 2 minggu kita akan menyambut Hari Raya... yeay!! dekat radio pun da mula memutarkan lagu-lagu raya...ada lagu lama, lagu raya baru.Tapi kan.lagu-lagu raya yang lama jugak TERbaikkk.....penuh dengan nostalgia gitewww.

Kalau lagu baru, ade lah jugak 1, 2 yang best.Paling i suka lagu dari kumpulan Hujan ft Raihan..memang best ok.Kalau tak silap lagu ni 2 tahun lepas kot, eh ke tahun lepas.Ok lupa.hek3...

Hujan ft Raihan - Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda





Dan lagu lama yang i suka pula, tak lain tak bukan..lagu Anuar Zain dengan Elina.heeee ..Suasana Hari Raya..tet te nenenennene tet tene nenenene..heeeee

Anuar Zain & Elina- Suasa Hari Raya






OKbai..

Sunday, August 14, 2011

Dugaan Penghapus Dosa

Bismillah...

Hari da hari ke 14 kita berpuasa.Alhamadulillah..semua berjalan dengan lancar dan baik sekali. Walaupun sekali sekala macam tak tahan dengan dugaan cuaca yang tak menentu. Sekejap panas terik, kejap hujan.Tekak terasa haus selalu.Tak apa, ni la dinamakan dugaan kan. Lagi besar dugaan yang kita tempuhi, lagi besar la pahala yang kita akan dapat.InsyaAllah...

Sebesar mana pun dugaan yang Allah kurniakan pada kita, jangan lah sesekali kita mengeluh kesah, merungut dan berputus asa.Ingat satu jek, Setiap dugaan tu, pasti ada hikmahnya.Allah bukannya kejam nak turunkan dugaan yang berat pada kita. Kalau kita tak dapat nak hadapinya.lagi besar dugaan yang kita berjaya tempuhi, lebih besarlah ganjarannya nanti.

Selalu bersyukur dengan apa sahaja yang Allah berikan.Redha dan berserah.InsyaAllah segala yang payah akan menjadi lebih mudah.Pilih jalan yang baik untuk mendapat bimbingan dari Allah.Banyakkan bersolat , berzikir dan berdoa. Kadang-kadang Allah turunkan dugaan pada umatnya sebab tidak mahu kita leka dan terlupa padaNya.Mintaklah keampunan, keberkatan dan petunjuk dari Allah..InsyaAllah...segala yang baik Allah sentiasa turutkan.

Dugaan Penghapus DOSA


Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:

”Aku datang mengunjungiRasulullahs.a.wketika beliau sakit,
lalu kusentuh baginda seraya berkata:
”Ya Rasulullah! Demam andabertambah teruk.”
Jawab baginda,
”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.
Kataku pula,
“Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”
Jawab baginda:
”Semoga!”Kemudian Sabda
baginda pula:
”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit
dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya,
seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”


(Muslim)


Wassalamm

Saturday, August 13, 2011

Selamat Pulang


Bismillah....

Alhamdulillah bersyukur sangat kehadrat ilahi dengan kepulangan umi ngan abah dari Mekah semalam. Selama 12 hari umi dan abah pergi mengerjakan Umrah, semuanya baik-baik sahaja. Walaupun menurut kata umi dekat sana cuaca mencecah 46' celcius. Subhanallah..panasnya kan. Kita yang dekat Malaysia ni, cuaca baru cecah 34-35' celcius dah tak tahan panas. Da mula merungut memacam kan. Alhamdulillah, umi ngan abah sehat-sehat jek. Cuma batu-batuk skit, mungkin sebab perubahan cuaca. Umi gelap skit..heeee panas kan kat sana.

Semalam umi ngan abah sampai di Kuantan Airport dalam pukul 6.45 petang dari KLIA.Dorang bertolak dari Mekah jam 9.00 malam waktu Arab Saudi dan sampai di KLIA jam 11 pagi kalau tak silap.naik pula flight ke kuantan pukul 6.00 petang.


Lepas tu terus gerak ke rumah Pak Alang dekat berserah. Berbuka kat sana.Wah...macam-macam ada....ada laksa penang, ada nasi lauk udang masak lemak cili padi, sup ayam, pari bakar, ayam percik, sambal bilis, perghhh...Susah2 aje Pak Alang ngan Mak Alang ni. Bila nak balik, Mak Alang siap tapaukan laksa lagi.heeee segan lak rasa. Susahkan dorang.Sebenarnya ingat nak berbuka kat kedai je, tapi da Pak Alang pelawa..so ikutkan je la..orang kata.rezeki jangan ditolak kan.Kak Long ada balik jugak semalam..suprisekan umi ngan abah.heeeeLepas solat maghrib, borak-borak sekejap, kitorang bertolak balik ke rumah.Kesian umi ngan abah penat dok dalam kapal terbang lelama.Sampai kat rumah, mandi pe semua.Mula memunggah tengok apa yang umi beli.Perghhh banyak kot umi shopping.Ada jubah, shawls, sejadah, kopiah,kekacang, kurma muda macam-macam lagi la. Umi shopping untuk anak-anak,cucu-cucu, untuk adik- beradik,anak-anak sedara dan jugak untuk kawan-kawan dia.Umi memang tak lokek ok.Memang suka belikan untk orang lain jugak. Moga murahlah rezeki umi ngan abah selalu.

Syukur...segaalanya berjalan dengan baik dengan lancar.Bila dengar cerita dari umi ngan abah..betapa seronoknya Kota Mekah tu, memang tak sabar nak pergi sana juga.InsyaAllah....

Thursday, August 11, 2011

Rutin Berpuasa

Bismillah...

Rutin i setiap hari sepanjang 11 hari berpuasa:

- Bangun sahur dalam pukul 4.45 pagi.Panaskan lauk, hidangkan makanan pastu kejutkan adek-adek.Dalam pukul 5.00 start bersahur sama-sama.

- Lepas sahur, amek wudhu', mengaji sementara tunggu waktu subuh.

-Lepas solat subuh, sambung tidur jap b4 masuk keje lam pukul 10.30 pagi.Hari-hari my lil sis yang hantar.

-keje-keje..kadang2 bosan,kadang-kadang bz.Petang jek mula mengantuk, perut da mula berdangdut lapar.Hobi waktu keje..online blog2 resepi..tengok gambar2 makanan..hahahha..
lepastu dok cerita menu2 berbuka dekat Twitter.keh3...

-Balik keje lam pukul 6.00 petang, my lil sis juga yang datamg ambil. Sampai kat rumah, solat asar pastu mula masak hidangan berbuka dengan adek-adek.Kitorang masak cepat, kalau mula masak pukul 6.30 pun sah2 la sempat sangat.Xder la nak rushing2 sangat masak awal2.

-Masuk waktu berbuka..makan sama2..selalunya menu yang wajib, kuih2 manis la.Pastu lauk utama, sayur dan telur/ikan goreng.Paling kurang kena ada 3 jenis lauk.Air pula tak kurang dari 2 jenis.heee

-Pastu kemas2, mandi, solat maghrib. Jalankan rutin hari2..lipat kain, kemas baju.

-Layan tv sampai lebam..sambil pot pet meraban kat twitter (wajib siang malam) heeee

-Pukul 12.00 masuk tidur...

Lepas tu esok mulakan rutin yang sama berulang-ulang setiap hari.Tapi esok InsyaAllah umi ngan abah akan balik ke Tanah Air setelah 12 hari mengerjakan umrah.yeay!! tak sabar...nanti umi balik..nak suruh umi rest dulu 3,4 hari. Lepastu nak suruh umi masak pula untuk juadah berbuka...ermm...nak suruh umi masak sup tulang, ikan patin tempoyak, keli goreng berlada, nasi ayam,mee kari lagi..lagi..ermmm...;p
ok lah...selamat teruskan mengerjakan ibadah puasa ok koranggss...

wassalam..

*tahun ni nak beli blueberry cheese tart, semperit dengan kek lapis serawak.

Wednesday, August 10, 2011

Saturday, August 6, 2011

Dah 6 hari kita berpuasa

Bismillah...

Hari ni dah masuk hari ke 6 kita berpuasa kan...weee Alhamdulillah..setakat ni semuanya berjalan dengan baik sekali. Balik kerja pukul 6, sampai aje kat rumah berkejar ke dapur masak.Dibantu oleh 2 oarng adek.heee...Actually i ni dah macam Mandur..arah itu ini.Dan tukang bagi cadangan, idea apa nak masak time berbuka.Kekadang hari ni belum lagi berbuka da terfikir menu untuk esok.hahaha over tak??

Oleh sebab umi ngan abah tak ada, so i lah yang jadi kepala keluarga skang.Adek-adek i pulak semua dah dewsa, besar gedabak.tak kisahlah apa dorang nak makan, i trutkan aja.Nak2 adek yang bongsu tu...hari2 tanya nak makan apa? dia request, kami yang kakak2 ni akan masak. Apa yang pandai je la.Kang pepelik macam takut tak jadi, naye jek.

Itu je la kisah puasa setakat 6 hari ni ha...tak sabar nak tunggu umi ngan abah pulang dari Mekkah Jumaat 12 ogos ni.heeee..

kata-kata hikmah today :

" Orang yang berpuasa belum tentu menjaga solatnya, tapi orang menjaga solatnya sudah tentu berpuasa " (via tweet)

Nuffnang