Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Saturday, August 13, 2011

Selamat Pulang


Bismillah....

Alhamdulillah bersyukur sangat kehadrat ilahi dengan kepulangan umi ngan abah dari Mekah semalam. Selama 12 hari umi dan abah pergi mengerjakan Umrah, semuanya baik-baik sahaja. Walaupun menurut kata umi dekat sana cuaca mencecah 46' celcius. Subhanallah..panasnya kan. Kita yang dekat Malaysia ni, cuaca baru cecah 34-35' celcius dah tak tahan panas. Da mula merungut memacam kan. Alhamdulillah, umi ngan abah sehat-sehat jek. Cuma batu-batuk skit, mungkin sebab perubahan cuaca. Umi gelap skit..heeee panas kan kat sana.

Semalam umi ngan abah sampai di Kuantan Airport dalam pukul 6.45 petang dari KLIA.Dorang bertolak dari Mekah jam 9.00 malam waktu Arab Saudi dan sampai di KLIA jam 11 pagi kalau tak silap.naik pula flight ke kuantan pukul 6.00 petang.


Lepas tu terus gerak ke rumah Pak Alang dekat berserah. Berbuka kat sana.Wah...macam-macam ada....ada laksa penang, ada nasi lauk udang masak lemak cili padi, sup ayam, pari bakar, ayam percik, sambal bilis, perghhh...Susah2 aje Pak Alang ngan Mak Alang ni. Bila nak balik, Mak Alang siap tapaukan laksa lagi.heeee segan lak rasa. Susahkan dorang.Sebenarnya ingat nak berbuka kat kedai je, tapi da Pak Alang pelawa..so ikutkan je la..orang kata.rezeki jangan ditolak kan.Kak Long ada balik jugak semalam..suprisekan umi ngan abah.heeeeLepas solat maghrib, borak-borak sekejap, kitorang bertolak balik ke rumah.Kesian umi ngan abah penat dok dalam kapal terbang lelama.Sampai kat rumah, mandi pe semua.Mula memunggah tengok apa yang umi beli.Perghhh banyak kot umi shopping.Ada jubah, shawls, sejadah, kopiah,kekacang, kurma muda macam-macam lagi la. Umi shopping untuk anak-anak,cucu-cucu, untuk adik- beradik,anak-anak sedara dan jugak untuk kawan-kawan dia.Umi memang tak lokek ok.Memang suka belikan untk orang lain jugak. Moga murahlah rezeki umi ngan abah selalu.

Syukur...segaalanya berjalan dengan baik dengan lancar.Bila dengar cerita dari umi ngan abah..betapa seronoknya Kota Mekah tu, memang tak sabar nak pergi sana juga.InsyaAllah....

1 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home