Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Bismillah

Alhamdulillah hari ni sudah hari ke 27 kita berpuasa, InsyaAllah dalam 2 hari lagi kita kan menyambut hari lebaran.
Esok pagi, kami akan bertolak balik ke KG. Abah satu kereta, along satu kereta,aku ngan ecah satu kereta.adek lelaki satu kereta.. konvoilah kami reramai.. semoga kami selamat sampai ke kg... InsyaAllah..



Saturday, August 11, 2012

Iklan Raya 2012 Petronas & Bernas

Bismillah..

Salam 23 Ramadhan.. lagi 7 hari kita akan Bulan Ramadan akan meninggalkan kita.Ya Allah begitu cepat masa berlalu.Malam2 terakhir untuk kita mempertingkat amal ibadah,,,.semoga kita dipertemukan dengan Malam LailatulQadar...Amin..

Seperti selalu, bila nak menjeklang raya, banyak la kan iklan2 raya yang akan disiarkan. Dan antara iklan2 yang kita selalu tertunggu2 tentulah Iklan Raya dari Petronas kan. kali ni, iklan raya dari Petronas tidak menghampakan..walaupun iklan tu agak panjang lebih kurang dalam 14minit lebih.

Iklan Raya Petronas 2012 


Dan lagi satu Iklan Best +sedih tahun ni adalah Iklan Raya dari BERNAS.mengisahkan anak yatim piatu OKU yang berusaha untuk pulang kekampung untuk melawat pusara  ibunda tercinta.. serius sedih.. :(

Iklan Raya BERNAS 2012


Ini antara iklan paling menyayat hati la untuk raya tahun 2012 ni.. huhuhu.. betapa bertuahnya kita yang dilahirkan sempurna dan mempunya keluarga di dunia ni kan... :'(


** Tahniah buat kontinjen Negara kita Pandalela Rinong yang telah berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 10meter Platform Individu.

Pada peringkat Akhir 10 M Platform Pandelela mengumpul 359.20 mata untuk menduduki tempat ketiga sementara emas dan perak dimenangi oleh penerjun China dan Australia..Tahniah!! **


Monday, August 6, 2012

Dato' Lee Chong Wei Hero Malaysia

Bismillah..

Berakhir la sudah Final badminton Olympic 2012 di London semlam.. Punya la semangat tengok  sampai lepas bebuka semayang terus ngadap tv.. mandi di kemudian kan. heeee

Set pertama LCW cemerlang dengan 21-15... tapi pada set kedua LCW tewas ditangan Lin Dan pemain dari negara China. 10 -21  dan 19-21 pada set ketiga. kecewa memang la kecewa tapi tu lah adat permainan kan.. ada kalah ada menang... dah dapat perak pon ok lah Dato'...

"Saya minta maaf. Saya melakukan segala yang saya terdaya hari ini (semalam) tapi Lin Dan masih hebat. Saya minta maaf kepada setiap rakyat Malaysia yang mengharapkan saya menang emas hari ini. Seperti anda semua saya juga amat kecewa kalah sekali lagi," kata Chong Wei pilu.- Sumber BH

Dekat laman sosial Twitter pun DLCW menyuarakan kekecewaannya dengan meminta maaf kepada semua Rakyat Malaysia..



Dipetik dari laman Twitter DLCW semalam sejurus selepas tamatnya permain.... it' ok apa2 pun LCW  tetap Hero dimata Rakyat Malysia

Hashtag di twitter : #ThankYouLeeChongWei



DLCW dijangka bakal berangkat pulang ke tanah air esok... apa2 pun congrats Dato' Lee Chong Wei...u make us proud!!..
DLCW dijangka sampai ke tanah air pagi esok di KLIA...pada jam 7.30 pagi.   #TwtUpChongWei mungkin akan diakan diasana bagi menyambut kepulangan beliau dan menghargai segala usaha keras beliau.

Wednesday, August 1, 2012

Istikharah Cinta

Bismillah...

Alhamdulillah kita sampai ke minggu kedua Bulan Ramdhan. Hari ni 1 Ogos 2012 bersamaan 12 Ramadhan.. syukur padaMu Ya Allah...

Cinta....
apa itu cinta? cinta pada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada manusia.. mana yang lebih penting?..

Baca kat bawah ni.. sumber dari : Blog Tentang Cinta

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Allahhu Rabbi... Cinta kepada Allah dan Rasul adalah sebaik-baik cinta... 

Nuffnang