Tuesday, May 24, 2011

Berangan

Bismillah...

Angan-angan..korang mesti pernah berangan-angan kan...angtan -angan yang belum pasti menjadi kenyataan.tapi kalau angan-angan tu mampu dan tak mustahil untuk dicapai, rasanya tak ada masalah pun.

Now, actually i tengah berangan-angan nak beli IPAD..

tak kisah la 1 ke 2.janji Ipad..heee bila masuk website Apple, peehhh bersinar rasa biji mata ni a... O-O..IPAD, IPHONE,IPOD,MACBOOK..peehhh...tapi tu semua maybe hanyalah angan-angan jek. Sebab kalau ikutkan kemampuan *belek2bukubank/purse* ermm..macam,..errrr..mampu jek nak rembat sebijik.....hee tapi..bila di fikir secara BIJAK PANDAI, hahah..rasa cam tapayah lah..agak membazir disitu.banyak lagi keperluan lain yang perlu difikirkan ni..hohoho..itu dinamakan sebagai NAFSU jek..KEHENDAK dan bukan KEPERLUAN...

Friday, May 20, 2011

OST Dalam Mihrab Cinta - Bunga-bunga Cinta

Bismillah...

Hai..salam Jumaat semua...hari ni cam terasa rajin pulak nak mengupdate belog kat rumah.heee yer lah sebab broadband Digi i ni macam baik lah pula kan... HSDPA jek ha dari semalam...heee siap boleh mengdownload bagai lagi. Selama ni, i guna asek2 nyala Hijau jek...slowww wehh...twitter ngan facebook jek boleh bukak? nak download? pehhh mekasih jek la haraaammmm xleh.huhuhu

Just nak share satu lagu ni jek..OST dari Filem Indonesia Dalam Mihrab Cinta.Lakonan mantap Dude dan Asmirandah. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal filem ni boleh la Google yer.heee..nak d.load pon dah boleh rasanya.I pun belom tengok lagi Filem ni, mesti setanding dengan Filem Ayat-ayat Cinta kot.....

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Bismillah...

Selamat Menyambut Hari Guru Yang Ke-40 Tahun!!!..Tema tahun 2011 ni ialah


Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

Hari Guru yang selalu di sambut pada tanggal 16 mei setiap tahun.Hurm..pejam celik pejam celik dah 10 tahun i meninggalkan zaman persekolahan.Dah lama kan? Tapi tetap ingat cikgu2 dan guru2 yang pernah mengajar dulu.jasa mereka akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Cikgu zaman sekarang mybe tak sama cam zaman dulu2 kan...cikgu zaman sekarang cabarannya lebih besar dengan pelajar2 yang lebih pandai, bijak dan maju mengikut peredaran zaman.Tapi jasa dan pengorbanan mereka tetap jugak sama.....

Saturday, May 14, 2011

Shopping bersama adik-adik


Bismillah...

Salam sabtu semua...hari ni...cam xder mood pulak..entah kenapa..kadang2 rasa diri ni sangat terpinggir...jauh dari semua orang..huhuhu alah..jgn nk layan sangat perasaan yang bebukan tu eiyda wehh......PMs lettew..hohohoho *alasan yg selalu org cakap*

Semalam dengan baik hatinya my lil sis Echah tu bawak kami...i ngan sorang lagi adek Tik, jengjalan..shopping habiskan duit..heee..xpe..adek i tu pantang ajak..janji 100% i support..dia tolong drive jek.heee..kalau tak susah jugak i kemana-mana kalau tak harapkan dia...

Saturday, May 7, 2011

(Lagu & Gambar) Selamat Hari Ibu

Happy Mother's day ummi!! (pic thn lepas)

Bismillah....

hello....Happy Mother's Day To All Moms In The World!!!!!,,,heeee





Macam biasa, setiap tahun pada bulan Mei. iaitu pada minggu kedua bulan Mei (hari ahad) kita akan menyambut Hari Ibu right? So, tahun ni Hari Ibu jatuh pada 8 Mei 2011 hari Ahad.

Walaupun ada yang cakap, ala..hari2 pun hari ibu pe..hari2 pun kita boleh cakap sayang, love u mom pe...tapayah la nak tunggu Hari Ibu bagai.Yup! memang la kan...hari2 pun kita leh cakap sayang kat ibu kita.tapi bagi I lah kan, tak salah rasanya kalau adakan SATU HARI KHAS buat para-para IBU didunia ni.....

Monday, May 2, 2011

Majlis Kahwin di Kampung:SERONOK!

Bismillah...

Da agak lama kot tak update blog...entah la kan..lately macam mood nak ber blogging semakin pudar..heee..;P padahal malas nak menaip..-_-.

Actually i bercuti selama 3 hari, Jumaar, sabtu & Ahad. hari sabtu tu der kenduri Kahwin my uncle..Pok sue Mat.Adek my mom. Dia sebaya i tau..27 tahun dis year..hee..Selamat penagntin baru ok.

Memang seronok ok...masak beramai-ramai...gotong royong buat kerja.Yang mak cik2 tukang masak, yang pak cik2..tukang angkat gas, nyalan api (keje yang berat2)..anak2 dara sunti macam i...kupas bawang, hiris timun, blend bawang..(yang ringan2)..dan anak2 teruna..erkk..ade ke? adelah 2, org tu..tolong masukkan2 kan lauk, tgk2kan lauk kat meja tetamu.Seronok memang tak terkata.Nak2 akak2 i semua ada balik jugak, anak2 buah pun ade.Dengan kekocohan gurau senda makcik2 i lagi..pehhh penat kot gelak...

Nuffnang