Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Bismillah...

Selamat Menyambut Hari Guru Yang Ke-40 Tahun!!!..Tema tahun 2011 ni ialah


Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

Hari Guru yang selalu di sambut pada tanggal 16 mei setiap tahun.Hurm..pejam celik pejam celik dah 10 tahun i meninggalkan zaman persekolahan.Dah lama kan? Tapi tetap ingat cikgu2 dan guru2 yang pernah mengajar dulu.jasa mereka akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Cikgu zaman sekarang mybe tak sama cam zaman dulu2 kan...cikgu zaman sekarang cabarannya lebih besar dengan pelajar2 yang lebih pandai, bijak dan maju mengikut peredaran zaman.Tapi jasa dan pengorbanan mereka tetap jugak sama.....

Sebut pasal hari Guru ni kan, tahun ni merupakan tahun terakhir buat my ummi bergelar Guru.Sebab 15/6/2011 nanti umi akan pencen.huhuhuhu...kalau tak silap lah, dah lebih 33 tahun umi bergelar guru.Dari mengajar di sekolah menengah sebagai Guru ERT (Ekonomi Rumah tangga), naik pangkat ke PK HEM 1 Di sekolah Rendah hingga lah sekarang.Umi tak mau jadi Guru Besar, sebab umi cakap nanti dia akan terlebih bz.Sekarang pun dah cukup bz umi i tu.

Dan sekarang yang mengikut jejak umi ialah my kak long...sekarang dia mengajar di Mersing Johor, abang ipar i pun (suami k.long) guru jugak.Dan sepupu sepapat, mak cik dan pak cik i...boleh dikatakan mejoritinya adalah Guru..pendidik bangsa..bangga sangat. Dedulu i pun bercita-cita nak jadi Guru/pendidik/pensyarah tapi yerlah...ia cuma angan2 mungkin.Cita-cita tak tercapai..tak pe, i redha jek.heeee..

Kalau tak adanya Guru dalam dunia ni, tak adalah kita sekarang, tak adalah menteri2..datok2,datin2, Doktor, Engineer, Pensyarah dan sebagainya kan kan...So hargainya jasa seorang guru....

K bai



2 comments:

  1. kalau bukan sebab cikgu math aku menyampah tahap gaban ngan aku..and aku nak tunjuk dia yg aku boleh berjaya dalam math jugak..sure spm aku lingkup!!hahahaha. cikgu marah sebab kita tak dengar dia tapi silapnya kita ni muda jadi darah ego kemain -..-

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Guru. Saya kagumi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pendalaman, mendidik anak-anak istimewa dan anak-anak juvana. Mereka rela berkorban kesenangan kalau dapat berkhidmat disekolah kawasan kota

    ReplyDelete

ce citer

Nuffnang