Wednesday, September 28, 2011

#12 Wordless Wednesday--oh laut

Dah lama tak mandi laut...

Monday, September 26, 2011

Radio Online

Bismillah...




Korang mesti macam boring aka bosan kan kalau hari time kerja korang asik dengar lagu yang sama jek dalam MP3 korang, tak pun mybe dalam ipod korang ke kan.
Ok, salah satu cara supaya korang tak la bosan asik-asik dengar lagu yang sama jek hari-hari, apakata kalau korang dengar radio online...haaaa.. banyak ok stesen radio yang korang leh dengar.

kalau I, radio feberet tak lain tak bukan Sinar FM pastu kalau dorang siarakan lagu2 lama sangat, i tukar la ke radio HotFM kalau bosan dorang asek pot pet, i tukar plak ke Radio Hitzfm tak pun THR ke, Flyfm ke.

tapi hari ni macam nak berubah angin ke lagu2 omputih.ada yang lama, ada yang baru.So i dengar pulak MixFM.heee Ok memnag tak bosan sangat lah time keje ni dapat dengar banyak stesen radio kan.heeee.

Pada UOls yang nk dengar jugak, boleh la klik dekat link i sertakan dekat nama stesen radio tu.tapi diingatkan, uols kn la ade flash player or ape2 player yang support untuk dengar radio tu ok...

happy working!
wassalamm

Saturday, September 24, 2011

sabar jer laaaa


Bismillah...

Haihh...dugaan-dugaan.Da 2 minggu benda meleret tanpa kesudahan.last2 today dia datang dan terang2 salahkan kitorang.Tulah sikap segelintir kasteme yang tak boleh nak terima hakikat bila benda yang diorang suruh repair tu rosak benda lain dan bukan benda yang dia jangka. I as a peniaga tak kan sesuka hati nak rosakkan harta benda kasteme.Gile ke ape? seboleh-bolehnya i akan buat yang terbaik untuk kepuasan pelanggan.

Da dekat 6 tahun kot i berniaga ni la first time i kena macam ni.Dipersalahkan 100% dan dimintak untuk mengganti kannya dengan yang baru.What the ****.Bila di tanya, dia cakap saya tak salahkan sesiapa...dah yang suruh kami ganti tu apa? bukan salahkan pihak kami?..wahai kasteme ku yg budiman..please lah faham.Benda elektronik macam ni. kita tak jangka bila masa dia nk rosak, bila masa dia nk Ok.

Kami selaku peniaga just buat apa yang kasteme suruh jek.kami xder nak memandai2 nk kopak2kan ke ape ke.Susah jugak berdepan dengan orang yang xnampak salah dia. sabar, sabar dan sabar.Tak pe, kami mengalah. kami akan try buat yang terbaik tapi kami tak janjikan apa-apa.kami buat semua ni sebab fikir awak kasteme kami dan kasteme always right? yaa right lah sangat.Dan lagi satu sebab kita sekaum dan seagama.Try awk pergi hantar kat kedai lain.Saya berani jamin, xder siapa pun yang akan layan.

Ok dah.luahan perasaan hari ni.kesian my tech, muka tension giler bila dia dipersalahkan atas perkara yang terang lagi bersuluh dia tak buat.sabar jek la yer.

wallahualam..

p/s: Semoga Allah berikan petunjuk siapa yang benar, siapa yang salah. dan permudahkan segalanya.

Tuesday, September 20, 2011

Program Realiti Ustazah Pilihan

Bismillah...

Ok..korang mesti ada dengar tentang program Realiti terbaru terbitan Astro Oasis kan? ala,.,Program ustazah Pilihan tu... Didik Wanita Terdidik Generasi..

walaupun pelbagai pendapat dan respon yang dapat kita baca..ada yang setuju, ada yang membantah, ada yang memuji dan aada juga yang mengeji.Wallahualam..

Korang yang berminat tu boleh la usha2 facebook Ustazah Pilihan ni kat sini Fan Page dan jugak kalau nak tau waktu siarannya boleh klik kat sini. Astro Oasis

KUALA LUMPUR: Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar mengakui penerbitan program pencarian terbaru Astro Oasis iaitu Ustazah Pilihan (UP) adalah lebih sukar dan mencabar berbanding Imam Muda (IM) sebelum ini.

Menurutnya, selain berdepan cabaran untuk menyenaraikan 10 peserta program itu, UP turut mencabar daripada aspek penerbitan kerana ia melibatkan isu aurat dan penampilan muslimah di televisyen.

"Saya akui penghasilan program UP ini jauh lebih mencabar dan rumit berbanding IM. Memandangkan ia melibatkan kaum wanita, secara tidak langsung kita juga perlu peka dengan isu aurat, penampilan dan kemunculan peserta di televisyen.

"Kita akan cuba elakkan paparan sepenuhnya tubuh para peserta atau mungkin paparan separuh badan bagi benar-benar menjaga kandungan dan pengisian program ini agar bersesuaian dengan syariat dan hukum.

"Namun saya percaya jika setiap benda yang mencabar dan sukar itu dapat dilaksanakan, ia akan memberikan impak yang besar," katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pengajar dan pengacara program berkenaan di Hilton KL Sentral, di sini, Isnin.

Pengurus saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar

Pada majlis itu, pakar motivasi Dr Robiah K Hamzah diperkenalkan sebagai pengetua (mudirah) serta dibantu oleh dua pengajar (mursyidah) iaitu Dr Muhaya Hj Hamad dan Zawiah Hassan.

Ia diacarakan oleh pengacara wanita juga penyampai radio Ikim FM, Siti Rohani Surani.

Menjelaskan tentang pembabitan kaum wanita sepenuhnya dalam UP, Izelan berkata, keputusan tersebut adalah bertepatan atas pertimbangan hanya kaum wanita saja yang paling memahami dan dekat dengan wanita yang lain.

"Secara fitrahnya, hanya kaum wanita saja yang paling layak untuk memimpin para peserta UP dalam usaha untuk membentuk seorang ikon muslimah berpotensi.

"Pemilihan tiga pendakwah wanita yang juga ibu dan ahli akademik ini adalah untuk membimbing pembentukan keperibadian dan ilmu para peserta nanti," katanya.

Sementara itu, pengetuanya (mudirah) Dr. Robiah K Hamzah pula menyifatkan pemilihan kaum wanita sebagai peneraju program tersebut adalah bertujuan untuk mencari barisan muslimah pelapis yang boleh menjadi ikon dan pendakwah yang dihormati kelak.

Mudirah Dr Robiah K Hamzah

Malah, Robiah sama sekali tidak melihat pemilihan tersebut bakal mengaburi peranan kaum lelaki sebagai pemimpin.

"Kaum wanita adalah penyokong dalam segenap aspek kehidupan seorang lelaki. Sejak zaman nabi lagi, sudah banyak kisah dan contoh yang membuktikan kemampuan wanita untuk memimpin dan memberikan sumbangan.

"Saya tidak pernah berhajat untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab lelaki. Terus-terang, ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan untuk kita mencari pelapis muslimah," katanya sambil berharap agar pembabitan wanita dalam program itu tidak akan disalahertikan oleh mana-mana pihak.

Sepuluh peserta UP akan diumumkan dalam masa dua minggu lagi sebelum ia mula bersiaran pada awal Oktober depan di Astro Oasis (saluran 106).

Sumber: mStar.com.my


Apa pendapat korang? tepuk dada tanya iman...sekian.

Kantoi Fida (Kasih Alia) buka tudung

Bismillah....

Ha..tadi ada terbaca dalam blog beautifulnara pasal sorang artis bertudung ni.Dia plak skang ni tengah hangat bercinta dengan seorang lagi pelawak terkenal.Tapi sayangnya cerita yang tak sedap dibaca.

Nak tau siapa? jeng jeng jeng......ok..Artis wanita tersebut ialah Fida ala yang berlakon dalam Kasih Alia tu..yang pakai tudung tu..muka ala2 siti nurhaliza tu...tau2??... haaaa dan artis lelakinya pula sapa lagi kalau bukan si boyfienya Mamat bekas ahli kumpulan lawak terkenal Sepah.

Kisahnya si Fida ni dikatakan telah menayangkan rambutnya di tempat awam. Dikatakan gambar tersebut telah di ambil dan diupload oleh Mamat di FBnyer..haish..macam2 hal lah artis skang ni kan. Depan boyfie boleh ke bukak tudung wahai Cik Fida?? huhuhu

sumber gambar : beautifulnara

Kecewa dengan sikap gelintir orang yang ambil mudah soal halal haram ni..huhuhu...

Tuesday, September 13, 2011

Feeling Not Well

Bismillah..

Hakkkchhooooommm ekusmi...huhuhu..sob sob sob..dah dekat seminggu kot i selsema, batuk pastu demam sikit.Ingat bila da makan ubat, akan kebah cepat.tapi nampak macam makin teruk hari ni.Hingus ni kalau tak dibendung mau meleleh jek...yucks!..


Ni mesti sebab i xmakan ubt la ni...alahh....dah malas nk makan ubat sangat weh..lebih suka tahan jek...*alasan*..lagi pun semalam i teguk bukan main sedap lagi pepsi sesejuk tu ha...bangun jek pagi tadik, da mula sakit tekak...batuk kaw2..pastu selsema makin menjadi-menjadi.fadamlahdenganmukakoweh.. T_______T...ni agaknyer demam raya kot.Ye la, time raya hari tu, bukan main..semua bedal...tak ingat dunia..skang padahnyer...huhuhu

Hope cepat arr baik...rimas giler kot..nak keje pon susah, xder mood..lemau jek badan ni...alahaiii....ok lah...nak terbensin lagi ni.hakk..hak..hakkkk chooooooooooo adeehh... @_@

okbai..

Thursday, September 8, 2011

Topup dikenakan cukai perkhidmatan 6%

Bismillah...


Haa...isu paling HOT today..menjelang malam ni...

Mulai 15/9/11 ini, setiap pembelian topup, akan dicaskan 6% utk cukai perkhidmatan. Kalau RM10, akan jd RM10.60.kalau RM30, akan jadi RM30.60...macam tu seterusnya..

yeahh..memang terbaik lah kan..So moh la kita topap bebanyak b4 benda ni berkuatkuasa...muahahhaha...ala..pe dehal la kan..setakat 6%, sebab i menag jarang gegila la topap...orang single..cam ni la..harap ngadap twitter jek la..hee nak sms boyfie nan hado..ekekek..

kalau korang fikir balik, apa yang xder gov tax skang ni kan..korang g mkn mcd nun ha...kn gak cukai2 ni...korang tetap gak mkn kn..so...nak tak nak kena la terima...redha jek laaa

UPDATE

Kerajaan akan pertimbangkan semula hal ini.Mintak2 la tak jadi...

OKbai

Mimpi

Bismillahh..

Sebut pasal mimpikan.Ada yang cakap mimpi tu cuma mainan tidur.Ada jugak yang percaya petanda-petanda mimipi.Contoh macam kalau mimipi gigi tercabut bermakna akan ada sedara terdekat atau kenalan rapat yang akan meninggal.huhuhu.kalau mimpi kena patuk ular bagi yang perempuan, tandanya akan ada orang nak masuk meminang.hahaah...

camni la rupa ular tu

Alkisahnya, 3 hari lepas i mimpi kena patuk dengan ular tedung.Adei..siap terasa lagi.hahaha..Adakah akan ada seseorang yang akan masuk meminang i nanti? ecewahhh tapayah la nak percaya sangat kan.pakwe pun tak ada, taka kan lah tetiba ada orang nak datang meminang.Ingat i ni Puteri Gunung Ledang ke? Cinderella?hahahha..nan hado..

Tapi kalau betul ada yang nak datang meminang best gak....apekegataibenokoniheh!..hahhaha
OKbai!

Monday, September 5, 2011

Pengalaman Raya



Bismillah...

Ha...Raya ah pun habis.eh.ke belum? belum..masih ada 23 hari lagi kot..hee..hari dah pun masuk hari ke 7 kita beraya..da seminggu kan.

Dah ramai pun yang mula bekerja semlam lagi kan.i br jek mula kerja hari ni.Balik kampung seminggu jugak, balik sini mula la malas giler nak keje.huuuu..

Raya pertama macam biasala kan, tetramu datang tak putus-putus sampai ke malam.Umi masak Spaghetti johor, rendang daging dengan ketupat nasi.Habis licin ok..hee.

Tapi alkisah tersebutlah kisah....pada hari raya kedua, kitorang da siap lelawa nak g beraya.jalan skit punyer jam nk keluar dari kampung.pergh..terpaksalah pusing balik and lalu jalan lain..jalan yang agak jauh, tapi memang tak jam langsung.Tapi malang sungguh, bila nak masuk simpang ke rumah sedara tu..skali lagi kami tersekat dalam jam yang agak teruk.Yerlah, lorong nak masuk tu sempit giler kot.And abah cakap..kita g giant dulu la..beli barang.sampai kat giant dengan berbaju kurung dan berjubah..hahah lawak pon ade.Tetiba abah sakit bawah perut,lepas shopping dan bayar (beratur kalah keretapi) abah terus pecut kereta ke KTS (Kuala Terengganu Specialist Hospital)..perghh ramai gak orang.masuk daftar dan abah sakit sangat2..sampai berkerut2 muka.Kitorang mang da takut sangat time tu.huhuhu...lepastu abah terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut...So i ngan adek balik umah dulu, packing2kan barang umi ngan abah.Umi temankan abah kat spital.


Dalam 3 hari jugak lah abah di tahan kat wad. Doctor cakap abah kena batu karang, kes banyak makan daging merah ngan kekacang.memang seksa la kan bila nk kencing tp xkeluar ni..padanlah abah sakit sampai menggelupur jugak.huhuhu sian abah.
So, selama tu jugak lah kami adek beradik beraya di hospital.heee seronok jugak..ekeke..pengalaman baru kan..Sedara mara pon ramai yang datang melawat. Naseb baik la jarak rumah ke hospital tu tak jauh sangat.tapi jalan yang jam tu memang buat rasa jauh sesangat..perghh...
Alhamdulillah..abah dah pun ok..dan dibenarkan pulang pada hari raya ke 4..

Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan lah.Selama 27 tahun i hidup ni..ni la first time merasa beraya di hospital.huhuhu...Syukur sangat-sangat sebab abah tak apa-apa..cuma sakit biasa je.

Nuffnang