Monday, September 5, 2011

Pengalaman Raya



Bismillah...

Ha...Raya ah pun habis.eh.ke belum? belum..masih ada 23 hari lagi kot..hee..hari dah pun masuk hari ke 7 kita beraya..da seminggu kan.

Dah ramai pun yang mula bekerja semlam lagi kan.i br jek mula kerja hari ni.Balik kampung seminggu jugak, balik sini mula la malas giler nak keje.huuuu..

Raya pertama macam biasala kan, tetramu datang tak putus-putus sampai ke malam.Umi masak Spaghetti johor, rendang daging dengan ketupat nasi.Habis licin ok..hee.

Tapi alkisah tersebutlah kisah....pada hari raya kedua, kitorang da siap lelawa nak g beraya.jalan skit punyer jam nk keluar dari kampung.pergh..terpaksalah pusing balik and lalu jalan lain..jalan yang agak jauh, tapi memang tak jam langsung.Tapi malang sungguh, bila nak masuk simpang ke rumah sedara tu..skali lagi kami tersekat dalam jam yang agak teruk.Yerlah, lorong nak masuk tu sempit giler kot.And abah cakap..kita g giant dulu la..beli barang.sampai kat giant dengan berbaju kurung dan berjubah..hahah lawak pon ade.Tetiba abah sakit bawah perut,lepas shopping dan bayar (beratur kalah keretapi) abah terus pecut kereta ke KTS (Kuala Terengganu Specialist Hospital)..perghh ramai gak orang.masuk daftar dan abah sakit sangat2..sampai berkerut2 muka.Kitorang mang da takut sangat time tu.huhuhu...lepastu abah terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut...So i ngan adek balik umah dulu, packing2kan barang umi ngan abah.Umi temankan abah kat spital.


Dalam 3 hari jugak lah abah di tahan kat wad. Doctor cakap abah kena batu karang, kes banyak makan daging merah ngan kekacang.memang seksa la kan bila nk kencing tp xkeluar ni..padanlah abah sakit sampai menggelupur jugak.huhuhu sian abah.
So, selama tu jugak lah kami adek beradik beraya di hospital.heee seronok jugak..ekeke..pengalaman baru kan..Sedara mara pon ramai yang datang melawat. Naseb baik la jarak rumah ke hospital tu tak jauh sangat.tapi jalan yang jam tu memang buat rasa jauh sesangat..perghh...
Alhamdulillah..abah dah pun ok..dan dibenarkan pulang pada hari raya ke 4..

Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan lah.Selama 27 tahun i hidup ni..ni la first time merasa beraya di hospital.huhuhu...Syukur sangat-sangat sebab abah tak apa-apa..cuma sakit biasa je.

1 comment:

  1. Kena berhati2 jugak ya jgn terlebih makan daging merah dgn kuahkacang. hmmmmm......

    ReplyDelete

ce citer

Nuffnang