Program Realiti Ustazah Pilihan
Ok..korang mesti ada dengar tentang program Realiti terbaru terbitan Astro Oasis kan? ala,.,Program ustazah Pilihan tu... Didik Wanita Terdidik Generasi..
walaupun pelbagai pendapat dan respon yang dapat kita baca..ada yang setuju, ada yang membantah, ada yang memuji dan aada juga yang mengeji.Wallahualam..
Korang yang berminat tu boleh la usha2 facebook Ustazah Pilihan ni kat sini Fan Page dan jugak kalau nak tau waktu siarannya boleh klik kat sini. Astro Oasis
KUALA LUMPUR: Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar mengakui penerbitan program pencarian terbaru Astro Oasis iaitu Ustazah Pilihan (UP) adalah lebih sukar dan mencabar berbanding Imam Muda (IM) sebelum ini.
Menurutnya, selain berdepan cabaran untuk menyenaraikan 10 peserta program itu, UP turut mencabar daripada aspek penerbitan kerana ia melibatkan isu aurat dan penampilan muslimah di televisyen.
"Saya akui penghasilan program UP ini jauh lebih mencabar dan rumit berbanding IM. Memandangkan ia melibatkan kaum wanita, secara tidak langsung kita juga perlu peka dengan isu aurat, penampilan dan kemunculan peserta di televisyen.
"Kita akan cuba elakkan paparan sepenuhnya tubuh para peserta atau mungkin paparan separuh badan bagi benar-benar menjaga kandungan dan pengisian program ini agar bersesuaian dengan syariat dan hukum.
"Namun saya percaya jika setiap benda yang mencabar dan sukar itu dapat dilaksanakan, ia akan memberikan impak yang besar," katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pengajar dan pengacara program berkenaan di Hilton KL Sentral, di sini, Isnin.
Pada majlis itu, pakar motivasi Dr Robiah K Hamzah diperkenalkan sebagai pengetua (mudirah) serta dibantu oleh dua pengajar (mursyidah) iaitu Dr Muhaya Hj Hamad dan Zawiah Hassan.
Ia diacarakan oleh pengacara wanita juga penyampai radio Ikim FM, Siti Rohani Surani.
Menjelaskan tentang pembabitan kaum wanita sepenuhnya dalam UP, Izelan berkata, keputusan tersebut adalah bertepatan atas pertimbangan hanya kaum wanita saja yang paling memahami dan dekat dengan wanita yang lain.
"Secara fitrahnya, hanya kaum wanita saja yang paling layak untuk memimpin para peserta UP dalam usaha untuk membentuk seorang ikon muslimah berpotensi.
"Pemilihan tiga pendakwah wanita yang juga ibu dan ahli akademik ini adalah untuk membimbing pembentukan keperibadian dan ilmu para peserta nanti," katanya.
Sementara itu, pengetuanya (mudirah) Dr. Robiah K Hamzah pula menyifatkan pemilihan kaum wanita sebagai peneraju program tersebut adalah bertujuan untuk mencari barisan muslimah pelapis yang boleh menjadi ikon dan pendakwah yang dihormati kelak.
Malah, Robiah sama sekali tidak melihat pemilihan tersebut bakal mengaburi peranan kaum lelaki sebagai pemimpin.
"Kaum wanita adalah penyokong dalam segenap aspek kehidupan seorang lelaki. Sejak zaman nabi lagi, sudah banyak kisah dan contoh yang membuktikan kemampuan wanita untuk memimpin dan memberikan sumbangan.
"Saya tidak pernah berhajat untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab lelaki. Terus-terang, ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan untuk kita mencari pelapis muslimah," katanya sambil berharap agar pembabitan wanita dalam program itu tidak akan disalahertikan oleh mana-mana pihak.
Sepuluh peserta UP akan diumumkan dalam masa dua minggu lagi sebelum ia mula bersiaran pada awal Oktober depan di Astro Oasis (saluran 106).
Sumber: mStar.com.my
Apa pendapat korang? tepuk dada tanya iman...sekian.
0 Comments:
Post a Comment
ce citer
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home