Wednesday, September 28, 2016

Kemudahan OKU

Assalamualaikum

Ni Akak nak story sikit, tadikan akak ke bank sebab nak renew bank card. Nasib bank la tak ramai orang.ambil borang,isi.tunggu kejap panggil nombor.tapi masa akak nak hantar borangkan, kaunter tu tinggi la pulak untuk oku kerdil cam akak ni.huuuu

Punya la struggle akak  nak Isi borang,nak tap cap jari dekat mesin jari tu,terpaksa terjengket jengket kaki.huuu...abam kaunter dok tersenyum sengih tanya boleh tak? Of courselah BOLEH! Dah la orang ramai,akak wat dunno jela.

The POINT is now, PLEASE PLEASE PLEASE lah pada yang berkaitan tu fikirlah  orang OKU macam akak ni.Do something untuk orang macam kami.kami perlukan sedikit kemudahan.
kadang memang malas nak g bank or mana2 agensi yang tak ada kemudahan  OKU.

#OKU
#OKUOK

Cadangan: rendahkan kaunter
                  Sediakan Kaunter khas untuk OKU

Sekian


 


Thursday, September 22, 2016

Aku Redha

Monday, September 19, 2016

Faedah Pemegang Kad OKU

Bismillah.

hari ni saje je nak share kelebihan atau kemudahan bagi pemegang Kad OKU macam akak ni.
Akak baru je mohon bantuan untk OKU walhal kad dah lama ada sejak akak memula sakit dulu masa akak form 4 kalau tak silap.Tapi bantuan kewangan bulanan tu baru je akak mohon dalam 3 tahun lepas kalau tak silap.

Akak akan dapat RM350 setiap bulan.Alhamdulillah dapat lah menampung serba sedikit perbelanjaan.

Selain tu banyak sangat kemudahan dan pengecualian untuk pemegang Kad OKU ni tau. Contoh macam kalau nak buat passport FREE je ok dan banyak lagi.

untuk maklumat lanjut boleh baca kat sini . banyak sangat faedahnya,
Untuk Pendaftarab Baru pula boleh terus ke laman sesawang ni, atau boleh terus ke Alamat dibawah /call :

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 - 8000 8000
Faks : 03 - 8323 2045

Wednesday, September 7, 2016

Nestle Omega Plus

Bismillah..

Sejak masuk 3 series ni macam2 la penyakit yang datang.
Awal tahun hari tu, buat blood test sebab kena check up yearly kat HKT.Terkezzut mak bila dapat tau yang tahap Kolestrol ahkak tinggi. OMG!! takutnyaa tak sangka 'orang kecik' macam ahkak pon boleh kena kolestrol tinggi ni.Maklumlah masa kerja dulu asik makan je. Pagi nasi Lemak + Tea tarik tak pun roti canai milo tarik tapi paling best roti bakar ngan kopi ais.hurmmm

Tengah hari makan lagi.ba;ol rumah makan lagi.Patu tido.Tu je la yang ahkak buat weh..mmg padanlah kolestrol tinggi po. Berat badan pon nai berkilo2... dah gemuk.perut buncit,montot besaq mak aiiii.

Lepastu terus dapat kesedaran sivik.Terus search apa yang perlu ahkak makan (tengok makan ok makan) untuk kurangkan kolestrol degil dalam badan ni.Ok first ahkak minum Oat ni.beli kat Guardian.RM 50++ (kalau xder sale)...

Sempat la telan 2 tin, lepas tu ahkak surrender.sebab susah la nak kena bancuh minum ngan jus la, soya la agak cerewet (alasan)

Dan sekarang ahkak try minum Nestle Omega Plus pulak. baru je start minum awal bulan hari tu.So far ok la, rasa boleh ditelan dan yang paling penting xperlu nak bancuh ngan jus or mknn lain.
Hope sangat kolestrol jahat ni akan kurang huuu.



Selain tu ahkak amalkam makan kurma, kismis, kekacang, tuna, salmon dan minyak zaiton.
Satu je la yang malas nk buat.Senaman.huuu pemalasnyaa aku.

tu je nak share.pada adek2 akak2 abang2 jagalah kesihatan yer.makan ingat dunia tau.kurangkan pengambil lemak.

xoxo
eiydamohd


Nuffnang