Saturday, February 26, 2011

oh my sugar sugar

Bismillah.

Salam petang semua.....heeee semalam dah satu hari berjimba2 bershopping2 dengan abah n ummi. Bak kata Abah,,Jumaat Hari Untuk Family, So ajak lah pergi memana pun dia akan turuti.heeee.Sebab hr sabtu (macam hr ni) adalah Hari Bapa katanya..hee sebab abah akan pergi mancing tak pun menjalankan segala hobinya yang ada heee...ummi pun tak la muncung sebab da penuhi permintaan hari Jumaat tu.Adil tak? adil la kan kan heee

Tetiba kan rasa macam nak bela haiwan...my own pet..kucing da banyak kat rumah tu, ada bulat ada putih, ada kurus, ada kethot macam2 arr...

Tuesday, February 22, 2011

Erti Persahabatan

Bismillah....

UOlss ada sahabat? kawan? mesti ada kan...tak kisah lah kawan sekolah ke, blogger ke, twitter ke, facebook ke, kawan uni ke..janji ada.Jom baca 10K dalam erti persahabatan....

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

Sunday, February 20, 2011

saya suka warna merah jambu..kamu??

Bismillah....

Mood tak sabar nak order macaroon dengan kakmin..huuuuuuuuuu poyo tak? hahah...oleh sebab bulan Feb da Full order, so terpaksa la aii tunggu order untuk bulan mac..huhuhu...esokey..sabar je menunggu ni...entah arr kenapa terasa nak sangat makan macaroon ni..mybe sebab kaler dia kot.i ni kalau tengok kaler2 cantik-cantik ni memang leh tergugat iman..heee nak2 kalau PINK kaler pehhhh...meleleh dah ayaq liuq cheq tee hee >.<'....

Thursday, February 17, 2011

Thanks Umi, Abah dan #Gengcc

Bismillah....

Alhamdulillah...diberi kesihatan yang baik pada aii. Pening-pening da semakin kurang huhuhu. Actually minggu ni minggu yang agak bz la, sebab upgrade cc skit. Tak banyak pun, sikit jek. Just tambah lagi 2 pc. Tapi nak susun dan mengemas tu yang memenatkan. Nasib baik la my bro ngan my tech ada..dorang la yang buat semua ni.heeee...(bagi upah tahu)

First nak ucap terima kasih bebanyak2 pada my umi sebab dengan rela hati nak sponsor lagi 2 biji pc kat cc ni huhuhu terharu ok..Thanks a lot umi, umi cakap xpe..umi sponsor jek..untung ke ape..ambik jek, umi tak nak se sen pun ...

Tuesday, February 15, 2011

Jom makan-makan (Resepi Spaghetti)

Bismillah...

Salam Maulidur Rasul semua.

Semalam terasa nak makan spaghetti carbonara cheese teramatlah sangat.Selalu dapat jek tahan-tahan nafsu makan yang mengada2 ni kan.Tapi semalam sumpah xboleh nak tahan.So suruh my sis pg beli bahan-bahan dia.Balik jek umah, mandi2 solat terus masak godang-godang kat dapur.tadaa..xsampai 30 minit da siap..heee..ala bukan ssh pun nak buat benda alah ni ha..nak tau resepi dia? moh i share.....

Sunday, February 13, 2011

Jom pakat -pakat baca & pakat-pakat fikir

Bismillah....

Sumpah! hari ni aii tersangatlah fenim kepala tahap cipan...weng...weng..jek kepala ni.Tak tahu lah wehh pe sebabnya.Tapi kuatkan jugak diri ni datang kerja.Ubat pun aii tak telan pun.lepas tu rajin pula la kan nak update blog bagai.huhuhu.. 'Tak pe eiyda..bukan ko xbiasa macam ni' *monolog dalaman

Nak tulis pasal dua perkara hari ni. Pasal esok dan lusa. Mesti ramai yang da tahu kan esok 14 Feb tarikh apa right? jangan nak kata lah korang tak tahu..mentipooooooooooo la tu kan.Esok Valentine;s Day.....eh..ada aku kesah ke? korang tahu ke apa makna disebalik tarikh tersebut pada kita yang bergelar umat ISLAM ni??....

Wednesday, February 9, 2011

kisah tongkat 4 kaki

Bismillah...

Wah....Dari semlam ni badan tak berapa nak sihat sangat. Demam kot..tapi entah la, kejap cam ok..kejap macam xlarat sangat.mata pedih,muka panas..pastu batuk skit..bersin lagi.Berjangkit dengan adik la ni kot.huhuhu..dengan asap rokok lagi...memang tak menahan...-__-'

Tadi masa tengah dok layan internet tanpa batasan ni kan....tiba-tiba terjumpa gambar yang mengembala eh silap mengembalikan nostalgia lama.pehh ayat kan...

Pic ni :

Sunday, February 6, 2011

Bahasa eeewwww

Bismillah...

Dah 4 hari aii bercuti.Balik kampung dengan family...syok jugak la kan..sekali sekala berkumpul d3engan family.Kaklong, kak ngah semua ada balik, dengan anak-anak buah aii yang sangat lah aktif tu.3 girls dah macam powe pufgulrz...nakal2 semuanya..penat melayan dorang..kejap ok..kejpa gaduh..pastu nanges..bhaahhhah sabar jek la kan...caca,aqis ngan sara...

tiga budak noty

Hari ni dorang semua da balik..huwaaaaaaaaaaaaaa rindulah dekat dorang nanti..balik umah kang konfem sunyi sepi dah xleh nak gaduh2 dengan dorang lagi.Hurmmm agak2 jumpa tak jumpa mybe bulan 3 kot.-__-'

Oklah...today just nak share satu vid ni

Tuesday, February 1, 2011

Anuar Zain & Maher Zain

Bismillah...

Hari ni dah pun masuk bulan February 2011..MasyaAllah kejapnya masa berlalu kan. Sekarang ni hangat dengan isu Rusuhan Di Mesir melibatkan keselamatan rakyat Malaysia dan kebanyakkanya adalah pelajar dalam bidang perubatan. Semoga mereka selamat dan dilindungi oleh Allah..Amin...boleh tengok perkembangan disana kat blog ni.

Dan juga kita dikejutkan dengan isi banjir yang melanda di Johor, Negeri Sembilan , Pahang dan jugak Melaka.huhuhu..Di terengganu so far belum ada berita banjir lagi. Ini semua dugaan dari Allah untuk kita.Banyakkan bersabar dan berdoa.Mungkin ada kesilapan yang kita lakukan dan Allah ingin menguji hambanya.wallahualam....

Nuffnang