Jom pakat -pakat baca & pakat-pakat fikir
Sumpah! hari ni aii tersangatlah fenim kepala tahap cipan...weng...weng..jek kepala ni.Tak tahu lah wehh pe sebabnya.Tapi kuatkan jugak diri ni datang kerja.Ubat pun aii tak telan pun.lepas tu rajin pula la kan nak update blog bagai.huhuhu.. 'Tak pe eiyda..bukan ko xbiasa macam ni' *monolog dalaman
Nak tulis pasal dua perkara hari ni. Pasal esok dan lusa. Mesti ramai yang da tahu kan esok 14 Feb tarikh apa right? jangan nak kata lah korang tak tahu..mentipooooooooooo la tu kan.Esok Valentine;s Day.....eh..ada aku kesah ke? korang tahu ke apa makna disebalik tarikh tersebut pada kita yang bergelar umat ISLAM ni??....
14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol & St Valentine (paderi) adalah individu yg jatuhkan Islam di sana.
See..so korang yang bergelar ISLAM ni still nak celeb ke Hari Valentine's2 ni...fikirlah yer Tadi masa on dekat twitter ada terbaca satu tweet dari 'orang glamer; ni..dia tweet..." orang yang paling bising pasal pengharaman Valentine's Day adalah orang yang Single dan belum Kawen". Sangat tak setuju ok..Kita ni sebagai orang ISLAM kena tahu kenapa benda ni tak boleh...haram...kalau da benda tu da jatuh kepada HARAM..maknanya..JANGAN BUAT! berdosa BESAR!..tapi lantak la kan..kalau dah jahil sangat pasal agama nak lawan jugak still nak tegakkan benang yang basah..lantok la weh..kubur lain2 kan...>.<'
Nak tahu lebih lanjut pasal Valentine's ni? leh baca sini
Nak cerita pasal lusa pula lah. Hari Selasa, 15 Feb 2011 Bersamaan 12 Rabiul Awal..Sapa tahu tarikh apa ni? see mesti ada yang berkerut2 dahi tu kan..Dulu masa kecik-kecik, zaman sekolah2, masuk kelas Fardu Ain, kelas agama ada kan belajar...12 Rabiul Awal Tahun Gajah,,lahir lah zuriat yang syaadah...sapa ingat lagu ni??huhuh...Maulidul Rasul...Hari Kelahiran, Hari Keputraan Nabi kita..Nabi Muhammad S.A.W....korang da ingat2 lupa tentang Kisah Nabi kita?meh aii bg skit supaya korang dan aii jugak boleh ingat balik dan akan terus tersemat kat kepala ni:
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
*sumber Wikipidea
Nak tahu lebih lanjut lagi kisah-kisah Nabi kesayangan kita boleh baca sini
Ok da pening2lalat tahap cipan dh ni..kang ade jugak yang weekk kat depan pc ni...
Kthanksbye..
wassalam..
Nota comel: Kita ni Orang MELAYU dan ISLAM
tak payah nak terikut2
dengan dunia BARAT sangat lah..
sila cermin diri peliss.. >.<'.
2 Comments:
At February 13, 2011 at 1:21 PM , ChuyRy™ said...
kenapa org yg belum kahwin yg bising2? pfffttt! Hidup Islam! :D
At February 13, 2011 at 4:02 PM , Paan Jr said...
13 abah i, 14, mama i, 15 Nabi kita plak kan? wahhhhhhhh haha
Post a Comment
ce citer
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home