Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Monday, January 17, 2011

Tentang Lagu Muhasabah Cinta

Bismillah

Alhamdulillah..hari ni hujan kembali turun.Setelah 5 hari juga kot tak hujan.heee hujan sangat best ok, sebab sejuk..i like.

Korang pernah dengar tak lagu Muhasabah Cinta.Pernah? tak pernah?.Ok actually kan i da lama dengar lagu ni kalau tak silap dalam Blog Irine Nadia Marcello. Tapi sekarang Irine da letak lagu lain.Mula-mula just dengar-dengar biasa je.

Tapi dalam 4,5 hari lepas terdengar pula dalam blog Encik Hami ni.... Entry pasal mak dia sakit tu. Rasa macam tersentuh sesangat. Bila baca sambil dengar lagu Muhasabah Cinta tu. Tetiba terbit rasa keinsafan aje dalam diri ni. Baru tahu yang lagu tu tentang kesihatan kita.Kurniaan kesihatan yang perlu kita hargai.Jangan sia-siakan..dan selalulah bersyukur.

Jom baca bait-bait lirik lagu ni:

Muhasabah Cinta



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Apa yang kita boleh ambil dari lagu ni:

1) Sakit itu adalah penghapus dosa-dosa kecil

2) Jangan cepat putus asa dengan ujian yang Allah berikan.

3) Sentiasa bersyukur dengan kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita.Jangan sesekali lupa untuk bersujud syukur kepada Allah

4) Pasrah dan redha dengan ketentuan Allah.Jangan cepat mengeluh dan mengalah

5) Doa adalah penawar bagi segala penyakit

6) Selalu ingat pada Allah tak kira dalam sihat atau sakit

7) Jangan sia-siakan kesihatan yang Allah kurniakan.

8) Jaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan kesihatan.

9) Setiap apa yang Allah kurniakan adalah pinjaman.Allah boleh ambil bila-bila masa sahaja yang DIA mahu.

10) Kalau ditakdirkan untuk kita mati, biarlah mati dalam keadaan yang beriman.Pertemukan Aku dengan mu Ya Allah.


Nota comel: Bersyukur

dengan apa sahaja yang

dikurniakan Oleh Allah..




5 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home