Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Monday, January 3, 2011

Kembali ke sekolah

Bismillah..

image from google

Hari ni bebudak semua da mula sekolah kan. Selepas bercuti sakan selama lebih kurang 2 bulan gitew.lama tu kan, tapi seingat i lah, dulu zaman-zaman i sekolah cuti lagi lama.Sekarang cuti da semakin kurang (eh yeke? xberapa nak pasti).

I ada sorang je lagi adik yang still bersekolah, this year dia da masuk form 4.Da besar ok, da tak kisahlah dia nak g sekolah ngan apa, daftar ke apa.Sebab da boleh urus diri sendiri.Dulu masa dia kecik2 pun (tadika) pergi sekolah dengan jiran.Lepas tu dia menangis habis satu tadika ikut menangis HAHAHHA... naik Darjah satu pun, hari pertama dia selamba je naik van sekolah tak ada sesapa teman pun.Berdikari gila ok.Umi i pun cikgu, so hari pertama adalah hari paling bz la kan.Lagi satu abah cakap dia lelaki so sila jangan nak ngengada manja..HAHAHA.Tak macam, i dolu2 setiap kali awal tahun nak masuk sekolah, abahla yang jadi peneman selain adik kembar i.

Teringat masa sekolah rendah, dalam kelas i jadi ketua adik kembar i (lelaki) jadi penolong kelas.haaa hebat tak kitorang? wikikikiki....sampai lah naik darjah 3. setiap tahun i dapat naik pentas ambil hadiah.Time tu kalau exam paling2 corot pun akan dapat no3 dalam kelas.*pandaikankan xD.

Naik darjah 5, i berpindah ke Melaka.Ha masa tu da mula kurang pandai, ye la masuk sekolah baru, persekitaran baru dan kawan baru.huhuhu...

Darjah 6, i bertukar ke kemaman ni. Masa UPSR kantoi gila sebab dapat 1A 3 B masa tu 4 A je kan.Asik berpindah je sebab abah keje Petronas masa tu.Sekolah menengah,abah ngan umi suruh masuk sekolah agama.tak berapa minat sebenarnya, sebab ada subjek Arab.Tapi tak apalah bedal saje -_-.Time tu ok lah, belajar boleh tahan.Subjek paling suka BM dengan PA (masa form4).Tapi setiap kali teringat masa form 4-5 je mesti macam sentap gitew heee..banyak betul dugaan.hurrmmm..

Ok la, pada adik-adik stop2 la ye bermukabuku. Sekarang masa untu berbukabuku lah pulak yer..all the best semua...

p/s : kalau da kawen mesti sebuk dok hantar anak g daftar sekolah ni heeee

nota comey : rindu kot

zaman-zaman

sekolah dulu hurmmmm


6 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home