Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Thursday, January 27, 2011

Berfesyen -antara Halal & Haram

Bismillah....

Wah3..hari ni dalam sejarah pada tahun 2011 muehehehehe...tak, hari ni i bukak cc lewat sesangat..sampai dah ramai kasteme calling2 tanyer bukak ke tak?alaaaaaaa..ilek arr kereta tayar bocor hoi.Pe nak buat.keluar umah pagi tadik (pukul 12 dah..so dh tak pg ok),br nak masuk lam kete..alamak! weh...Nuar (nama sebenar adek i xD ) kereta ko tayar bocor arr tengok tu kempissss (sila terjemah dalam loghat terengganu la ek);p. dah adek i terkejot pastu macam biasalah dia kaloott tak hengat...ok xpe..tumpang arr tech g kedai, lepas tu hantar kerete kat kedai tayar, drive slow2.Ok selesai..Pukul 1.30 baru masuk keje...ramai lak yang tanya knp? why? hahhaha ok jenuh plak nak cerita kat sorang.haishh carring giler korang ni kan..bahahhaha... ok..tutup cerita.

Tadi, sementara menunggu tech i datang ambil, sempat la layam WHI sekejap. Isu Gila-Fesyen Timur Tengah tu..... ala..Fesyen ala-ala Arab tu kan.Memang cantik la kan..solekan yang smoky eyes..celak tebal gitew.pakai hijab, jubah.memang kena dengan imej Islam tu kan, menutup aurat.

Tapi i rasakan, ada yang tak kena dengan fesyen bertudung sekarang ni.Pertama soal sanggul yang tinggi macam KLCC tu, lepastu nampak dada dan yg ketiga ala2 rahib/sister.

"HADITH MUSLIM

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

pic dari google
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

Walaupun ada yang cakap TAK BERNIAT nak pakai macam tu, n tu semua juz suka-suka sebab ikut trend, tapi soal halal haram,. salah dan betul kena jugak ikut right??!!..

Ada juga segelincir antara kita kaum Hawa ni yang memakai tudung disebabkan FESYEN bukan disebabkan HUKUM yang MEWAJIBKAN kaum Hawa ni menutup aurat. Apa hukum kalau WAJIB? TAK IKUT / BUAT BERDOSA.Ada yang jap On jap Off, ada yang pakai tp nampak jambul kan.Tu semua sebab niat.Kalu niat kita tak ikhlas, memang susah nak berubah kerah kebaikan. So fikir-fikirkan.

Entry sekadar untuk peringatan dan renungan bersama.Peringatan untuk diri sendiri dan kaum2 i jugak.huhuhu...Mungkin akan ada terasa atau tersinggung sila maafkan saya yer...huhuhu tak berniat pun nak megata atau perli sesaiapa.Sekadar berkongsi apa yang patut kan.i pun tak la sebaik mana, kadang-kadang perkara yang tak boleh buat tetap gak buat.So, kita sebagai manusia ni memang perlu selalu ingat mengingati antara satu sama lain kan.

Waallhualam..

Okthaxbai

wassalam..

Nota Comel:

perubahan kerarah kebaikan

memang bagus

tapi mesti kena dengan niat


3 Comments:

  • At January 27, 2011 at 4:47 PM , Blogger Fatehah A. said...

    org sekarang pakai tudung sebab nak berfesyen, bukan sebab Allah. ramai lgi duk bersanggul tinggi tu termasuklah artis2.

    tutup aurat tu bukan setakat bertudung, tp menutup tubuh dgn pakaian yg longgar dan labuh, dan tidak nipis.

    yg aku sedih sekali yg berfesyen skang ni kat luar kemain lawa, kat rumah mcm hantu. padahal kecantikan tu hanya untuk tatapan suami, bkn org lain. ramai yg lupa tu

     
  • At January 27, 2011 at 8:22 PM , Blogger Paan Jr said...

    tajuk macam kenal jeeeeeee hahahaha

     
  • At January 30, 2011 at 9:01 PM , Anonymous Amir Said said...

    sekarang ramai yang suka pakai tudung dengan macam2 gaya. trend la katakan. seelok2nya ikutlah syariat Islam.

     

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home