Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Saturday, October 30, 2010

Kemalangan Maut Di KM 38 Lebuh Raya Karak

Bismillah...

Now i kat kampung.Cuti lah sehari, ikut my mom n my dad balik jap.Nak uruskan hal jual beli lembu untuk Raya Qurban lagi 3 minggu kan.Kat Kampung i ni, asek hujan jek.Syok ok..sejuk..nyamana dan aman damai.Sampai today pukul 11 lebih baru i bangun..hik3..

Semalam dapat berita pasal kemalangan bas lagi.huhuhu menakutkan right? lately banyak pulak kes kemalangan melibatkan bas ni.Nak2 musim skang ni jap hujan kan...jalan pon licin.Kali ni bas persiaran dari Belia 4B Baling Kedah.Yang sedihnya, antara mangsa yang terkorban adalah remaja-remaja dalam lingkungan umur belasan tahun..huhuhu..Innalillah....

pic dari ondscene.my

KUALA LUMPUR: Kesemua tujuh yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi dibawa pulang ke kampung masing-masing di Baling, Kedah pagi ini.

Mereka terdiri daripada ketua rombongan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang juga seorang guru agama, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang semalam.

Sementara enam lagi terdiri daripada Mohammad Amirul Mohamat Isa, 13, Mohamad Khairy Mohamad Marzali, 14, Mohamad Yussof Akhil, 16, Mohamed Firdaus Rosedi, 16, Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Mohd Ridzuan Husin, 17 yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Hospital Sungai Buloh jenazah kesemua mereka sudah dituntut oleh keluarga masing-masing pada jam 7.45 pagi tadi untuk dibawa pulang ke Baling dengan tujuh kereta jenazah.

Kesemua mereka terdiri daripada 44 anggota rombongan belia Kampung Baru Siong, Baling, Kedah yang dalam acara lawatan ke Genting Highlands sejak Khamis lalu.

Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Baling, Muhammad Sani Mahmud yang dihubungi Bernama berkata, kesemua ketujuh-tujuh jenazah itu akan dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Baru Siong. Dalam kemalangan malam tadi, bas yang mereka naiki dilaporkan hilang kawalan dipercayai berpunca daripada masalah brek, ketika menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini pada pukul 7.50 malam.

Bas itu terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang menyebabkan tujuh maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas itu.

Rombongan itu yang dalam lawatan ke Genting Highlands telah bertolak dari Kedah pada jam 11 malam Khamis dan tiba di Genting Highlands pada jam 8 pagi semalam.

Pada jam 7 malam semalam mereka bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay, dan dijangka pulang ke Baling petang ini.

Berita dipetik dari myMetro

Nota comel: Alfatihah &Takziah

pada keluarga Mangsa Nahas..



0 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home