Monday, March 4, 2013

Anggota Polis Yang Terkorban Di Semporna Dikenal Pasti Dan Dibawa Pulang

Bismillah.

Innalillah.. Alfatihah dan takziah diucapkan kepada ahli keluarga  anggota Polis  yang telah terkorban di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna pada jam 7.30 malam  Sabtu lalu dalam kejadian berbalas tembak dengan tentera Sultan Sulu, laporan BH hari ni.



Identiti anggota PDRM yang terkorban sudah dikenalpasti

LAHAD DATU: Polis sudah mengenal pasti enam anggotanya yang terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan penjenayah di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna, Sabtu lalu. 

Mereka adalah: 
1. Pegawai cawangan khas Bukit Aman, Superitendan Ibrahim Lebar 2. Ketua cawangan khas daerah Semporna, Asisten Superitendan Michael Padel 3. Pegawai cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Baharin Hamit 


4. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Sarjan Aziz Sarikun 
5. Anggota cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Koperal Salam Tongiran 
6. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran. 

Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan ia sudah dimasukkan ke Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Hamza berkata, jenazah semua anggota polis yang terkorban itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing dari Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1 tengah hari ini. 


- Suber Berita Harian  




Jenazah anggota PDRM yang terkorban dibawa pulang ke kampung masing-masing hari ini

TAWAU: Jenazah enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak dengan tentera Sultan Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna pada jam 7.30 malam Sabtu lalu akan dibawa pulang ke kampung masing-masing hari ini. 

Mayat mendiang Asisten Superitendan Micheal Sk Padel, Ketua cawangan khas daerah Semporna dan Sarjan Baharin Hamit dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah akan diterbangkan ke Kuching pada jam 1 petang ini. 
Jenazah Sarjan Abd Aziz Sarikon dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau akan dikebumikan di daerah Semporna dan Koperal Salam Tongiran dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau akan dikebumikan di daerah Tawau hari ini. - Sumber Berita Harian

Takziah sekali lagi pada Ahli keluarga mereka. Semoga roh mereka tenang di sana dan Syahid menanti mereka.

Waahulam.

No comments:

Post a Comment

ce citer

Nuffnang