Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Monday, July 8, 2013

Persediaan Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum.
Bismillah..

Insya Allah kita akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan hari rabu ini 10 Julai 2013 bersaan 1 Ramadhan 1434 Hijrah.

Tarikh Melihat Anak Bulan
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang disiarkan media, telah memaklumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah

Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen.

Niat Puasa

Bila dah puasa tu, jangan lupa pula nak baca niat yer. kang tak sah pula puasa kita. Bila sudah niat, jangan lupa jaga kel;akuan, jaga perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang makhruh.



Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa

            Perkara-perkara sunat puasa:

a)      membanyakkan membaca al-Quran
b)      mandi junub sebelum fajar
c)      melewatkan sahur waktu imsak
d)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e)      membanyakkan sedekah
f)        solat terawih
g)      segera berbuka bila masuk waktu

            Perkara-perkara makruh puasa
a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)      merasa makanan dengan lidah
c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)      gosok gigi setelah gelincir matahari
f)        mencium isteri
g)      menderma darah

                    Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)        gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Perkara yang tidak membatalkan puasa:

a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b)      Bersuntik
c)      Tidur walaupun sepanjang hari
d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Semoga Bulan Ramadhan Tahun ini akan menjadi yang terbaik atau lebih baik dari tahun2 yang lalu. Istiqamah dalam menjalankan kewajipan kepada Allah Taala. Banyakkn melakukan ibadat lain seperti solat sunat dan membaca Alqura,beriktiqab didalam masjid,berzikir dan sebagainya. Melakukan perkara yang oleh menambahkanpahala di Bulan Ramdahan ini. insyaAllah.



0 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home