eiyDa:: Remaja 15 tahun mati ditembak
Bismillah
Berita yang agak menyayat hati untuk hari ni.Tapi agak lewat untuk di update.huhu.
Ajal maut ditangan Tuhan kan.TAk siapa dapat menduga.Tapi hope pihak Polis akan lebih peka dan berhati-hati sebelum melepaskan tembakan. Al-Fatihah buat Arwah..
Aminulrasyid Amzah
SHAH ALAM: Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu.
"Sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya saya sangat terluka dan mohon supaya jangan gelarkan arwah anak saya sebegitu rupa. Tidak adil menuduh anak saya sebegitu tanpa pengesahan," katanya kepada pemberita di rumahnya ketika dikunjungi Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, hari ini.
Norsiah, 61, berkata beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini.
Saya tidak sangka sikapnya yang manja berlebih-lebihan dengan mencium dan memeluk saya saban hari sejak akhir-akhir ini menjadi kenangan yang ditinggalkannya. Malah dia beria-ria mahu membersihkan kubur arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2004 tetapi hajat itu tidak tercapai," katanya.
Norsiah berkata, keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini malam tadi.
Aminulrasyid, 15, dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.
Menurut polis sebilah parang ditemui dalam kereta itu.
Noh pula berkata, beliau akan membangkitkan isu kematian remaja itu dalam mesyuarat Kabinet esok bagi meminta supaya polis menjalankan siasatan kes itu secara adil.
Beliau berkata, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, sendiri telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara terperinci dan tidak akan melindungi pihak yang terbabit.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata Umno negeri sedia membantu termasuk dalam memberikan khidmat guaman terbaik kepada keluarga itu jika diperlukan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pula meminta agar siasatan polis dilakukan dengan jujur dan telus dalam usaha mengenal pasti perkara sebenar yang berlaku.
Beliau juga berkata, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri, Rodziah Ismail, akan memantau keadaan sebelum mengambil langkah yang sepatutnya berhubung kebajikan keluarga itu. - Bernama
** sedih bila baca berita ni.....hope ibu arwah Aminulrasyid Amzah akan tabah mengahadapi dugaan.
sumber : berita harian
waallahualam...

0 Comments:
Post a Comment
ce citer
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home