Saturday, December 31, 2011

Sayonara 2011

Bismillah...




Hari ni Sabtu 31 Dis 2011 merupakan #LastDayOf2011.. wahhhh dah nak berakhir tahun 2011 ni. Semakin lama terasa makin cepat masa berlalu. Alhamdulillah dengan kebesaran Allah kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus menumpang di bumi Allah yang tersangat luas ni... SubhanAllah.. aku bersyukur kepdamu Ya Allah...

Tahun 2011 merupakan tahun yang tak banyak berlakunya perubahan dalam hidup aku. Semua masih sama seperti tahun-tahun yang sudah. Cuma tahun ni, usia semakin meningkat.. dan lg 2 hari akan meningkat lagi. huhhu.. Tahun ni yang lainnya bila umi ngan abah dah bersara. Dedua da pencen dan menghabiskan masa2 mereka dirumah. lebih menumpukan perhatian pada kewajipan2.. dan amalan2 kepada Yang Maha Esa.

Aku masih lagi menguruskan cc yang di modalkan oleh abah. Alhamdulillah semakin hari semakin ok perniagaan aku ini. Pejam celil pejam celik dah nak masuk 5 tahun aku berniaga. Alahmdulillah aku dapat menempuhi segala dugaan dan rintangan dengan tabah.

Kesihatan aku tahun agak merosot sedikit. Bila aku selalu pening2 kepala dan tak berapa sihat. Hope tahun 2012 nanti kesihatan aku bertambah baik. InsyaAllah.. tak banayk perubahan yang berlaku dalam hidup aku. masih banyak lagi cita-cita dan #wishlist yang belum aku penuhi untuk tahun 2011 ni. Taka pa.. aku boleh merealisasikannya tahun depan, tahun 2012..


Banyk juga tragedi2 yang berlaku sepanjang tahun 2011 ni kan. Semoga kita masih diberi kesempatan oleh Allah  untuk bertaubat dan berdoa sebelum terlambat.

Harapan untuk 2012 semoga segalan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Umi, Abah, my sibling, my bro inlaws n my niece!... Dijauhi dari perkara-yang buruk dan di murahkan rezeki... dan dipelihara hubungan baik kami semua... Amin Amin Ya Rabbal Alamin...


GOOD Bye 2011~~~ gonna miss u...

No comments:

Post a Comment

ce citer

Nuffnang