Sunday, September 29, 2013

Musim Haji 2013

Bismillah..

Dah masuk musim haji. 15-16 oktober ni kita akan menyambut kedatangan Hari Raya AidilAdha.
Bila tengok berita pasal Haji ni, rindu sangat dekat Mekah, Kaabah dan Madinah. Terbayang-bayang masa pergi sana bulan mac hari tu.

Hari2 akan tengok Mekah tv live kat sini :-

http://makkahlive.net/meccatv.aspx .





Dah banyak berubah dah mekah sekarang. Ada matal baru untuk kemudahan jemaah yang berkerusi roda. Baru lah selesa dan sel;amat. Sebab sebelum ni yang berkerusi roda turut guna jalan yang sama bagi jemaah yang berjalan. So ada berlaku sedikit kemalangan. Ada jemaah yang luka2 bila kena langgar ngan kerusi roda. huuuu
Tak kurang jugak ada yang kena pijak kepal time solat sunat sebab ruang terhad sangat. sempit.huuu..

Bagi yang belum pergi menunaikan umrah/ haji tu, kalau ada duit, pergi lah. Soal masalah2 lain tu InsyaAllah Allah akan bagi jalan kemudahan. pergi masa muda dan kuat ni. tak dapat buat Haji, umrah pun dah bagus sangat. Dari kita pergi melancong kenegara2 lain, apa kata kita pergi umrah. Percayalah sekali pergi pasti akan rindu berkali2 nak kesana lagi. InsyaAllah.Banyakkan berdoa, tanamkan azam. InsyaAllah Allah akan -perkenankan.

*semoga diberi rezeki dan kesempatn buat aku untuk mengerjakan Haji suatu hatri nanti sebelum tutup mata. Amin...

wassalam...

No comments:

Post a Comment

ce citer

Nuffnang