Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Monday, October 31, 2011

Bola bola bola

Bismillah...

Piala Malaysia dah pon tamat.dan keputusan pon telah dapat.Walaupun agak kecewa bila Pasukan Pilihanku, Terengganu tewas dengan pasukan Negeri Sembilan dengan score 2-1 tapi redha je.ala..bola kan...kita tak boleh tak tentukan sapa akan kalah dan sapa yang akan menang.

Kalau da Allah takdirkan kalah...usaha bagai nak rak pun tetap gak kalah.dan setiap yang Allah tentukan tu pasti ada hikmahnya.Tapi memang kecewa dan sedih bila ada penyokong yang over konfidem ni mula nak mengkondem pemain2 Terengganu yang dah berhempas pulas berguling bating (loghat ganu) nak dapatkan kejayaan.tapi dah tak ada rezeki apa nak buat.Redha boleh?..

Tak perlu nak menuding jari pada sesiapa..nak salahkan penjaga goal yang tak dapat menangkap bola? nak salahkan pemain Negeri Sembilan yang berasal dari Terengganu tapi berjaya membuat jaringan untuk pasukan dia?...hahah itu sangat TIDAK RASIONAL! Insiden pergaduhan, bakar bendera, baling mercun, kutuk mengutuk tak ada faedahnya pun.apa yang kita dapat? satu sen pun tak dapat apa2..yang dapat sakit, lebam sana sini..kerosakan yang berlaku, kerugian, prestasi buruk dan paling teruk BERDOSA!

Sila be Profesional dan bukannya Emosional yer wahai peminat2 bola sekalian alam...jangan kerana sedikit kesalahan yang pemain2 lakukan..kita lupa segala penat lelah dan kejayaan yang pernah dorang kecapi selama ni.Dorang pun manusia jugak ada hati, ada perasaan ada rasa penat, sakit.

InsyaAllah mana tahu next year ada rezeki untuk pasukan pilihan kita  mana tau kan...
Waallahualam...

p/s : sekadar pendapat sahaja...kalau ada yang tak suka..am so sorry.. peace!! :)

0 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home