Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Sunday, February 17, 2013

Baby 4 Bulan Dilambung Pembantu Rumah

Bismillah..

Semalam gempar bila ada kes pembantu rumah Indonesia yang melambung2 anak majikan dia. Lepatu pagi tadik tgk kat fb ramai yang post/share videonya. Ya allah da macam tebar roti canai gayanya.


KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.
Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.
“Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.
“Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Baru 4 bulan usia baby tu. Ya Allah. hope tak ada lah apa-apa berlaku dekat baby tu. dah dilambung2 macam saiko ada juga bila tengok video tu.  Aku rasa memang WAJIB la kena pasang CCTV dekat rumah pada sesiapa yang ambil pembantu rumah ni. tak kisah pembantu rumah dari negara asing mahukan tempatan, manusia ni bukan kita boleh tahu. tengok muka baik, tapi kat dalam hitam legam kejam. huuu

ni videonya: Baby kena Lambung Dengan Pembantu Rumah

Hope pembantu rumah dari Indonesia ni akan ditangkap dan dilambung-lambung macam tu gak. Tak pun lambung je sampai ke negara dorang tu. Dasar tak sedar diri, merempat negara orang, lepastu buat jahat. grrrr 

0 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home