Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Wednesday, March 12, 2014

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370

Bismillah

Assalamualaikum.

                       

Kita masih tertanya-tanyakan kemana hilangnya pesawat mh370 yang terbang ke beijing hilang sejak 7mac yang lalu.

Penerbangan yang memuatkan seramai 270 orang penumpang dan 12 uanak kapal termasuk 2 orang juru terbang yang dikatakan hilang lenyap dari radar selepas 2 jam bertolak dari landasan KLIA. Pesawat yang terbang pada jam 12.40 pagi itu dikatakan hilang pada jam 2.40 pagi di laut china selatan.

Hari ini sudah 5 hari berlalu dan pewasat mh370 masih tidak ditemui. Semakin banyak cerita dan spekulasi yang timbul. Bermacam-macam andaian, rekaan dan penipuan berlaku di media sosial terutama di FB dan jugak Twitter. begitu juga dengan wechat serta whatsap group. Terlalu banyak cerita rekaan yang dibuat oleh orang yang tidak bertanggungjawab.berbagai usaha juga telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Ramai yang turut membantu, dari china, singapura dan ammerika syarikat. Semua masih bertungkus lumus dalam misi menacri pesawat mh370 ini.

                        



Semoga cepatlag pesawat ini dijumpai dan hentilah menyebar berita yang tidak sahih. Fikir lah perasaan ahli keluarga yang terlibat. Mereka dalam keadaan tertekan sekarang.
Mari kita berdoa dan terus berdoa semoga ada jalan keluarnya nanti. Doa usaha dan tawakkal.


Semoga ahli keluarga yang terlibat tabah dan terus berdoa. Kuatkan hati dan bersedialah untuk menerima apa-apa berita sekalipun. Baik atau buruk itu semua kuasa Allah. Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Doa merupakan senjata orang mukmim, orang2 yang beriman kepadanya.

                                 


Sidah bermacam- macam usaha yang dilakukan termasuk solat hajat dan sebagainya. Semoga Allah beri petunjuk. Jika dilangit turunkanlah, jika di air timbulkanlah jika di darat tunjukkanlah. Alfatihah buat semua mangsa mh370. 

Wassalam.


0 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home