Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Thursday, August 20, 2009

eiy-Da~~ Selamat Berpuasa~~


klik pic untuk lbh clear..time kasih..heheh
Hayati lah makna sebenar Bulan Ramadhan.Semoga kita akan mendapat Keberkatan pada bulan yang penuh Berkat ini..Jangan sia-sia kan setiap saat dan waktu yang Allah kurniakan pada kita umatnya..InsyaAllah...Amin...
Sini ade serba sedikit tentang Bulan Puasa harap dapat memberi sedikit maklumat k..

PENGERTIAN PUASA

'Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.'

Niat Puasa

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat untuk sebulan:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa sebulan kerana Allah Taala"


Membaca doa semasa berbuka:

Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"


Ini saje buat masa ni, serba sedikit tentang Puasa....

Selamat menjalani ibadah Puasa..

* Jaga nafsu
* Jaga diri
* Jaga makan
* Jaga tingklah laku
* Jaga budi bicara
* Jaga aurat..

7 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home