Thursday, May 20, 2010

eiyda:: Sejauh mana hebatnyer penangan MukaBuku ::

Bismilah..

uols da sedia maklumkan ape keje i.So setiap hari, i akan bertemu dengan ramai manusia.Tak kira lah lelaki, perempuan, dewasa, remaja, org tua walhal kanak-kanak sekolah rendah sekalipon.dan boleh dikatakan mejoriti antara diorang ni mempunyai akaun facebook masing-masing.Jangan terkejut kalau i cakap, budak sekolah rendah pon dah ada akaun facebook.Berapa ek tahap umur yang boleh buka akaun facebook ni ek?bukan ke mesti berumur 15 tahun ketas? ke kurang @ lebih lg?.Oh God..sumpah aku xtahu ni.T_T.

Bila da semakin ramai yang ada facebook, i rasa macam semakin tak privasi jek.Nak2 bila ada ramai sedara mara, adek beradik, kazen2, cikgu2, makcik n pakcik dan atok n nenek yang mula add mengadd..as a sedara dan orang yang kita kenal, tak kan nk ignore pulak kan.So kena agree...n lepas tu rasa macam xbest jek nak update status yang bukan-bukan, nak bergurau kasar..ngaaaaaaa..kena sentiasa buat status yang elok2....... ......sopan2..kang ada yang kena sound.HOHOHO. pendek kata, kena selalu berhati-hati dalam setiap kata yang nak ditulis.

Pe pendapat uols?..rasa selesa tak bila lam list friends tu ramai sanak saudara dan rakan taulan yang memang u kenal.ada jugak yang terpaksa buat akaun facebook baru sebab nak elakkn dari hal2 yang macam ni.kekadang kita perlukan privasi dalam hidup ni kan.Tapi macam i, adek beradik i semua ada akaun facebook n dorang memang da di listkn as a sibling.Dorang open, xder hal.dan i rase kazen2 i pon jenis OPEN jugak kot.HAHAHAH..

Takut jugak kan, sebab skarang da macam2 hal yang tak baik berlaku berpunca dari laman facebook ni.Ada yang tuduh menuduh, kes cerai berai, gaduh2, salah faham,block memblock,kutuk mengutuk,banyak rahsia terbongkar...fitnah, ugut dan banyk lagi lah.macam banyak buruk dari baiknyer kan.

Ade jugak yang i tgk macam ketagih dengan facebook ni, contoh kasteme2 i..kekadang sampai 3,4 kali datang dalam satu hari hanya untuk membuka facebook.ada jugak yang melayan facebook sampai berjam2, xingat nak balik.huhuhu..xkurang jugak yang suke berkebun, masak2 dekat facebook.HAHAHA.kalo yang mula berchating pulak.hurm.selagi i xtarik pintu tanda nak tutup cc..dorang tak akan berganjak..HOHOHO.Hebatnyer penangan fb ni kan..dulu seingat i, masa zaman2..friendster, Myspace,Tagged,Hi5 xder pulak macam ni kan.betul2 fenomena lah Fb ni.

Kiranyer zaman sekarang, kalo ada yang tak ada atau tak tahu ape itu Facebook dikira sebagai tersangatlah kuno atau ketinggalan zaman.Tapi, my mom n dad xder pon facebook2 ni..hahah..maksud i golongan muda remaja belia lah kan.Yang da tua pon tak kurang jugak, ramai yang ada fcebook ni.wat cari jodoh pon ade..hahah..xleh blah ok.

Senang cakap, kalau kita pandai menggunakan kecanggihan yang ada ni, xakan ada lah kes2 yang tak elok kan.Gunakan laman facebook atau mn2 laman sosial yang ada sebagai medan untuk mencari kenalan, bertukar2 fikiran, pendapat dan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga.Itu TERBAIK~

waalahualam...

Nota Comel: paling xsuke

bila ada yg nk menggatal

di facebook.huhuhu


Nuffnang