Thursday, September 2, 2010

Resepi simple Stew Ayam

Bismillah...

InsyaAllah, lagi 7 hari kita akan menyambut Hari raya.Dah xlame kan, da nak berakhir pun Bulan Ramadhan.Cepat betul masa berlalau.Rasa macam belum puas nak berpuasa ni.HUHUHUHU.

Kali ni, nak sharekan satu lagi resepi yang ringkas tapi sangat sedap dan berkhasiat iaituv Stew Ayam. Masakan yang selalu dimasak oleh Kak Long setiap kali dia balik. Memang terbaik lah kalau dia masak..sedap..pekat dan nyummy....nak tau resepinyer jujum i tunjuk.

Stew Ayam Simple

Bahan-bahan

Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)

1 ulas bawang besar

3-4 biji Bunga cengkih

Bunga lawang

kulit kayu manis

air

lada sulah

garam secukup rasa

2 biji ubi kentang

1 biji lobak merah

sedikit tepung jagung +sedikit air

Cara-cara Membuat

Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam,perap seketika.

Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah digaul tadik,hingga kekuningan.Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.kacau seketika Masukkan air (ikut banyak mane kuah yang uOls nak).

Kemudian masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).

masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa)

Bila da agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air sebelum masukkn kedalam stew tadi). Ikut kesukaan uOls samada nak stew ayam tersebut pekat atau tidak. Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong 4.

Bila da masak, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi atau pun roti.

TADAAA!!! ini lah hasilnyer yer....

-

-

-

-

Gambar hasil carian Google

* bahan-bahan tak dapat nak agak bape banyak..so ikut suka lah yer, pandai2 la agak.


Nota Comel: bulan puasa tgk

ape pon sedap..

dugaan...


1 comment:

  1. nampak macam sodap...kalo lada sulah xmau guna bleh tak?anak den kocik lagi takot podeh...

    ReplyDelete

ce citer

Nuffnang