Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Wednesday, November 24, 2010

Batu Api Grad A


Bismillah..

Sejak dua menjak ni makin manjadi2 pulak kes kat alam maya ni kan. Lately i agak bz dengan hal-hal reality jek.Alam2 maya ni xberapa nak amek tahu sangatlah.macam-macam kes berlaku.Sampai melibatkan hal orang lain.Ni da agak melampau2 la kan.Tak mahu lah menunding jari pada sesiapa.Tapi siapa yang makan petai, mulut dialah yang berbau kan.

Pelik bila ada sesetengah manusia tu lebih percaya dan lebih sayangkan orang yang dia kenal beberapa hari dari orang yang dia dah kenal bertahun-tahun.Adakah sebab takut hilangnya seorang kawan atau ada sebab lain? Nilah jadinya bila tak berfikir secara logik dan pandang kehadapan.Ingat, kita ni bukannya selalu berada diatas, esok-esok kita pasti akan dibawah juga. Dunia ni hanya sementara....mengata orang dia yang lebih.Jangan ingat diri kita ni terlalu sempurna sampai orang lain semuanya tak kena. Dan janganlah suka nak menghasut orang lain dan jadi Batu api...

Jangan suka mengata, mengeji orang lain walhal diri sendiri pun jauh lebih buruk, ibarat gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak la pulak kan.Cermin diri dulu sebelum nak mengata, mengutuk orang lain.ukur baju dibadan sendiri.jangan jadik manusia yang suka menikam belakang kawan sendri..Depan bukan main baik.Belakang mengata sakan...

Allah tu Maha Mengetahui, Maha Adil Dan Maha Berkuasa.Yang baik akan dibalas baik, yang jahat pasti akan mendapat balasannya jugak.Tak kira kat dunia atau pun di akhirat.jangan sampai ada yang meludah kelangit..alih2 dia yg terkena balik.Itu hukum Karma namanya..

So, bagi i tak perlu la kita nak mengata, mengutuk seseorang tu kalau kita belum pasti hal itu betul atau tak dan tak tahu hujung pangkalnya. Satu jari kita tunding pada orang, 4 jari lagi akan menunding kearah kita.Fikir2kanlah, se glamer mane pon kita semua tu sementara sahaja.

p/s: entry banyak peribahasa plak kali ni heeeee

Waallhualam


Nota comet: entry bercampur2 dah macam

ABC cendol+ais krim+tapai..-____-


10 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home