Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Saturday, March 19, 2011

Resipi: Salmon sweet sour, Swedish Meatball dan Onian Ring (Homemade)

Bismillah

* PERHATIAN!! ENTRY BANYAK GAMBAR...>.<'

Today nak taip entry resepi jek..sebab semlam keje makn, makan n makan sesedap jek, almaklumlah bila adek ngan akak ada balik, kitorang pun bergotong royong arr masak-masak.Nak2 semalam aii cuti kan.

First untuk lunch masak Ikan Salmon Sweet Sour dan Ikan Salmon Bakar Berlada Hitam.....

ini rupa ikan salmon yer kengkawan heee

Resepi untuk Salmon Bakar ni senang je, 2 keping ikan salmon, garam dan lada hitam.perap sekejap, lepastu bakar dalam kuali / microwave, Bila da masak, boleh la dihidangkan dengan perahan lemon..yummy..sedap..

Yang sweet sour tu pulak:

ikan salmon 2 keping

tepung jagung/gandum

telor

garam

- gaul ikan salmon dengan tepung dan telur, letak sedikit garam dam goreng hingga masak/ agak garing, toskan.

Sos sweet sour;

Bawang merah

bawang putih

bawang besar

buah tomato

lada besar

halia

minyak masak

sos tomato

kicap

cili boh

gula

garam

tepung jagung(untuk pekatkan kuah)

cara membuat:

panaskan minyak, tumis cili boh dengan gula..kacau hingga naik bau....masukkan bawang merah, halia dan bawang putih.Kacau2..masukkan sedikit air.bila dah agak mendidih, masukkan sos tomato, kicap, garam...last sekali masukkn hirisan buah tomato, clili besar dan bawang besar yang dipotong dadu.bancuh sedikit tepung jagung dan tuangkan kedalam kuah..kacau hingga pekat dan tuangkan keatas ikan salmon yang telah digoreng tadik.da siap...


Malam pulak, kitorang buat Swedish Meatball...mula-mula nak buat Lasagna tapi rasa cam nak mentry swedish meatball ala-ala Ikea tu kan. Oleh sebab ni request dari akak dan adek, so buat arr..K.long sponsor semua bahan-bahan dia. Aii ngan adek masak-masak hee..first time try, biasa mesti ada sleknya tu heee...

Nak resepi ke? ok aii bagi tapi aii cilok dekat Myresepi and than aii oter2 arr skit heee

Meatball

Resepi Bebola Daging

600 g daging cincang
3 sb tepung jagung
2 hiris halia – ditumbuk halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Gaul rata semua bahan2 dan perap sebentar.

2. Bulat2kan adunan menjadi bebola kecil.

3. Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola.Angkat dan toskan.

Bahan-bahan (sos)

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 1/2 cawan air sejuk,
100ml susu segar
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu lada hitam
1 cube ayam
sesudu gula
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan suku cawan air
cendawan butang


Cara Membuatnya

1. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat2
2. masukkan air sejuk, susu, sos tiram, sos tomato, kicap manis lada hitram, cube ayam, gula dan cendawan..kacau hingga mendidih.
4. Last sekali, untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung(kalau dah sedia pekat tak perlu letak tepung jagung)

*goreng kentang jugak sebagai tambahan.

Tadaaaa dah siap! aii buat untuk 6-8 orang makan, so bahan-bahan dia perlu ditambah lah kuantitinya.Kuah terlebih pekat pulak..huhu dan rupa meatball xcantik sebab gentel tak ketat dan kurang tepung jagung.Tapi rasanya sedap heee

inilah rupanya setelah dihidang...

Sebagai tambahan jugak, k.long buat Onion Ring.

Bahan-bahan dia mudah jek ok...just bawang besar dihiris bulat2, tepung jagung, susu segar dan telur..gaul2..n goreng hingga kekuningan...sedap banget...first time try jugak..tgk rupa dia..bhahahaha.. ;p

Onion Ring homemade

Ok..itulah aktiviti kami semalam..satu hari main masak-masak, heee...Bila dah ada ramai-ramai baru syiok nak masak2...bila xder orang nak makan pun xder mood yer tak?..InsyaAllah..nanti kalau k.long , k.ngah ngan adek balik lagi, nak buat lasagna lah..kesian caca suh buat lasagna tapi Cik Ade buat meatball heee...next time k...Pada uOls..kalau nak try tu silakan yer..tak sedap jangan marah aii....heeee

okbai

wassalam..

Nota comel: masak ni

sangat menyeronokkan ok..;p


4 Comments:

Post a Comment

ce citer

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home