Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Sunday, October 8, 2023

2023



 

2011-2023 dah almost 14  years umur blog ni.
Zaman Blog dah lama berakhir
Sekarang zaman Twitter Tiktok facebook telegram instagram
Yahoo massanger pon dah terkubur.
Rindu tapi life must go on. 
Umur pon makin meningkat. 
Dulu 20  an sekarang hampir ke  40 an dah

Thursday, September 17, 2020

covid19

Assalamualaikum

after ayears tak berblog. tetiba rasa nak menaip malam  ni. laptop baru repair so best la sikit nak meniap. guna henphone tak best sakit mata screen kecik.

Tahun 2020

tahun yang paling menduga buat kita semua seluruh dunia.

pendamic Covid19 telah menular sejak awal tahun 2020. dan semakin memuncak. semakin ramai dijangkiti

Apa Itu Covid19? 

Penyakit koronavirus (COVID-19) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus korona yang baru ditemukan.
Kebanyakan orang yang jatuh sakit dengan COVID-19 akan mengalami gejala ringan hingga sederhana dan pulih tanpa rawatan khusus.

ARA PENYEBARAN
Virus yang menyebabkan COVID-19 tersebar terutamanya melalui titisan yang terhasil apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin atau menghembuskan nafas. Titisan ini terlalu berat untuk terapung di udara dan akan segera jatuh ke atas lantai atau permukaan.
Anda boleh dijangkiti dengan menyedut virus tersebut jika anda berada berhampiran dengan orang yang dijangkiti COVID-19 atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut anda.


COVID-19 menjejaskan orang yang berbeza dengan cara yang berbeza. Kebanyakan orang yang dijangkiti akan mengalami penyakit yang ringan hingga sederhana dan pulih tanpa kemasukan ke hospital.

Gejala yang paling biasa dialami:
demam
batuk kering
keletihan
Gejala yang kurang biasa dialami:
sakit-sakit badan
sakit tekak
cirit-birit
konjunktivitis
sakit kepala
hilang deria rasa atau bau
ruam pada kulit atau perubahan warna jari tangan atau kaki 

Lindungi diri anda dan orang lain di sekitar anda dengan mengetahui fakta yang betul dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Patuhi nasihat agensi kesihatan awam tempatan anda.Untuk mencegah penyebaran COVID-19:
Bersihkan tangan dengan kerap. Gunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan berasaskan alkohol.
Kekalkan jarak yang selamat daripada sesiapa yang batuk atau bersin.
Jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda.
Tutup hidung dan mulut anda dengan siku anda yang dibengkokkan atau tisu apabila anda batuk atau bersin.
Duduk rumah jika anda berasa tidak sihat.
Jika anda mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, dapatkan bantuan perubatan. Telefon terlebih dahulu.
Ikut arahan pihak berkuasa kesihatan tempatan anda.
Tidak pergi ke kemudahan kesihatan jika tiada keperluan membolehkan sistem penjagaan kesihatan beroperasi dengan lebih cekap, dengan itu melindungi anda dan orang lain.
Hingga kini, tiada vaksin atau ubat khusus untuk COVID-19. Penyelidikan sedang dijalankan untuk mencari rawatannya dan rawatan tersebut akan diuji melalui kajian klinikal. Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Pengurusan Diri
Jika anda berasa tidak sihat, anda harus berehat, minum banyak air dan makan makanan yang berkhasiat. Duduk di bilik yang berasingan daripada ahli keluarga yang lain dan gunakan bilik mandi khas, jika boleh. Bersihkan dan nyahjangkit permukaan yang disentuh dengan kerap.
Semua orang harus mengamalkan gaya hidup sihat di rumah. Amalkan diet yang sihat, tidur, kekal aktif dan hubungi mereka yang tersayang melalui telefon atau Internet. Kanak-kanak memerlukan lebih kasih sayang dan perhatian daripada orang dewasa pada saat-saat yang sukar. Ikut rutin dan jadual harian sebaik mungkin.
Rasa sedih, tertekan atau keliru semasa krisis adalah normal. Berbincang dengan orang yang dipercayai, seperti kawan dan keluarga boleh membantu. Jika anda rasa semua ini terlalu membebankan, berbincanglah dengan kakitangan kesihatan atau kaunselor.

*sumber Google



Wednesday, September 28, 2016

Kemudahan OKU

Assalamualaikum

Ni Akak nak story sikit, tadikan akak ke bank sebab nak renew bank card. Nasib bank la tak ramai orang.ambil borang,isi.tunggu kejap panggil nombor.tapi masa akak nak hantar borangkan, kaunter tu tinggi la pulak untuk oku kerdil cam akak ni.huuuu

Punya la struggle akak  nak Isi borang,nak tap cap jari dekat mesin jari tu,terpaksa terjengket jengket kaki.huuu...abam kaunter dok tersenyum sengih tanya boleh tak? Of courselah BOLEH! Dah la orang ramai,akak wat dunno jela.

The POINT is now, PLEASE PLEASE PLEASE lah pada yang berkaitan tu fikirlah  orang OKU macam akak ni.Do something untuk orang macam kami.kami perlukan sedikit kemudahan.
kadang memang malas nak g bank or mana2 agensi yang tak ada kemudahan  OKU.

#OKU
#OKUOK

Cadangan: rendahkan kaunter
                  Sediakan Kaunter khas untuk OKU

Sekian


 


Thursday, September 22, 2016

Aku Redha

Monday, September 19, 2016

Faedah Pemegang Kad OKU

Bismillah.

hari ni saje je nak share kelebihan atau kemudahan bagi pemegang Kad OKU macam akak ni.
Akak baru je mohon bantuan untk OKU walhal kad dah lama ada sejak akak memula sakit dulu masa akak form 4 kalau tak silap.Tapi bantuan kewangan bulanan tu baru je akak mohon dalam 3 tahun lepas kalau tak silap.

Akak akan dapat RM350 setiap bulan.Alhamdulillah dapat lah menampung serba sedikit perbelanjaan.

Selain tu banyak sangat kemudahan dan pengecualian untuk pemegang Kad OKU ni tau. Contoh macam kalau nak buat passport FREE je ok dan banyak lagi.

untuk maklumat lanjut boleh baca kat sini . banyak sangat faedahnya,
Untuk Pendaftarab Baru pula boleh terus ke laman sesawang ni, atau boleh terus ke Alamat dibawah /call :

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 - 8000 8000
Faks : 03 - 8323 2045

Wednesday, September 7, 2016

Nestle Omega Plus

Bismillah..

Sejak masuk 3 series ni macam2 la penyakit yang datang.
Awal tahun hari tu, buat blood test sebab kena check up yearly kat HKT.Terkezzut mak bila dapat tau yang tahap Kolestrol ahkak tinggi. OMG!! takutnyaa tak sangka 'orang kecik' macam ahkak pon boleh kena kolestrol tinggi ni.Maklumlah masa kerja dulu asik makan je. Pagi nasi Lemak + Tea tarik tak pun roti canai milo tarik tapi paling best roti bakar ngan kopi ais.hurmmm

Tengah hari makan lagi.ba;ol rumah makan lagi.Patu tido.Tu je la yang ahkak buat weh..mmg padanlah kolestrol tinggi po. Berat badan pon nai berkilo2... dah gemuk.perut buncit,montot besaq mak aiiii.

Lepastu terus dapat kesedaran sivik.Terus search apa yang perlu ahkak makan (tengok makan ok makan) untuk kurangkan kolestrol degil dalam badan ni.Ok first ahkak minum Oat ni.beli kat Guardian.RM 50++ (kalau xder sale)...

Sempat la telan 2 tin, lepas tu ahkak surrender.sebab susah la nak kena bancuh minum ngan jus la, soya la agak cerewet (alasan)

Dan sekarang ahkak try minum Nestle Omega Plus pulak. baru je start minum awal bulan hari tu.So far ok la, rasa boleh ditelan dan yang paling penting xperlu nak bancuh ngan jus or mknn lain.
Hope sangat kolestrol jahat ni akan kurang huuu.



Selain tu ahkak amalkam makan kurma, kismis, kekacang, tuna, salmon dan minyak zaiton.
Satu je la yang malas nk buat.Senaman.huuu pemalasnyaa aku.

tu je nak share.pada adek2 akak2 abang2 jagalah kesihatan yer.makan ingat dunia tau.kurangkan pengambil lemak.

xoxo
eiydamohd


Wednesday, August 31, 2016

Merdeka

Happy Merdeka Day Malaysia!
dah 59 tahun kita Merdeka, tapi MERDEKA KAH kita? tepuk dada tanya akal. fikir.Adakah kita betul2 tidak dijajah lagi?

Salam Merdeka

xoxo

31082016
10 PM

Tuesday, August 23, 2016

Hampir dua tahun

Bismillah..

 Dah hampir dua tahun aku tak bukak blog ni.Bukan setakat berhabuk tapi dah bersawang da naik hantu .
Sekarang baru rasa nak buka blog ni.Tak tahu nak taip apa.
Nanti bila rajin dan ada kelapangan akan daku sambung berblog kembali.kena asah balik skill nak edit blog ni.Dah banyak lupa. nasib la url blog ni tidak kulupa heeee,


k lah sayonara

xoxo

eiyda mohd 

Wednesday, December 17, 2014

Bulan akhir 2014

Bismillah

Pejam celik2 lagi dua minggu nak masuk tahun 2015.

Tahun 2014 banyak memberi aku pengalaman baru dalam hidup.dulu aku kerja sendiri.tapi tahun 2014 aku bekerja dengan orang.dan majikan aku? Hurmmmm xpayah lah cerita kot kan.yang penting bulan 10 hari tu last aku kerja ngan dia.aku dibuang kerja atas sebab dia xmampu nak bayar gaji.huuuuu.dah xder rezeki aku kan

Now aku dok kat kg.umi abah ada kat sini.xde keje.makan tido tu je lah.naseb along ada balik cuti sekolah.boleh la jugak sakat2 anak2 buah.xde lah aku mati kebosanan.

Ni dah terfikir nanti bila semua dah balik.da habis cuti.aku nak dok kg ke nak balik kemaman? Huuuu i need a new job.sobs....

Semoga tahun 2015 memberi aku rezeki kerja.kerja yang sesuai dengan aku.InsyaAllah.

Wassalam.

Tuesday, November 25, 2014

Bila Jadi Surirumah

Bismillah

Dah hampir sebulan aku tak kerja.tapi rasa macam dah banyak bulan huuuu.
Nak kena cari kerja jugga ni.asik terfikir ada ke orang nak ambil aku ni bekerja.yela aku ni kan berstatus OKU.
Bidang yang aku minat macam admib ke kerani ke.aku suka la.kalau dapat Alhamdulillah.

Semoga dipermudahkan Ya Allah.gaji kecik xpe la janji aku ada kerja dan paling penting ada gaji bulan2.

Sampai bila nak harapkam orang kan.i need to berdikari.kena buktikan yang OKU macam aku ni pn boleh bekerja dan tanggung diri sendiri.

Doakan aku ek.

Wassalam....

*Taip guna note3 je ni.kalau ada typo sorry lah yek.*

Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Bismillah..

Dah lama sangat tak berblog dengan serius.huuu sejak cc dah tutup ni memang jarang dapat online secara bebas.maklumlah siang keje xleh boleh nak online sangat. Nak menaip pon xder masa.balik kerja dah penat memang tak la nak menaip bagai ni.
Raya dah pun masuk minggu kedua. Tak terlambat lagi kot nak ucapkan Selamat Hari Raya kat Korang yang baca blog ni (eh ada ke yg baca? Kah3)
Ni pon taip guna ipad. Jarang jugak guna ipad ni. Almaklumlah internet xder. Dulu blh la internet free kauu bebas. Huuu

Kejap je kan raya tup2 dah masuk 2 minggu. Ada cerita sedih 2 hari sebelum raya.. Erghhh namo lah ingat tp akan diingat jugak. Adesss ok forget it anf forgive it.hummm

Ok lah selamat hari raya dari ku and family


Wassalammm