Bismillah...
Alhamdulillah kita sampai ke minggu kedua Bulan Ramdhan. Hari ni 1 Ogos 2012 bersamaan 12 Ramadhan.. syukur padaMu Ya Allah...
Cinta....
apa itu cinta? cinta pada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada manusia.. mana yang lebih penting?..
Baca kat bawah ni.. sumber dari :
Blog Tentang Cinta
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan
cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi
adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin
berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke
dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula
dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan
akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan
Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta
sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia
menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan
dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk
dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan
cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik
malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari
diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang
dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai
dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini
menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin
menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa
membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu
dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan
cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu
dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,
berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih,
tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu
ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu
kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka
yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta
itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana
anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana
bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.
Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat
silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak
cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta
itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu
walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.
Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan
melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah
mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka
percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia
mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila
dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang
dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat
sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
Allahhu Rabbi... Cinta kepada Allah dan Rasul adalah sebaik-baik cinta...