Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Monday, March 31, 2014

Holiday ke Kuching Sarawak

Bismillah

Berakhir sudah percutian aku bersama keluarga ke sarawak. Seramai 17 orang, 3 family. Selama 4hari 3 malam.

Tiket flight aku booking bulan ogos tahun lepas. Masa tu MAS ada buat promotion. Tiket dari KLIA ke Kuching murah masa tu. So aku terus call umi, along ngan pak cik aku, dorang semua setuju nak g kuching. Aku terus booked untuk 16 orang. 4kanak2 12 dewasa dan 1 baby.

Tiket dari kuantan ke klia, klia ke kuching return. Semua sekali dalam RM450 for 1pax.murah la kan.
Homestay pulak aku search dekat google. Mula-mula cari hotel, bila dihitung kira macam mahal la pulak untu 3 family selama 4 hari. So aku search pula homestay. Jumpa satu ni Nadin's homestay. Bila aku tengok2 n bincang2 aku amek satu banglo kuning ada 3bilik air, 3 bilik double ada aircond dan 2 bilik single ada kipas Rm350/malam.ok lah kan. Bahagi dengan 3 family. Banglo tu besar, luas, selesa sangat kalau dok ramai2 dan ada disediakan tempat memasak.ok terus deal.

Lepastu kena cari transport pula. Pemilik homestay bagi aku no whatsap car rental kat sana. Fauzi car rental.dia yang wassap aku dulu, bincang2 dalam wassap transport mana yg sesuai untuk muat 17 orang ni. Kalau sebuah jek memang tak muat. So dorang cadangkan amek satu van toyota hiace dan satu kereta. Dorang bagi crv auto. Van+tours guide+kereta RM850.00 untuk 3 hari termasuk pick up dan hantar ke airport. Kereta dorang tinggal kan dekat homestay. So mudah kalau nak ke mana2 malam2. Ok aku deal. Selesai semua urusan.

Day1 rabu 26 mac 2014

Naik flight di kuantan pukul 6.40 pagi dan sampai kat KLIA pukul 7.25 pagi.sarapan dulu dekat cafe KLIA sementara tunggu flight ke Kuching pukul 9 .45 pagi. Semua beg da checkin siap2 kat kuantan so mudah la. 
Sampai kat kuching pukul 1.45tgh hari. Transport datang pick up dalam pukul 2 lebih. Singgah lunch dekat waterfront kuching lepastu terus ke homestay. Berehat mandi solat. Malam lepas maghrib driver datang pick up untuk makan malam di tepi sungai.malam tu aku makan mee kolok sup. yummm sedappp dan makanan kat sana xmahal.
              
                   

Jalan2 tepi2 sungai tu ada org berniaga.sempat lg shopping sikit walaupun badan penat mata mengantuk gila. Yer la pgtu bangun pukul 3 pagi kot. 

Day2 khamis 27 mac 2014

Hari kedua dalam pukul 9 pagi selepas sarapan di homestay, menu nasi lemak, kuih 2 jenis dengan air teh dan kopi RM6 satu kepala order dengan pemilik homestay. Terus bertolak ke muzium sarawak, dan ke muzium kuching. Lepas makan tgh hari ke taman budaya. Tapi kecewa tak boleh masuk sebab keadaan cuaca tak mengizinkan. Ada pokok tumbang dalam tu. So terpaksa pospone esok.tukar plan. Kitorang pergi pasar satok shopping ikan terubuk dan seafood skit. Lepastu tu ke kedai kek lapis zaharah. Borong kek lapis la pulak.kenyang kot dok makan kek lapis kat kedai tu. Heee paling best mable cheese pergh. Selesai order kek lapis kitorang singgah solat dulu sebelum sambung shopping di waterfront.

                             

Balik ke homestay pukul 6 lebih dah. Sarawak masa cepat 40 minit kot dari semenanjung. Malam kami tak keluar dinner. Buat BBQ kat homestay. Naseb kat situ semua ada.kedai runcit pon depan homestay jek, senang nk bl barang. Bakar sotong,udang dan ikan. Berbbq di kuching gitu heee.

Day 3 jumaat 28 mac 2014

Last day untuk berjalan-jalan di kuching hari ni. Pukul 8.00  dah gerak. Singgah sarapan dulu di bammers restoran. Aku makan laksa sarawak. Seriusss sedap gilaaaaa... Ada yg makan mee kolok goreng, roti canai, mee jawa, nasi dagang, nasi kerabu pun ada. Harga standart RM5 keatas satu pinggan. Banyak kuantiti dia.
Lepastu terus bertolak ke taman budaya aka culture village. Sambung yang semalam sebab tak jadi. Masuk dalam tu jalan- jalan dr satu rumah ke rumah. Oh ya tiket nak masuk bagi:  

dewasa Rm60.00
warga emas Rm30.00
kanak2 bawah 12 tahun RM30.00
student yang bawa matrik kad RM15
OKU FREE aku lah tu heeee

Dalam 3 jam jugak kot dok dalam tu.pukul 11.30 tengoh persembahan kebudayaan, lepastu sambung jalan-jalan dalam tu. Solat zohor. Keluar dan lunch kat situ. Ada tempat makan luar dari taman budaya. Sebab perjalanan ke taman budaya makan masa hampir 1 jam la jugak dari bandar kuching.

Lepas makan bertolak kebandar kuching. Sambung lg shopping dekat waterfront otw balik ke homestay destinasi rutin bak kata fahmy, tour guide kitorang apa lagi kalau bukan di tugu kuching di tengah2 bandar kuching. 

                           

Posing2 lepastu balik ke homestay. Mandi solat, pack barang sebab esok flight awal pukul 6.00 pagi. Pukul 4.30 mmg dah kena gerak ke airport dah.
Malam keluar sendri makan malam di village barok. Kami makan nasi dengan hidangan lauk pauk. Ada sup tulang, ayam pansuh, tomyam, sayur campur dengan telur dadar.dah kenyang jalan2 sekejap di tepi sungai.n balik ke homestay.

Day4 sabtu 29 mac 2014

Pukul 3 pagi dah bangun. Mandi siap2. Pukul 4.30 van sampai terus ke airport. Print tix, check in barang lepastu print tiket KL kuantan terus. Hampir2 nk tertinggal kapal terbang hhehehe lawak pulak rasa. Gara2 urusan check in lambat.orang ramai.

Alhamdulillah selamat sampai di KLIA jam 7 pagi naik flight ke kuantan pukul 9.05 pagi. Sampai di kuantan pukul 10.00 pagi sebab flight lambat tunggu turn berlepas.

Sampai kuantan along terus balik ke johor, pok din (pak cik aku)  balik ke kuala terengganu. Phewww rasa cam tak puas jek jalan2 kat kuching huuuuu nak pergi lagi la kalau ada rezeki. Alhamduliilah syukur first time aku handle trip ni. Dari urusan booking tix, transport dan penginapan aku yang handle. Misi berjaya!!! Heeee

Pada yang teringin nk ke kucing tu

Booking tix time ada sale/promotion. Aku pilih MAS sebab sangat selesa berbaloi la dengan harga tiket.beli online kena ada creadit card la yer.
Homestay/hotel boleh google. Nak homestay yang  macam aku sewa ni? Boleh google Nadin's homestay. Ada banyak pilihan homestay dr kecik hingga besar.
Transport pon boleh terus tanya pada pemilik homestay dia akan tolong. Pemiilik homestay beragama islam.Hj. zawawi.

Note: tahun depan kemana pula yer?. Tunggguuu 
                                              

Tuesday, March 25, 2014

Akhirnya setelah 17 hari hilang tanpa kesan pesawat mh370

Bismillah.

Finnaly semalam PM kita datok Najib tun abd razak sudah pun mengumumkan berakhirnya pesawat mh370 di lauatn hindi. Innalillah... Kalau ini takdirnya kita kena terima. Semoga roh meraka aman disana. Redha dan kuatlah wahai ahli keluarga percayalah pada ketentuan Allah. Ada hikmah disebalik semua ini. Jangan salahkan sesiapa. 

RIP mh370 

7 mac 2014- 24 mac 2014

Wednesday, March 12, 2014

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370

Bismillah

Assalamualaikum.

                       

Kita masih tertanya-tanyakan kemana hilangnya pesawat mh370 yang terbang ke beijing hilang sejak 7mac yang lalu.

Penerbangan yang memuatkan seramai 270 orang penumpang dan 12 uanak kapal termasuk 2 orang juru terbang yang dikatakan hilang lenyap dari radar selepas 2 jam bertolak dari landasan KLIA. Pesawat yang terbang pada jam 12.40 pagi itu dikatakan hilang pada jam 2.40 pagi di laut china selatan.

Hari ini sudah 5 hari berlalu dan pewasat mh370 masih tidak ditemui. Semakin banyak cerita dan spekulasi yang timbul. Bermacam-macam andaian, rekaan dan penipuan berlaku di media sosial terutama di FB dan jugak Twitter. begitu juga dengan wechat serta whatsap group. Terlalu banyak cerita rekaan yang dibuat oleh orang yang tidak bertanggungjawab.berbagai usaha juga telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Ramai yang turut membantu, dari china, singapura dan ammerika syarikat. Semua masih bertungkus lumus dalam misi menacri pesawat mh370 ini.

                        



Semoga cepatlag pesawat ini dijumpai dan hentilah menyebar berita yang tidak sahih. Fikir lah perasaan ahli keluarga yang terlibat. Mereka dalam keadaan tertekan sekarang.
Mari kita berdoa dan terus berdoa semoga ada jalan keluarnya nanti. Doa usaha dan tawakkal.


Semoga ahli keluarga yang terlibat tabah dan terus berdoa. Kuatkan hati dan bersedialah untuk menerima apa-apa berita sekalipun. Baik atau buruk itu semua kuasa Allah. Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Doa merupakan senjata orang mukmim, orang2 yang beriman kepadanya.

                                 


Sidah bermacam- macam usaha yang dilakukan termasuk solat hajat dan sebagainya. Semoga Allah beri petunjuk. Jika dilangit turunkanlah, jika di air timbulkanlah jika di darat tunjukkanlah. Alfatihah buat semua mangsa mh370. 

Wassalam.