Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Wednesday, February 12, 2014

Bila masuk 30-an

Bismillah..
Assalamualaikum..

Auuwww tajuk tak boleh belah sangat. Heeee sekarangkan aku da pun masuk alam 30-an katanya. So kadang rassa macam alamak! Aku da tua la.. Bukan golongan muda mudi lagi. Hahha poyo sangat right. Ada yang kata umur it just number beb no worries la, happy enjoy u'r life la kan. Tapi bagi aku bila da menginjak umur 30 ni da dikira matang. Matang dari segi perangai, life, cara berpakaian, cara berfikir dan semua lah. Itu semua mempengaruhi tahap umur kita kan.

Umur da 30 tapi still membujang. Arghhh zaman sekarang ni orang da tak hairan kot. Ada yang umur 40 pon bujang lagi, belum sampai seru katanya. Mungkin juga kan. Bila aku kerja ni, hari- hari akau dapat tengok pemandangan ibu bapa muda yang ada baby, ada anak-anak. Aku anggarkan mereka lebih kurang sebaya akua tau kurang, mungkin jauh labih muda dari aku. Ada la sedikit rasa jeles disitu. Iyalah cemburu melihat mereka mempunyai keluarga bahagia, ada anak ada suami. 

Ahh tapi bila difir secara waras dan logik akal serta ketentuan dari Maha kuasa aku rasa ini lah yang terbaik buat aku. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.mungkin kita rasa itu yang terbaik, tapi Allah Maha mengetahui. 

Umur dah masuk 30 pun tapi aku rasa tak banyak perubahan pada diri aku. Am still same person. Tengok muka, kulit, semua macam samaaa jek heeee..tapi tu la sejak dua menjak ni badan selalau rasa. Xbest je. Hari tu aku kena batu karang, menggelupur aku tahan sakit.  Bila pergi hospital, buaturine test doc sahkana ku ada batu karang. Hurmmm.sejak tu aku mula tak sedap badan, lenguh la, sakit perut la, sakit mulut la, selera kurang, macam- macam lah. Mungkin juga sebab cuaca yang berubah-rubah. Hari tu bukan main lagi sejuk dingin macam tinggal dekat oversea dah. But now perghh so hot. Kering kontang, shine bright like a diamon giteww.dugaan dari Allah kan. Tula bila sejuk merungut, panas pun  nak merungut. Dasar tak bersyukur punya manusia.hohoho.

Hope sangat walaupun umur dah menjangkau 30 tahun, aku diberi kesihatan yang baik.nk telan macam2 suppliment pon macam xlarat dah.ambil vit-c shaklee pun aku jarang makan. Sejak knbatu karang aku stop jap. Aku takut sebab bila mkn vit tu kena minum banyaka ir. Mungkin aku kurang minuma air so terjadilah batu karang. 

Kena jaga kesihatan lebih lagi ni. Minum air banyak-banayk sampai kembung. 

Wassalam
Eiyda mohd
12214
1.34pm
Rabu

Saturday, February 8, 2014

Tahun baru semua baru.

Bismillah..
Assalamualaikum..

Ya Allah lama sangat aku tak update blog ni. Dah bersarang labah- labah. Akhir tahun 2013 banyak hal yang tak disangka berlaku. Tak tahu mana nak mulakan dulu ni. Tarik nafas, lepas. Hurmmm

Akhir tahun lepas, tanggal 3 dis 2013 kemaman tempat tinggal aku ni mengalami bencana banjir yang amat dasyat. Pakcik makcik orang lama disini cakap, fenomena banjir lagi teruk dari tahun 1972 kalau tak silap aku. Sangat- sangat besar dugaan dari Allah untuk kami warga kemaman.

                                               

Rumah aku memang boleh dikatakan total lost. Perabut semua rosak. Allahu.. Kami reda dengan ujian MU ini. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Bulan rumah aku je yang terjejas, kedai aku pun turut terkena tempiasnya. 

Kejadian banjir tahun lepas yerjadi dengan sekelip kata dan tak disangka- sangka sampai ramai yang tersekat, kereta tenggelam, tak sempat selamatkan harta benda tapi Alhamdulillah tiada nyawa yang terkorban.itulah hikmahnya.

Aku seperti biasa semacam dapat menghidu banjir kali ni. Aku siap-siap beli banyak palstik heavy duty untuk simpan pakaian. Malam tu balik keje terus packing mana yang patut, lepastu terus tinggalkan rumah. Harta boleh dicari, selamatkan nyawa dahulu.

Kali ni air naik memang dalam sangat. Satu kemaman ni lumpuh, ada jambatan yang runtuh, bangunan yang retak. Air dalam rumah akau kira-kira 6 kaki lebih.

Walaupun kejadian banjir ni dah 2 bulan berlalu, tapi masih ada barang yang masih tak berkemas dan di cuci. Sedih memang sedih tapi kalau ini dah takdirnya kita kena juga terima. Alhamduliilah kehidupan kami diteruskan seperti biasa.

Cc aku pon teaksa ditutup. Mungkin setakat ni ajelah rezeki aku kan. Aku reda dalam sedih. Huuu.sekarang kedai aku da dia bil alih oleh orang lain. Jalankan bis lain. Bis pakaian dan tudung, tapo Allah masih sayangkana ku. DIA bagi keseatan pada akau untuk bekerja di sini lagi walaupun bidang lain. Terima kasih. Ya Allah.aku bersyukur dengan semua ini.mungkin. Ini hikmahnya untuk aku.

Dah nak masuk bulan kedua aku bekerja baru.semua berjalan lancar, walaupunada mulanyaa kaua gak kekok.yer la keje mfengadap pc dengan mengadap manusia ni lain kan. Aku kn banyakkn bercakap. Hiks aku kn pendian skit dan pemalu gitu.. Huuuuuu

Nak online selalu macam dulu pon da susah.oh yer aku pon da masuk 30 tahun awal tahn hr tu. alhamdulillah Allah masih panjangkan usiaku.

Ok lah nnti ada masa aku coretkan lagi.
Wassalamm

Eiydamohd
080214
1.28pm
Sabtu