Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Monday, January 30, 2012

Result Darah

Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi tadi ke klinik dengan abah. Sebab umi pergi usrah dengan kawan dia. So, abah la yang temankan aku g klinik.. heee da tua2 pun abah jugak teman kan..heee..


lam,a jugak la menunggu tadik... sampai klinik dalam pukul 10.15 macam tu. Dapat jumpa doc dah dekat pukul 12.. penat menunggu weh... Tujuan g klinik tu sebab nak amek result darah yang 2 minggu lepas punya.


dapat result,doc cakap heamoglobin (hb) darah aku terlalu rendah.. 73 sahaja.. kalau normal 115-165. Doc cakap lagi, ni boleh buiat awak pitam atau pengsan. Result darah lain, calsium, tiroid semua normal. Alhamdulillah.. Jadi memang sah la aku sering pening2 sebab darah aku kurang sangat..
result darah

Doc suruh pilih nak g hospital masuk wad+tambah darah atau pun makan jek vitamin(obimin) tu. kalau rasa macam ok dengan makan obimin je tak perlu la g hospital. So, aku pilih la makan obimin dulu.. tengok dulu macam mana, kalau tak banyak perubahan, aku g la hospital. Doc pon macam tak galakkan aku masuk darah lagi.. huhuh.. naseb baik.. malas aku nk dok wad wei.. tak sanggup -..-

Doakan semoga aku sihat2 sahaja ok... dan bertahan dengan makan vitamin ni.... doc tanya aku diet ke? huhuh mana ade doc.. aku tak diet, cuma akau makan sikit selera kurang kot..huhuhu..so doc sarankan aku makan banyak protien ikan, ayam, hati, kerang... huhuh ok doc...

ok la.. wassalam..






Sunday, January 29, 2012

Senarai Lagu Yang Tercalon Dalam Anugerah Juara Lagu ke 26

Bismillahirrahmanirrahim...



Ok.. malam ni akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 26. di TV3..#AJL26 kali ni menampilkan 12 lagu yang akan tercalon..Tema pada malam ini ialah AIR... so kita tengok macam mana la persembahan artis2

  1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
  8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
Yang merah tu lagu yg aku sokong menang la malam ni.... hope sangat la lagu Sedetik tu menang... walaupun bukan Anuar zain kesayangankuh yang nyanyi ..huhuhu...korang agak2 siapalah yang bakal menjadi JUARA lagu untuk kali ni? macam tahun lepas kan.... keputusan yang agak mengecewakankan lah bagi aku.. heeee.. hope kali ni tak kecewa dah.... ;p

ok babai... selamat menonton ok malam ni.. di TV3.. pukul 9 malam..

Saturday, January 28, 2012

FlashMob At KLIA

Bismillahirrahmanirrahim..

Today just nak share ngan kengkorang vid flashMob kat KLIA ni haaaa... enjoy it ok my pwensss...


Wednesday, January 25, 2012

Cuti Balik Kampung



Bismillahirrahmanirrahim..

hello.. setelah 3 hari bercuti skang da kena kerja balik.. sumpah malas weh.. hohoho tak apa2 esok da khamis, pastu jumaat aku cuti lagi miahahahha.. *dasar pemalas*..

Sepanjang 3 hari balik kampung memang tak membazir masa lah gwa cakap sama lu! hahhaa.. hari pertama tu lepas asar gitu, kitorang ke rumah mak cik.. pergi melawat atok.. dah dekat 2 bualn tak tengok atok.huhhu Alhamdulillah atok sehat jek.. tapi tu la sehat2 orang tua kan.. bangun, makan, solat pastu tido balik...

hari kedia tu, kitorang pergi umah sepupu tengok baby dorang... best pak cik aku dapat 2 cucu sekaligus dalam tahun yang sama dan dedua girls.. sorang nama Dhia Tihani lg sorang Damia Arissa.. so sweet n comey ok... petang lepas asar ke kebun abah... kutip2 buah rambutan ngan adek2 ngan anak2 buah.. seronok sangat. dah lama ni tak rasa suasa kampung back to nature bak kata oang puteh..kofkofkof... buah cempedak pon ade jugak.. durian lak l0m luruh time pergi tu... huhuh...

hari ketiga hari last tu lepas subuh kami ke air terjun belukar bukit dekat kuala berang... pergi ngan family pak cik.. banyak lak makanan.. umi masak ayam masak merah, mak su buat nasi daging , Tah pulak buat nasi goreng.. berpiknik reramai.. dah lama giler ok tak berpicnik macam ni.. seronok sangat!


Air sejuk giler wehhh mandi sekejap dah bergegar bak kata anak buah aku..hahahha.. memey sejuk tahap beku la tulang2 ni... walopon cuaca panas.. tp berendam lam air yg very the cold mang la best... pastu skang muka da mula merah2 sebab panas.. pastu bibir pon da mula merah dan merekah. perghhh.. ni xsuka ni..

petang tu balik... lepas maghrib n makan malam gerak balik sini dah... sampai dalam pukul 12 lebih gak... mengantuk tahap cipan wehhh tak cakap banyak dah.. sampai jek... salin baju terus terbongkangzzzzzzz... sedar2 pukul 6.30 pagi kejutkan adek g skolah.... n kol 9 mandi siap2 g keje... hayooo manyak malas wooooo


p/ s: gambar akan diupload semula.. lupa nk amek MMC dalam DSLR heeee

Saturday, January 21, 2012

Azean Irdawaty Tidak Meninggal Hanya Rumors Di Twitter

Bismillahirrahmanirrahim..


Huhuhu.. rasa bersalah sebab tadik ada Rt tweet sorang artis ni yang mengatakan artis veteran kita Seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia. Memang terkejut la kan.. Semalam baru je kita kehilangan seorang artis lelaki muda iaitu Izwan Filus Bintang RTM tu kan.. Arwah katanya terkenan jangkitan paru2 dan air kencing tikus. huhu Innalillah dan Al-Fatihah buat arwah... Amin..

Kes Azean Irdawaty ni rupa2nya Rumors sahaja.. ya Allah.. berdosa lak rasa sebab telah terfitnah dekat twitter.. tula.. main RT jek tak siasat dulu.. huhuh

Ini tweet dari anak perempuan kak Azean dekat twitter... Alhamdulillah... Azean Irdawaty sehat2 sahaja....sapa lahh yang memula menyebarkan Rumors ni... soal mati pun nak main-main.. huhuhu tak patut betul. Doakan orang cepat mati...

Gambar ni aku cilok dekat oh!Artis dekat facebook... see.. kak Azean sehat jek... siap senyum lagi tu....Mari kita doakan semoga kak Azean Irdawaty sentiasa sehat...

wassalam..

Wednesday, January 18, 2012

#27 Wordless Wednesday-DOA

Bismillahirrahmanirrahim...


Doa Dijauhkan Dari Penyakit/ Wabak..


klik pada gambar untuk tumbesaran
wassalamm

Sunday, January 15, 2012

Ombak Rindu Instruments

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni agak sehat dari semalam.Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah...
Tapi xboleh nak mengadap monitor sangat, sebab akan pening kepala ni.. huhuh tadik nk taip kasteme punya kerja pun rasa berpusing kepala otakku.. huhuhu.. masalah apa entah.. esok la g klinik ngan umi.. -..-.. masalah kepala ke.. mata ke kurang darah ke.. aku pun tak sure,...hurmmm...

Juz nak share satu vid instruments ni, aku jumpa dekat utube beberapa minggu yang lalu.. best sangat... merdu...

oklah.. layannnzzzzz

Ombak Rindu Instruments





ok.. babai..
wassalamm..

Saturday, January 14, 2012

Kesihatan Kurang Baik..


Bismillahirrahmanirrahim..

Hai semua.. huhuhu. hari ni sumpah tak larat sangat. tapi jari still larat menaip dan still boleh bekerja. walaupun kepala tersangatlah ting tong pening. rasa berat je kepala ni. kenapa la ek.. sejak dua menjak ni asek pening aja kepalani. nak tidur,bangun tidur, time nak menunduk, mendongak, nak jalan pun kadang-kadang terhuyung hayang.

Lagi satu cepat sangat mengah, penat dan rasa nak pitam kalau banyak sangta berjalan. Oh Ya Allah.. kenapa dengan aku? huhuh
Macam-macam aku tengah fikir sekarang, apa sakit aku? aku risau kalau2 aku mengidap penyakit yang merbahaya. YaAllah jauhkanlah aku dari segala penyakit yang merbahaya..huhuh

Takut jugak penyakit aku yang dulu datang balik. Da 10 tahun penyakit aku yang dulu tu dah ok.Tapi sejak akhir tahun hari tu, aku mula rasa simptom-simptom sakit yang dulu. Nampaknya aku kena ke klinik juga ni check darah, mana tau kot2 ada penyakit lain. aku risau sangat ni. Aku da tak nak menyusahkan umi ngan abah lagi. Cukup-cukup lah. huhuh.. Ya Allah tabahkan hatiku, jauhkan aku penyakit-penyakit yang berat Ya Allah.. :'(

Doakan kesihatan aku yer kawan-kawan.Esok akau akan ke klinik, nak check apa yang tak kena ni. huhhu.. Hope xder pape lah... :)
Sakit tu kan Penghapus Dosa-dosa kecil. Mungkin aku banyak dosa kot. huhhuhu.. Aku Redha Ya Allah... kuatkan aku..

p/s: Antara yang aku rasa sekarang:

*pening
*mual (kadang2)
*cepat penat
*cepat mengah
*nafas pendek
*mata silau
*kebas2

ok babai...

Thursday, January 12, 2012

Facebbok & Twitter Aaron Aziz



Bismillahirrahmanirrahim..

Ini entry laju-laju b4 balik. hee dah pukul 6.45 kot.. baru dapat idea nak taip entry hape. ceh kau kan.. huuu. nak sharing is caring beberapa fanpage, twitter acc dan Fb acc my lovely actor forever Arron Aziz. hee..

Facebook

1) Facebook Aaron Aziz
2)
Fanpage Aaron Aziz
3)
Drive M7

Twitter

1)
Aaron Aziz
2)
Aaron FC
3)
Aaron Lovers
4)ILoveAaron

aaaa.. ni jek la yang aku tahu dan follow buat masa ni... pada korang yang tau lain2 tu sila bagitau opk.. tapi namo la yang fake ok.. heeeee... Sekarang nybe Aaron n wifenya still berada di Tokyo japan.. atas urusan tajaan Drive7

Nah ambik, satu pic Aaron bersama wife kesayanaggnya yang sangat lah gojes u know! heee

Wednesday, January 11, 2012

Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011


Lima Teratas calon ABPBH11

Penyanyi lelaki:


1 – Faizal Tahir

2 – Anuar Zain<---- sokong

3 – Aizat

4 – Hafiz

5 – Black

Penyanyi wanita:

1 – Najwa Latif

2 – Yuna

3 – Stacy<---sokong

4 – Alyah

5 – Shila Amzah

Artis duo/berkumpulan:

1 – 6ixth Sense

2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

3 – Meet Uncle Hussain/Hazama <---sokong

4 – Bunkface

5 – Forteen

Artis baru lelaki:

1 – Johan Ariff As’ari

2 – Hazama

3 – Awi Rafael

4 – Aeril Zafrel

5 – Beto Khusyairi <--- sokong

Artis baru wanita:

1 – Tasha Shilla

2 – Najwa Latif

3 – Neelofa <--- sokong

4 – Nur Fathia

5 – Izara Aishah

Pelakon filem lelaki:

1 – Aaron Aziz <-- sokongx3 ;p

2 – Shaheizy Sam

3 – Adi Putra

4 – Syamsul Yusof

5 – Bront Palarae

Pelakon filem wanita:

1 – Lisa Surihani

2 – Maya Karin <---sokong

3 – Diana Danielle

4 – Yana Samsudin

5 – Eja

Pelakon TV lelaki:

1 – Aaron Aziz <---sokong

2 – Adi Putra

3 – Remy Ishak

4 – Fizz Fairuz

5 – Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita:

1 – Fasha Sandha

2 – Tizz Zaqyah

3 – Scha Alyahya

4 – Nora Danish <---sokong

5 – Rozita Che Wan

Artis komedi lelaki:

1 – Zizan Razak <---sokong

2 – Johan

3 – Nabil

4 – Along Cham

5 – Afdlin Shauki

Artis komedi wanita:

1 – Noorkhiriah <---sokong

2 – Sharifah Shahira

3 – Didie Alias

4 – Kenchana Dewi

5 – Alliza Abdullah @ Enot

Pengacara TV lelaki:

1 – Aznil Nawawi <---sokong

2 – Faizal Ismail

3 – Ally Iskandar

4 – Awal Ashaari

5 – Zizan Razak

Pengacara TV wanita:

1 – Fara Fauzana <---sokong

2 – Cheryl Samad

3 – Sharifah Shahira

4 – Raja Azura

5 – Nurul Syuhada

Penyampai radio lelaki:

1 – Faizal Ismail <--sokong

2 – Aznil Nawawi

3 – AG

4 – Halim Othman

5 – Khairil Rashid @ Krill

Penyampai radio wanita

1 – Fara Fauzana <---sokong

2 – Linda Onn

3 – Raja Azura

4 – Abby Fana

5 – Sharifah Shahira


Suber di ambil dari Blog BUDIEY

#26 Wordless Wednesday-Present

Bismillahirrahmanirrahimm..

Ini antara yang aku nak sangat sebenarnya... heee and my wish di makbulkan.. Thanks pada yang bagi as a birthday present. dah ada sebenarnya dulu.. tapiii.. hilang entah kemana.. huuuuu...

wassalam...

Tuesday, January 10, 2012

Aaron Aziz Cedera Di Set Pengambaran KL Gangster 2

Bismillahirrahmanirrahim.....

Salam... haaa hari ni hujan woo woo sejuk bangat! aku suka... heeeee.. dah la hari ni aku pakai baju kurung polka dot dot dot com gitu.

Semalam dapat berita yang Abang Aaron kesayanganku cedera di set pengambaran KL Gangster2!! huwaaaaa :( hope cepat lah pulih yer Abang Aaron...

Baca entry dalam blog hiburan kegemaran ku iaitu Beautifulnara.

Kecederaan akibat Aaron melakonkan sendiri aksi dalam filem KL Gangster2 menerusi adegan pelanggaran kereta. Aaron telah di masukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan dan diberikan 3 kali suntikan.


Nasib baik tak cedera teruk ok.. setakat luka-luka dan lebam-lebam sahaja.. Get well soon ok. Abang Aaron kuh... giteww.. hahahah...


pic kredit to beautifulnara

Kena cucuk kat bun-tuttttt tu.. hahhaa.. sapa lah doc yg mencucuk aaron tu agak2.. ;p

Ok lah.. hope Abang Aaron Aziz kesayangan ramai ni cepat sembuh ok.. tak sabar nak tunggu kemunculan Filem KL Gangster 2 ni... hidup Abang Long Malik!!

p/s: semalam kan dapat pezen from someone... Novel Ombak Rindu.. hee suke2... bila baca dok bayang2 la watak Maya ngan Aaron dalam Filem tu.. wahh ini makin best... heee

Ok babai... wassalam...

Labels:

Monday, January 9, 2012

Tukar

Bismillahirrahmanirrahimm..

Hai.. hari ni cuaca sejukkk.. mendung dan hujannn.. grrrr menggigil neh huhuhu...
Sebenarnya, nak bagitau yang mulai hari ni akan menggunakan ' aku' as a panggilan diri. eh betul ke tu? kata nama diri la senang. 0_- ..serius weh tak tahu nak guna ayat apa. hohohoo.. tu la SPM dulu BM dapat berapa ek? 4 kot teehee..

Guna 'AKU' la macam senang n sempoi sikit kan... lepas tu url blog pon da ditukar seperti sediakala dulu. Tak guna co.cc dah.. macam tak mesra rakyat je kan. So tukar kepada www.stoberycoklat.blogspot.com balik macam 2 tahun lepas.huuuuu.. dan telah menukar template blog jugak. Dalam perancangan nak suruh someone buatkan temple sdn. bhd punya berbayar la tapinya kan. Dia cakap kena tunggu after 20hb ni sebab banyak kot tempahan yang masih menunggu giliran. Ok. am waiting...

Lepastu jugak ingat nak beli domain la, tak kisah la com ke, com.my ke apa ke janji berbaloi la.. dan dalam angan2 jugak ni nak jadi blogger berjaya macam Kak Yan ni.. hebat tau akak ni.. saya sangat jeles.. heeee

Ok la itu sahaja buat masa ini. Dan jugak akan sedaya upaya tidak typo lagi masa menaip.huhuhu (ini memang susah nak elakkan) dasar jari kontot macam ni lah kan. kah3...

babai.... wassalamm

Sunday, January 8, 2012

Master Chef Malaysia Final

Bismillahirrahmanirrahim


Halo.. malam ni jangan lupa tau saksikan episod Final Master Chef Malaysia musim pertama ek... antara Ezany seorang doktor gigi berusi 26 tahun atau pun Wahidan seorang pekebun berumur 42 tahun yang berasal dari Sabah yang akan bergelar Juara Master Chef Malaysia Musim Pertama ni... jeng3....

Bagi i, dedua tu sama hebat...so kita tengok jek laaa mereka berentap mlam ni di Astro Ria jam 9.00 malam... mereka di kehendaki menyediakan Santapan Terakhir buat 40 tetamu..

Sebenarnya i ni sokong Zamir..hee tapi xder rezeki diakan.. xpe la.. janji dia antara TOP 4.

Wahidan atau Ezany??

Profile Ezany


Profile Wahidan

Uols boleh usha2 dan tengok peserta yang lain2 dan jugak resepi2 yang terpilih dekat FB Master Chef atau pun di laman Web rasmi di SINI..

Ok..jangan lupa saksikannya malam ini. ok....
babai....

Saturday, January 7, 2012

Kuatkan Aku Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam sabtu semua... hurmmm umi ngan Abah tak ade... dorang pergi jalan2 kat umah kak ngah dekat Puchong sana nun. Dengar2 abah nk g memancing dekat Pantai Morib. Hope mereka happy kat sana,. dah tiba masanya umi n abah berehat2kan.. dorang da berpuluh tahaun asek beklerja jek. sekarang da bersara.. so boleh la merehatkan diri tu..

Alhamdulillah.. hari ni rasa lebih baik dari hari2 yang lepas. adakah sebab aku telah meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati dalam kepala ni semalam? tak terniat sebenarnya.. tapi bila orang da mula cucuk.. bocor jugak..huhuh.. lepas segala yang terbuku di lepaskan... terasa legaaa yang amat... ringan kepala otak aku ni.. huhhu..

Sebenarnya kan.. aku selalu diuji dengan suatu hal yang aku TAK SUKA.. contoh macam aku tak suka menyusahkan hidup orang lain.. memang aku tak sukaa sangat, tapi aku kena jugak.. terpaksa jugak menyusahkan hidup orang lain... TERPAKSA.. buat aku rasa tak senang...aku jugak TAK SUKA bau asap rokok, tapi aku terpaksa juga laluinya, bila ada yang tak faham bahasa..banyak lagi sebenarnya, benda yang aku TAK SUKA tapi aku kn jugak hadapinya. Adakah ini dugaan dari Allah untuk aku? nak meguji sejauh mana tahap kesabaran aku? Ya Allah..permudahkanlah semuanya... tabahkan hatiku ini Ya Allah...aku redha dengan semua dugaan ini.. banyak benda yang aku idamkan.. tak kesampaian.. tak apa.. aku REDHA.. aku terima...

Semoga hati aku lebih keras,,, lebih tabah dan sabar untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang bakal tiba.. hanya padaMu aku memohon Ya Allah...kuatkanlah aku.. amin..

Thursday, January 5, 2012

meraban

Bismillahirrahmanirrahim..


Hurmm hr ni memang sensitif sangat. kecil hati sebenarnya dengan perangai adek sendiri...malas la nak cerita tapi mmg berbekas bekaslah dekat hati ni... :'(

Orang kata untuk menghilangkan sikit rasa stress dan tension tambah lagi sakit hati tu, carilah something yg boleh menceriakan hati sikit. So ada 2 benda aku buat.
Pertama aku bayakkn istifar... semoga hati aku kuat. dan ini semua dugaan..
Kedua ,.. aku tgk, baca  benda yanag aku suka. contoh? meh2 tgk gambar2 Hariz aka Aaron dekat Fb dia. HAHAHHAHA.. sejukk hati ok.. -..-.. lepastu tgk.. plak Fb My Crush!! ... ehhhh hahha.. dia dh hilang... miss dia lah.. huhuhu..sejukkk hati ni tgk muka dia tahu takkk?? Ya Allah semoga dia berada didalam kedaan baik2 sahaja.. Amin...

ok babai.. ;p

Wednesday, January 4, 2012

#25 Wordless Wednesday My Birthday Cake

Bismillahirrahmanirrahim....



Monday, January 2, 2012

Happy Birthday To Me!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semuaa....

Wawawa hari ni 02012012 Hari Isnin... Happy Birthday to me!! happy birthday to me!! yang ke berapa? ace teka ce teka.. heeeee yang Dua Puluh Lapan tahun ok... banyak giler nombor tu kan..

Alhamduliillah bersyukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan ini. pejam celik pejam dan stiil boleh celik dah 28 tahun aku hidup di bumi Allah yang luas ini. Subhanaallah... ku panjatkan kesyukuran pada mu Ya Allah...

Semoga dengan pertambahan umur ku ini, di berikan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan di permudahkan perjalanan hidupku ini. Semoga ditabahkan hatiku untuk menempuhi liku2 kehidupan.Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...

Aku Bersyukur Pada Mu Ya Allah...
Terima Kasih Umi & Abah kerana melahirkan,membesarkan & menjaga aku hingga sekarang... Luve u all... 
Terima kasih buat my siblings.... sayang semua...
Terima kasih my friends...my old friends...my FB friends & My Twitter Friedns...
U all make my day ok!! Love ketat2...

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru Dua Puluh Dua Belas ;)

Bismillahirrahmanirrahim....



Alhamdulillah... Hari ni Ahad 1 Jan 2012, bermulanya Tahun Baru Dua Puluh Dua Belas.Semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Banyak lagi impian dan matlamat yang belum tercapai. Bila di renung2kan... orang lain yang sebaya dengan aku sekarang sudah pun memeliki beberapa aset penting selain dari sebuah keluarga bahagia. tak apa, mungkin ini takdir untuk ku. aku terima. 


Aku bersyukur dengan kurniaan Allah pada ku... Alhamdulilah, aku mempunyai sebuah keluarga yang bahagia, aman damai dan penuh dengan kasih sayang. Oh yer.. aku ada sebuah CC yang perlu diuruskan. Kalau aku berusaha lebih atau mungkin ada rezeki aku, mungkin aku mampu untuk memiliki sebuah rumah, kereta atau pun tanah. tapi itu semua belum lagi aku mencapianya. macam jauhhhhhhhhhhhh lagi untuk aku gapai.

Semoga Tahun 2012 ini akan memberi sedikit peluang dan jalan untuk aku lebih maju dari tahun-tahun yang telah berlalu.InsyaAllah...

Azam? hurmmm aku tak pernah ada azam untuk tahun baru sebab aku takut akan kecewa jika azam yang aku tanamkan itu tak kan membuahkan hasil ..sebab aku tau tahap kemampuan aku .. huuuuu.. walau apa pun aku bersyukur sebab masih diberi peluang untuk ters menumpang di bumi Allah yang luas ini. :)

Selamat Tahun Baru 2012!!