Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Monday, October 31, 2011

Bola bola bola

Bismillah...

Piala Malaysia dah pon tamat.dan keputusan pon telah dapat.Walaupun agak kecewa bila Pasukan Pilihanku, Terengganu tewas dengan pasukan Negeri Sembilan dengan score 2-1 tapi redha je.ala..bola kan...kita tak boleh tak tentukan sapa akan kalah dan sapa yang akan menang.

Kalau da Allah takdirkan kalah...usaha bagai nak rak pun tetap gak kalah.dan setiap yang Allah tentukan tu pasti ada hikmahnya.Tapi memang kecewa dan sedih bila ada penyokong yang over konfidem ni mula nak mengkondem pemain2 Terengganu yang dah berhempas pulas berguling bating (loghat ganu) nak dapatkan kejayaan.tapi dah tak ada rezeki apa nak buat.Redha boleh?..

Tak perlu nak menuding jari pada sesiapa..nak salahkan penjaga goal yang tak dapat menangkap bola? nak salahkan pemain Negeri Sembilan yang berasal dari Terengganu tapi berjaya membuat jaringan untuk pasukan dia?...hahah itu sangat TIDAK RASIONAL! Insiden pergaduhan, bakar bendera, baling mercun, kutuk mengutuk tak ada faedahnya pun.apa yang kita dapat? satu sen pun tak dapat apa2..yang dapat sakit, lebam sana sini..kerosakan yang berlaku, kerugian, prestasi buruk dan paling teruk BERDOSA!

Sila be Profesional dan bukannya Emosional yer wahai peminat2 bola sekalian alam...jangan kerana sedikit kesalahan yang pemain2 lakukan..kita lupa segala penat lelah dan kejayaan yang pernah dorang kecapi selama ni.Dorang pun manusia jugak ada hati, ada perasaan ada rasa penat, sakit.

InsyaAllah mana tahu next year ada rezeki untuk pasukan pilihan kita  mana tau kan...
Waallahualam...

p/s : sekadar pendapat sahaja...kalau ada yang tak suka..am so sorry.. peace!! :)

Sunday, October 30, 2011

Pantai Cherating

Bismillah..

Hari jumaat lepas  iols ke  pantai cherating dengan adek dan jugak adek2 gf adek i. (faham tak ayat tersebut?) hahahah..belit2 lak rasa.ok faham2 jek la yer.Actually da agak lama tak ambil angin pantai ni..almaklumla...cuti jek duk kat rumah, tak pun keluar shopping.tapi entah kenapa jumaat lepas tetiba adek ajak jom kita g pantai nak? makan2 kopok..main2 air.i pun apa lagi ok! set! kita g Cherating la ek...hahahha bukan main..

Ala..sebab kat cherating air dia tenag jek, ombak pun xder sangat..kalau kat tempat lain macam erkk..bahaya sikit lepas tu bnyak monyet.takut.

ini kami
Makan2 kopok, main2 air main2 pasir...lepas tu pukul 6.45 kemas2 nak balik.Tapi masa nak balik tu xsedar yang air da mula pasang..makaii..dari tak nak basah dah terpaksa basah! huhuhu..kena harung air paras lutut jugak la (lutut aku yg pendek ni)..hahha yang lain paras bawah lutut arr..keh3...dah habis semua basah lencun.. -..-..

Naseb baik la macam terawal skit agak2 kalau pukul 7 baru gerak nak balik maunya kami tersekat kat tengah2...so bahaya ok..dah arr tak reti swimming..kofkofkof...debo perot beto ambe.;p

  
ini mereka
Plan terbaru, nak buat BBQ pulak dekat pantai...hahah bukan main plan aje kami ni.Plan nak ke Genting pun lom tau hujung pangkalnya lagi...apa2 pun kita balik kg dulu laaa raya haji..pastu br fikir plan lain b4 ke KK 25/11/11.. InsyaAllah....

ini iols
 Mood : jalan-jalan habiskan duit

Wednesday, October 26, 2011

#16 Wordless Wednesday-JOM

wooooooooo weeeeeeeeeeeeeeee

Saturday, October 22, 2011

Tee OctTwtFest

Bismillah...

Ha...Hari ni Sabtu 22 october 2011 merupakan hari berlangsungnya Event besar2 besaran #OctTwtFest yang berlangsung di DIGI HQ Shah Alam.Dan yeay!!! i tak dapat join.kah3...gelakcekiklehersendiri.

Tapi tak apa la kan..walaupun tak dapat nak join, tapi i ada beli Tee rasmi #OctTwtFest tu...dah dapat pun walapun saiz XS nye da macam saiz M . -___________-..kasi potong laa baru boleh pakai maaa...

Bukan tak nak join wooo kalau boleh memang nak sangat..tapi tak pe la kan..tapayah la nak cerita kenapa.HAHAHAHA. Tak penting pun kot event2 ni semua..just share keseronokan mereka2 di Timeline pun sudah memadai *ayatsedapkanhati*

Oklah nak g sambung baca TL sekarang....kah3..sambil cuci mata tumpang tengok pic2 yang bakal mereka2 twitpic kan..*kesiangilerkatakukan* xD

Mood : Pasrah + Redha teehee

Wednesday, October 19, 2011

#15 Wordless Wednesday-Trend

Kegilaan sekarang..kecil besar tua muda TREND!

Tuesday, October 18, 2011

OH! sakit....

Bismillah..


Sejak minggu lepas lagi terasa sakit2 dekat bawah perut belah kiri ni.Tak sure sebab apa.Tak rasa sakit tu, kecuali bila di tekan2 atau time nk menunduk ke..ha..macam pelik jugak la...tapi xder la sakit sangat2...

 
Lepas tu rasa macam agak risau la kan.I pun google la cari-cari gejala sakit macam ni.Ada yang cakap hamil luar rahim.oh itu tidak mungkin.Sebab i iz bujang.acaner nak hamil tu? hahahha..
yang kedua mybe ada ketumbuhan dekat rahim/ovari..oh ya Allah..mintak dijauhkan...nak kata buah pinggang...macam gejala tu xbanyak pun...Atau pun ni simtop2 i nak period? sebab bulan ni i belum period lagi...kalau bulan lepas 15hb dah jadi angkasawan, tapi bulan ni macam lambat dah...today da 18hb rite?..

Hurmm..nak g klinik..tapi macam takut arr pulakkk ayooo....hhuhuuhuh... :((
Apa patut i buat ni ek.... kalau tak g check, xtau la pa punca sakit kan..kalau boleh tak nak dah sakit-sakit lagi wehhh tak larat dah....-..-


Hope sangat tak ada apa-apa yang bahaya... Amin...

huhuhuu :((


Sunday, October 16, 2011

Yang Tua diHormati

Bismillah...


Selamat hari ahad uOls...mesti ramai yang cuti hari ni kan.Tapi I keje, beselah keje sendiri macam ni la...Jumaat jek la satu hari WAJIB i bercuti.penat gak kalau hari2 dok mengadap komputer jek.Sekarang ni mata asek pedih2 jek.huhuhu...risau gak kalau tahap kerabunan akan bertambah..da malas kot nak menambah power spek ni...nanti kang tebal sampai naik juling mata acaner? adeiii....

Habis selingan.Senanya iols sedih sikit dengan sikap segelintir manusia sekarang ni.Yang suka menokok tambah cerita, yang suka buat orang lain berpecah belah dan manusia yang jenis hanya nampak kesalahan orang lain berbanding kebaikan dan kebajikan yang dibuat.

Terperanjat sikit bila dapat satu msg yang seolah2 mengatakan yang kami ni sangat teruk.Walhal mereka seperti tidak mahu mengaku kesalahan sendiri.Memang boleh dikatakan mereka seolah2 tidak mengenang budi.Mungkin bagi mereka mereka tidak bersalah.tapi apalah salahnya kalau tunjuk sedikit rasa hormat dan 'kenang budi' tu pada orang telah banyak berbudi.Bukan mengharapkan pembalasan atau apa.cuma sekelumit rasa dihargai.Bila kita mula rasa diri tidak dihargai dan mula meluahkan rasa tidak puas hati, hal lain pula yang mereka ungkitkan.kami orang yang mampu akan selalu menolong walau dalam apa cara sekali pun.jangan lah disebabkan benda sekelumit zarah, jasa yang sebesar gunung dah tak nampak.

Yang tua dihormati dan yang muda dihormati.Bukan mahu menegakkan benang yang basah, tapi kalau orang muda tidak pandai dan tidak mahu menghormati yang tua macam mana yang tua mahu menyayangi yang muda?...Bila yang tua mula menunjukkan rasa tidak puas hati, nak salah mereka? mengalah lah..ingat jasa dan pengorbanan mereka selama ni...Jangan jadi kacang lupakan kulit...Fikir2kan lah...guna akal, bukan emosi...

WaAllahualam..





Thursday, October 13, 2011

Dapatkan T-shirt OctTwtFest di Zicco Tees Custom

Bismillah

Sambungan dari entry semalam pasal event #octtwtfest tu kan.Pada uOls yang join ke tak ke kan...dan berminatla an an an nak beli t-shirt #octtwtfest tu boleh la order di  Zicco Tees Custom ...Pilih Latest, ok lepastu akan keluar la 3 design t-shirt untuk #octtwtfest tu..ada colour hitam dan putih.Ada yang custom dan jugak generic..nak letak nickname korang atau pun tak (kalau tak silap la)...

Lepas da buat pilihan mana yang berkenan, klik pada pic baju tu and than pilih saiz.Ukur bahu korang yer..paling kecik saiz XS ukuran bahu dia 18..macam tu la jugak dengan saiz2 yang lain S,M,XL,XXL.lepas tu ikut je la arahan seterusnya...


contoh t-shirt #octtwtfest layari Zicco Tees Custom sekarang

Lepastu boleh la korang bergaya ngan tshir #octtwtfest tu.heeee i dah pon beli..waluapun saiz tu agak besar..kalau ikut saiz bahu i ni just dalam 14 kot...keh3,,beli yang saiz XS pon bahu da 18 mahu menggelabah..eh menggelebehhh lebeyyyhh..heeee ;p..

Kalau besaq gedabaq..xpe...i simpan jek la buat kenangan..kof2..tak pun nanti i suruih adek oter kan kecik..hahahha xD..sanggup tu.

Oklah...babai...

Wednesday, October 12, 2011

OctTwtFest 2011

Bismillah...


WOW!! this year pon akan ada #octtwtfest macam tahun lepas..tapi tahun lepas  #Oct23rdTwtip kalau tak silap.Tahun ni TwtUp besar besaran ini akan diakan pada 22 October 2011 di DIGI HQ Shah Alam.

Wah,...macam best jek kan.Sebagai pengguna tegar twitter memang syiokkk kalau dapat join.Tapi hampa, sebab memang da terang lagi bersuluh xdapat nak join.Sebab jauh kot.lagi pun i keje..huhu.
Tak apalah tunggu je la update event tu dekat laman twitter.macam selalu.hahahha

Sebab i mana la pernah join TwtUp2 ni lagi..teringin la jugakk...huhuhu.TwtUpRaya ke..apa ke..huhuhu..kalau i dok erea2 KL mybelah akan join..u see that? MAYBE..heee

Pada uOls yang berminat boleh baca segala tentang #octtwtfest ni dekat official websitenya.


OctTwtFest will be held at:

DiGi Telecommunications Sdn Bhd, 
Lot 10, Jalan Delima 1/1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
GPS: 3.0689098253134692, 101.56967639923096 
22nd October 2011
3 pm to 12 am

#14 Wordless Wednesday-Linda's baby

Get Well Soon My baby Rayyan.... Cik Ade Love U so Much...muah..,muah..

Sunday, October 9, 2011

sunday, 91011


Bismillah...

WOW!! hari ni hari apa uOlss?? Hari Ahad....berapa hari bulan??? uOlsss???..haaaaaaaaaaaaaaa 91011..yeay! pandai, lepas 9,10 pastu 11 kan.hahah..unik dan cantik kot no ni.9.10.11..Bertuah beteii sapa yang kahwin hari ni, senang nak ingatkan tarikh anniversary..kemain kan...hahahah..

9.10.11 hanya terjadi sekali seumur hidup ok...

pic cilok dekat google

Saturday, October 8, 2011

Seronok dua ronok tiga pat ronok

Bismillah..

Heyyo uOlsss..hee kemain ok happy lain macam ni kenapakah hoi!..
Senanya kan, semalam iOls dengan kengkawan n adek iOls berenang2 dan berkuak lentang di Gambang Waterpark. Memula tu an an an ingatkan da tak jadi pergi. Yerlah, last2 minit ada kawan kena kerja pulak tapi naseb baik lah sekejap jek.Memula nak bertolak pagi la kengkunun..oleh sebab banyak pulak halangannya...terpaksalah g tengah hari sikit.Packing dulu baju siap2..lepastu da dalam kereta..otw nk ke kuantan, masing2 macam eh nak g ke tak nak ni? kang sampai lewat, mandi ngah panas, kang hitam legam iOls cane tu ha..sapa nk jawab? kofkofkof..n last2..oleh sebab ada salah sorang dari kami yang lom pernah jejak lagi kesana, so iOls dengan baik hatinya mencadangkan kita pergi ej la..kang ada yang kempunan uols hoi..Alhamklumlah..da seminggu tu planning sakan.hahahah....Tapi ada sorang kawan iOls tu tersesat sampai ke Genting ok! ahahha sebab dorang ingat kami tak jadi ke Gambang.esokey,.,nanti kitorang nak Genting lak tahu *kumpul duit bebanyak simpan  lam tabung haji*

Seronok ok bila da sampai...beli tiket,tiub yang double lepas tu salin pakaian... terus menuju ke destinasi pertama..errr..ape entah.hahah naik tiub pastu jelajah air,..macam dok tetengah laut giteww..siap berombak rindu bagai.eh.

Baru main satu game dah dorang lapar..ceh...makan dulu...ada makan nasi ayam, ada yang diet takut kang nak naik gelongsor terkeluar habis isi perot,hahaha so dorang makan nugget uOls...kemain hokey...omputeh habis.hahah...Lepas makan..terus sambung bermandi manda..naik tangga la paling xleh blah...siot...sekali naik ok lagi yang ke dua,,ketiga..keempat rasa macam nak merangkak kaki empat penat nak meninggal pheeewwww naseb baheklah tulang kuat minum enline kalau tak mau berterabur tulang2 atas tangga tu =..='

Bila da orang kat water park tu buat announment " perhatian kepada semua pengunjung, puan2 tuan2 dan adik2...dimaklumkan bahawa bla bla....' nak tutup lettew..dorang pukul 6 da close hokey..cecepat la kitorang ni g tukar baju...da siap2 semua..hujan lebat pulekkk...tunggu la hujan benti tapi tak gak benti2..last2 adek i dengan berlagak macho depan aweknya *kemain ko kan*  macam superman..berlari meredah hujan..yeay!! kalau tak sampai hr ni lah kitorang still kat sana tau tak? *overnyerkau*..

Dalam kereta masing2 da fenatnakmamtik...ngan mengatuknya...huhu sempat lagi kot singga ECM..shopping pehhh kental beteii..kami ok.lepastu otw singgah makan..tapi semua makanan tak habis..dengan alasan masing2 penat+ngantuk yang tidak dapat dikawal lagi.keh3..masing makan separuh jek..siap ade yg tapau ns xhabis lg hahaha..sampai umah lam kol 12.00 dah  kot...tak cakap banyak terus mandi2 pastu krooh3..tido...pehhhh fenat giler hr ni bangaun sakit segala urat saraf dan tulang temulang hoi..adeii..ok nak stop menaip..sakit lengan -..-..

p/s: xsempat nk snap pic pon..xcited sangat..keh3

Wednesday, October 5, 2011

#13 Wordless Wednesday--gelongsor air


















Bestnyaaaaaa

Sunday, October 2, 2011

Lagu Tema Ustazah Pilihan-Warisan Hawa

Bismillah...

Selamat hari ahad semuaaain...heeee...siapa antara korang yang tengok Program Reality Terbaru dekat Astro Oas? Ustazah Pilihan tu.Sebenarnya, i tak la layan sangat sebab entah la,bukan tak berminat dengan program bercorak keagaaman, tapi macam tak berapa minat dengan Program Realiti TV ni.huhuhu..tak kena dengan minat kot.I suka layan hindustan jek deekat B4u tak pun Korean drama dekat One HD tu..hokhokhok..

Nak share ngan korang Lagu Tema Program Ustazah Pilihanl tajuk lagu dia Warisan Hawa.



Lirik Warisan Hawa

Kelembutan bukan nya tanda kelemahan
Di sebalik wajah tersirat hati tabah
Akur bukan bererti tiada pendirian
Wajarnya berfikir sebelum membimbing

Dengan harapan murni

Warisan hawa
Berdiri di samping dengan setia
Membimbingmu dengan ketulusan
Hati berpedoman

Didik wanita
Terdidik generasi yang mulia
Menimba amalan penuh taqwa
Memegang amanah warisan hawa

Titis air mata bukan tanda kecewa
Sebaliknya bangga dilimpah pengalaman
Ikhlas berbakti menuntut kehendak agama
Semoga diredha melangkah ke depan


Dengan harapan murni


 Best ok lagu ni..sama gak macam Lagu Tema Imam Muda...Lagu ni tulis oleh Edry Abdul Halim (KRU) dan dinyanyikan pula oleh Farah (AF2)....

wassalam

Saturday, October 1, 2011

kekumpul duit bebanyak..

Bismillah...


Heyyo..Good Morning...wah..hari ni kan kan kan awal kot i bukak kedai.heeee Ni semua sebab adek i da start keje today, so macam semangat waja la kengkonon kan datang keje awal..dengan i2 sekali lah kena angkut datang awal.Hurmmmm..i ni bukannya pemalas nak bukak kedai awal2, tapi tau-tau jek laaa kasteme pepagi ni membuto lagi weh.....(ok...jelesss)..nan hado yang nak datang awal-awal ni.(eh pukul 10 awal ke nok?? )...

Tapi tak apalah..orang lain tu pukul 6.30 da gerak pergi keje ok...ni pukul 9.30 pun da bising..ecehpodah!...Orang tua-tua cakap,bangun awal pagi2...rezeki akan datang melimpah ruah..Insyaallah i hope so lah.Sebab kan kan kalau boleh laa..hope sangat dis month tak nak cuti.Cuti Jumaat yang wajib tu jek.(leh caya ke weeii)..huhuhuhu...kalau boleh bulan ni nak kumpul duit sikit.kalau boleh biarlah lebih sikit dari bulan-bulan yang lepas.Sebab sebab nanti kan,,,bulan November InsyaAllah ada Family Trip ke KK (Kota Konabalu).heeee sangat lah tak sabar nak naik kapal terbang( jakunnsss tak?) kof kof kof. 

 ehy..tetiba jek letak gambar ni.hok3 

Tiket flight umi da sponsor...penginapan pon.So soal shopping mopping umi cakap sendri mau shopping sendri kumpul duit laa... (sila baca sambil goyang kepala..br feel) xD....ok fine ummi..fine.....*kumpul seposen sehari*..

So, hari ni da pun masuk bulan Oktober..semangat pun sedikit membara giteww..dan jugak berharap rezeki akan bertambahlah bulan ni.InsyaAllah....caiyyok !!!..

*Semoga Jemaah Malaysia yang menunaikan haji tahun ni selamat pergi dan balik..InsyaAllah*