Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Sunday, August 29, 2010

tips membeli dan blah....

Bismillah

Selamat berpuasa hari ke 20 today!! yeay bersyukur sangat pada Allah yang masih lagi memberi kesempatan pada hambanya ini untuk menjalankan kewajipan pada Nya..Amin Ya Rabbal Alamin..YaAllah..Padamu ku panjatkan syukur.

Tadi, sementara nak menunggu waktu habis kerja dalam pukul 6 petang sempait lagi la i jalan-jalan usha2, cui-cuci mata sikit.Baju raya da pun siap, jahit sendiri je seperti tahun-tahun yang sudah.kuih raya pula, umi da pun tempa h dengan kawan2 dia.Almaklumlah kalau da bulan Ramadhan ni, ramai lah yang akan mula berniaga.Tolong-tolong orang melayu bak kata umi.yo lah kan.heheheh..tapi dalam kita sibuk dan leka bershopping sakan sempena nak menyambut raya tak lama lagi, kita kena juga selalu Muhasabah diri.Ingat pada mereka yang kurang mampu.jangan sesekali berbelanja mengikut hawa nafsu, sebaliknya berbelanja mengikut keperluan.

Tips berbelanja di musim perayaan

1) Beli barang yang diperlukan sahaja.tak perlu la nak tukar segala macam dalam rumah tu, tukar yang betul-betul perlu jek.

2) Baju raya pun tak perlu la sampai berpuluh-puluh pasang...kita bukan artis nok!! HAHAH 2 pasang rasenya da cukup kot.Pakai time raya jek, pastu nanti tersimpan indah la dalam almari xsentuh.membazir tu.

3) Zaman sekarang da jarang orang buat biskut raya kan, yerla da berlambak-lambak jual. Ada yang murah dan ada yang mahal.So buat pilihan yang bijak, jangan rambang mata.Tengok cantik terus beli, padahal belum tau lagi apelah rasenyer.Yang wajib biasa macam almod london,tat nenas, mama carry,kek lapis dll.

4) Jangan mudah tertipu dengan jualan murah, big sale.pantang nampak jualan murah sikit, mula la beli itu, ini.Tak baik membazir Tuhan marah tau..HUHUHUH.berbelanja ikut yang mampu dan perlu sahaja ok.

5) Setiap kali keluar membeli belah, pastikan uOls bawak duit yang cukup-cukup je jangan lebih-lebih.Sebab tabiat orang kita ni, selagi dompet tak kering selagi tu xstop shopping ade jek la benda yang nak dibeli.

6) Kalau boleh, shopping la waktu malam, sebab malam masa agak suntuk. So uOls xakan ada banyak masa nak melilau2 cari barang lama-lama. Lagi lama uOls melilau-lilau, lagi banyak uols akan berbelanje cayolah!

7) Buat list barang yang uOls nak beli.dan JANGAN sesekali beli barang yang xade dalam list, amalkan selalu..InsyaAllah..uOls akan lebih berdisiplin dalam berbelanja.

pendek kata, Alalh tak suka pada mereka yang suka membazir, bersederhanalah dalam apa jua yang uOls buat.k..

tu saje okok!

*kalo der typo tu abaikan lah yer..katepon i ni miss typo sedunia..huhuhu.. T_T'

Nota Comel: lagi 10 hr nak

raya..yey!



Saturday, August 28, 2010

JOm usha Kuih Muih di Terengganu

Bismillah..

Salam Ramadhan..Pejam celik pejammm lame..baru celik..dah 18 hari kan kita bepuasa.pehhh kejapnyer masa ni berlalu.hari ni lak sabtu dan cuti, mang ramai gilak orang, jalan pon jem, car park pon penuh.bertindan2 lah kereta.Yer la time macam ni lah dorang nak bershopping baju raya, kelengkapan raya pe semua kan.nak2 baru dapat gaji kot minggu lepas.Tak masuk lagi yang dapat bonus raya..pehh syokk tu............ i pon belum shopping ape2 lagi ni untuk raya..HUHUHUHU.

Oleh kerana i ni memang anak jati kayu jati terengganu, so rasa cam nak share beberapa jenis kuih-muih yang agak tersohor la kot di negeri penyu ni kalau time bulan Puasa.

1) Nekbat

Kuih dia ala2 kuih baulu, tapi kuih ni kena di rendam (disira) dalam air gula dulu, biar die kembang dan sebati ngan gula.makan time dh manis lah.tapi i tak suke sebab..manis bangat..pehh leh juling mate i. O_O

2) Akok kedut

Uols panggil pe ek kuih ni..Akok ek?? akok bese ngan akok kedut ni lain.Akok kedut die lebijh kecut dan rase dia agak manis.Ha..yang ni peberet i lah..nyummy..satu dah cukup..xleh makan banyak-banyak..manis tu.

3) Tepung Pelita

Siyesli cakapla kan, lately mang susah sangat nak jumpe kuih ni yang betul2 how liaw...yang i jumpa kat sini, tak bape sedap....der yang letak lam belas plastik bukan lagi dalam daun pisang ek?? rase dia dah xsame...tak asli...kalau balik kampung, baru lah dapat jumpa kuih tepung pelita yang betul2 tepung pelita lah.

4) Kuih Tok aji serban/serimuka/pulut sekaya

Ha.......yang ni pon sangat lah best.kalau kat tempat i dorang panggil Tok aji serban? kenapa? mybe sebb kuih tu macam pakai serban...ngaaaaaaaaaaaaaaa.

5)Kuih Lompat Tikam

Macam scary jek kan nama kuih ni..hohho..dont worry kuih ni tak bunuh orang..ekekek..kuih ni kalau kat tempat lain i xsure la panggil pe kan..makan dengan air gula melaka.ada dua warna hijau dan putih.kalau i makan, i amek yang putih jek.lalalalala

6) Kuih beronok (kuih sagu)

Pelik kan panggilan kuih ni....dah lama gila ok i tak makan, sampai rase dia pun i da lupa cam ne..huhuhuu...tapi yang pasti sedap bangettt....

Selain tu, banyak lagi ok kuih-muih yang sedap tapi pelik namenyer kat terengganu ni.

-Kuih Puteri mandi

-Kuih Bunga

-Kuih Asam Gumpal

-Kuih Bunga Tanjung

-Kuih Tepung Gomok

-Kuih Tepung bungkus

- Pulut Lepa/Pulut panggang

-Satar

-Otak-otak

-Ketupat Sotong

-Koleh kacang

Ekceli banyak lagi kuih ni, tapi kalau uols nak tau lagi sila google dengan berhemah yer..ngeeeeeeeeeeee..mungkin ada kuih yang kat negeri lain pun ada, suma nama jek yang lain.Sumpah i cakap, bila di google2 rupe-rupenye masih banyak kuih yang i sendiri pun tak kenal..huhuhu..belum boleh digelar sebagai anak terengganu jati ni...adesss.

selamat menjamu mata...

Ok babai

*credit pada google untuk semua pic yang di cilok.maceh

Nota comel: terkmakhruhskit

ose today

sebab gooogle

pic2 kuih agaggagga


Wednesday, August 25, 2010

Kakitangan Awan & Pesara dapat Duit Raya RM 500

Bismillah...

Waweee,,,selamat menjalani Ibadah Puasa yang ke 15 ek...ke berapa? kira la yer..ehehe...

Bestnyer, pada kakitangan awam dan juga pesara yang akan dapat duit raya RM 500 sebelum 1 Syawal ini. Dipetik dari BERNAMA berkata :

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. – BERNAMA

Kalau lah macam ni, boleh la i paw2 Umi ngan akak dan abang ipar i..kekek..belanje berbuke ke..tak pun belanje baju raya...heheheh..dorang penat2 keje, senang2 jek ko nak paw2 yer..penampaw mau?? hohohoho...T_________T'..bestnya..kalo i jugak kakitangan awam..xnak ke bg kat kakitangan yang kerja sendiri cam i ni..HUHUHUHU tingin tau tau...=p

Ok babai..

Nota Comel: dah besar2 giliran bg

duit raya lak yer...


Tuesday, August 24, 2010

cara berbuka & sahur yang betul

creadit: Google

Bismillah..

Hari ni merupakan hari yang ke 14 kita berpuasa.Sekejap aje kan, tak sampai 20 hari lagi kita akan sambut syawal.

Mesti da bermacam-macam jenis makan juadah yang uOls makan time berbuka dan sahur kan.Tapi uOls tau tak cara yang betul ketika kita berbuka dan bersahur?ada yang suka makan makanan berat terus, ada yang hanya minum air kosong dan ada jugak yang hisap rokok dulu..huhuh.meh tengok cara yang betul ketika berbuka.

Ada jugak yang selalu skip waktu sahur... sebab mengantuk dan malas nak bangun.da tak dapat pahala sunat bersahur kan. huhuhuhu

Cara terbaik ketika berbuka:

* Baca doa berbuka dan doa makan.

* Berbuka dengan buah kurma dan sedikit kuih-muih yang manis serta seteguk air.

* Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.

@

* boleh jugak terus makan makann berat sebelum mandi dan solat tapi jangan terlalu kenyang.

* Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. kalau boleh elakkan makan daging dengan kerap.

* Jangan makan terlalu banyak sehingga tak larat nak bangun dan solat

* Kurangkan minum air ketika makan.

Cara terbaik ketika bersahur

* Bangun sahur jangan terlalu awal

* Makan makanan yang senang dihadam

* Makan sekurang-kurangnya beberapa biji kurma dan secawan susu.

* Minum air kosong dengan kadar yang banyak.

* Pengambilan vit dapat menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Badan akan lebih segar dan bertenaga.

ok babai..

wassalam..

Nota Comel: selalu jek mengantuk

& sakit kepala time puasa sebab xcukup

tidur mungkin


Sunday, August 22, 2010

marshmallow was was

Bismillah

Selamat Pagi...huaargghh da ngantuk sebenarnya, tapi tahan jugak mata ni sebab i tengah search kat pak google pasak kandungan dalam marshmallow.Newat, tadi masa on the way nak balik umah dari kag, i singgah la ke Mesra Mall nak beli food skit.Lepas tu, i singgah jap kt Famous Amos nak beli coklat dan jugak marshmallow.

comelkan..dah la sedap tsk tsk

Sampai kat kereta, adek i yang bongsu tanya beli apa? i cakap la beli coklat sikit ngan marshmallow and than dia cakap eh, mane boleh makan.Cikgu adek cakap xboleh sebab xada pon kilang yang buat mashmallow ni kat MY dan xtau pe bahan yang dia guna..eh yeke ek?? selama ni i men bedal jek makan.Tak tau pulak.huhuhu.I ingat marshmallow ni cam gula2 kapas yang kenyal jek.

Balik lepas berbuka, i try gak la usha2 lam tenet,Google2 tapi xder lak jumpa. Mang la kandungan dia ada geletin.skang banyak yang guna geletin sayur ngan geletin lembu.(minyak haiwan).Tapi yang i beli tak sure lah pula buat dari geletin ape..HUHUHUHU. T_______T.Lom tau lagi jawapannya.Kalau da was-was macam ni, lebih baik jangan makan.Biar jek dulu.Nak buang?? huhuhu macam membazir pulak. adesss T______T

Lepas tu, katakbiru aka Wan tolong searchkan kat Web Jakim...ni jawapan dia dapat

Tak jelas, klik la kat pic tu yer.......

Dan jawapan yang dia dapat, TAK ADA senarai nama Famous Amos DALAM STATUS halal JAKIM. Tahun lepas ada, tahun ni tak ada...so...secara teknikalnya, lebih baik jangan makan..huhuhu..ok...akan dicampak.....sob sob T_________T.

Tak pe lah, i makan jek lah coklat yang adoo....

Ok..nak makan coklat...huhuhu..eh..eh.. jap...spo cookies dia leh makan ke tak?? huhuhu T_T

k, babai

* sesiap yang der maklumat tentang hal ni sila share2 yer..

*kalau tersilap harap dapat dibetulkan....

Nota Comel : terpengaruh ngan katun sepam bob

ke ape agaknyer

makn marshmallow

hahha


Saturday, August 21, 2010

Resepi sedap : Ayam Vietnam



Bismillah..

Sekarang dah pun pukul 12.30 am. i da tidur sebenarnya, tapi terjaga gara-gara pewot keras,,tangki da penuh daa..huhuhuhu....ingat kan da pukul 5 am..tengok2 awal lagi, kenapa rasa cam da lama i tidur. Mungkin sebab penat kot dan tersangatkah mengantuk biji mata ni. huhuhu T_T.

Rasa macam nak share satu resepi feberet. adik beradik i punyer feberet ni. Tapi yang umi buat jugak TERbaik... jujum belajar masak pagi2 buta ni.

*creadit : google

Ayam Vietnam

Bahan-bahan

Ayam 1 ekor (ikut bilangan keluarga )

Santan pekat (1 biji kelapa)

Cili kisar (cili boh)

Daun limau purut

Serai

Daun kari

garam

gula

asam keping

air

minyak masak (untuk menumis)

bawang merah 4 ulas (dimayang)

bawang putih 4 ulas (diketuk)

Cara masak:

Tumiskan bawang merah dan bawang putih ,cili boh dan rempah kari hingga naik bau, masukkn sedikit air, masukkn ayam gaul hingga rata.

Masukkn santan, kacau perlahan2, masukkn daun kari, serai yang di titik, daun limau purut,asam keping.kacau hingga rata,tutup sekejap.Bila da naik bau, masukkn sedikit garam dan gula. biarkan hingga masak.

Sedia untuk di hidang...nyummy...

Ayam vietnam ni ala2 kari ayam, tapi dia agak pekat dan rase dia agak masam.

*bahan-bahan tu main agak2 jek, sebab tak tahu nak agak yng betul2 punya sukatan ngeeeee

*tak jumpa pic ayam vietnam kt pak google..pic tu lebih kurang la kan ehek =p

Ok..selamat mentry yer...

babai

Nota Comel : resepi dr chef wan

kalo tak silap


Tuesday, August 17, 2010

Apabila KITA Berpuasa

Bismillah...

Selamat berpuasa...sekejap jek, da seminggu kita berpuasa kan..kan.. (padahal i br pose 2 hari muakakak).

Adab lah bila berpuasa jek mesti lapar, penat, mengantuk, xlarat, tak bermaya, haus, sakit kepala,serabut, cepat marah dan macam2 lg lah sifat2 yang tak elok boleh terjadi..pehhhhh..menguji kesabaran betul kan. Masa ni lah kita nak menguji setinggi mane tahap kesabaran dan tahap metabolisme seseorang.

Kalau yang suke merungut..lapar..penat..lambatnyer buke...tu bermakna tahap kesabaran dorang sangat rendah.tak boleh nak harungi cabaran sikit, cepat mengeluh..haipp jangan mengeluh2 sangat makhruh tauk pose tu..hhuhu...(aii pon mengeluh gak pe hek3)ok sikit2 xpe kot kan..sekadar meluah perasaan.
Read More>>

Monday, August 16, 2010

Meh belajar memasak: Dadih Buah Peach

Bismillah

Syukur kehadrat Ilahi kerana hari ini kita masih lagi bernyawa dan diberi kesempatan untuk berpuasa.Ekceli agak kecewa ni sebab i da tukar templet baru yang free jek n seperti biasa i xtahu xcam er nak letak balik kotak komen disqus.last2 i suh yash buatkan..tapi yang baru lah, so komen2 lame dah xder...kira hero to zero lah.huhuhu T____T sob sob sob sad..tapi xpe lah kan, jnji der kotak komen untuk uOls komen (cam la owang nk komen belog ko weii) Read More>>

Thursday, August 12, 2010

Batal & Makhruh Ketika Berpuasa


Bismillah

Selamat Berpuasa!! Selamat menahan lapar dan dahaga...Selamat makan banyak2 time berbuka!! Selamat menunaikan Solat Terawikh!! ahakss...

Hari ni hari kedua kita berpuasa, Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar.Mungkin bagi yang dah lame tk berpuasa tu, agak susah nak biasakan diri kan..nak2 kaki2 perokok tegar sekalian..gian tak hengat la kan...hohoho...bende pertama yg dibuat waktu berbuka adalah berasap...perghh...pelik betul...kenyang ker???
Read More>>

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi.....


Bismillah...

InsyaAllah, esok 11 Ogos 2010 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431 Hijrah, kita akan menyambut Bulan Ramadhan All-Mubarak iaitu bulan Puasa bagi seluruh umat islam di dunia. Pengertian Puasa sebagaimana yang cikgu/ ustaz uOls ajar dulu la kan..iaitu menahan diri dari lapar dan dahaga, dari perbuatan yang boleh membatal kan puasa dan dari segala perkara2 yang boleh membatalkan, memakrukhkan dan mensia2kan Puasa.huhuhuhu..
Read More>>

Wednesday, August 4, 2010

Mesti Sehat dan Kuat!!


Bismillah..

Rentetan (bahasa skema jap) hahaha dari isu sakit sakit sakit i hari tu kan, kalo uols der baca lah..xder baca tak pe..i xder kisah pon..hehhe..xpenting langsung..kalo wase nk baca klik sini lah yer..lalalalal..

Hari ni,
Read More>>