Stobery's Land

" Ketawa Tak Bererti Gembira, Menangis Tak Bererti Duka"

Thursday, February 28, 2013

Slot Samarinda Terbaru- Surat Dari Langit Biru

Bismillah.

Lepas Drama bersiri terhangat di pasaran Setia Hingga Hujung Nyawa, sekarang macam agak terhangat juga lah drama SURAT DARI LANGIT BIRU terbitan Rashbir Media. Lakonan Johan Asari (pelakon Juvana), Yana Samsudin, Fizo Omar dan ramai lagi.


Drama mempunyai 15 episod dan  mula bersiaran pada 6 Feb 2013  di Slot Samarinda Tv3 dari jam 10.00- 11 malam Selasa  hingga Khamis.

Sinopsos Drama Surat Dari Langit Biru :


SURAT DARI LANGIT BIRU mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain.

Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar.

Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.

Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak.

Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan?

Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.

Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa.

Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Segalanya bakal terjawab dalam SURAT DARI LANGIT BIRU yang akan disiarkan mulai 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10.00 malam. Penonton yang terlepas menyaksikan SURAT DARI LANGIT BIRU boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook @ Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. - copy from BUDIEY


Best juga drama ni. sangat emosi bila tengok. nak-nak watak si Fizo Omar yang jahat tu. huuuu dan watak Johan yang sangat baik dan penyayang.

selamat menonton online pon boleh selain dekat Tonton kat sini pon boleh

*Cinta Bertemu Di Abu Dhabi pun best yang ganti drama Setia Hingga Hujung Nyawa tu. 
* Sehangat Amara di Astro 134 HD pon best yang ganti Drama Adam & Hawa.

Ok wassalam.

Nuffnang

Bismillah

Oh Nuffnang! heee
sebenarnya dah agak lama menyepi dari berblog.Tahun lepas rasanya tahun paling la malas nak berblog.Kenapa pun tak tahu. Padahalnya kerja 8 jam seharai mengadap komputer dan internet je.Memang dasar pemalas aku ni.malas nak menaip dan berfikir. haish.



Walau apa pun TQ Nuffnang sebab still kekalkan aku di status Glitterati walaupun jarang berupdate. Now memang rajin sangat nak update blog, setiap hari. kadang dalam sehari boleh terupdate sampai 2,3 entry sehari. heeee terlebih rajin la pula.

Tengok earning still sama xberganjak lagi. huu hope lepas ni dapat la naik la sikit jumlah tu. heee *ayat bodek*. Teringin juga nak jadi Blogger berjaya macam RedMummy , Denaihati
Tapi masih lagi mencari dan membaca dan berusaha how to be a berjaya blogger katanya heeee.

InsyaAllah.

ok babai.



Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday #35- Berangkat

Bismillah..


Semoga segalanya dipermudahkan. Diberi kesihatan yang baik, keselamatan dan kesejahteraan disana. InsyaAllah.


wassalam

Tuesday, February 26, 2013

Persiapan

Bismillah

InsyaAllah tinggal lagi kurang lebih seminggu akan berangkat. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar. akan diberi kesihatan yang baik disana nanti. Dan dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekarang persiapan da lebih kurang 80% tinggal hal-hal kecil yang belum selesai.
Hope segalanya akan cepatlah selesai, jumaat ni da boleh mula packing segala baju kelengakapn semua, hal passport, jadual penerbangan, visa, tix flight dah pun settle. Alhamdulillah.

Semoga Allah Permudahkan Perjalanan Kami nanti. InsyaAllah.

wassalam


Monday, February 25, 2013

Harlem Shake, Apa tu?

Bismillah..

Lepas fenomena Gangnam Style PSY, sekarang agak kecoh pula dengan tarian Harlem Shake. Waduh macam-macam sekarang ni. Cepat betul benda-benda macam ni tersebar. 
Sebab nak tahu ape kebendalah Harlem Shake ni kan, teruslah google. Terbaca dalam blog kak lizarazak.com ni ha. heee 

Ianya memang mengarut semengarut Gangnam Style, tapi tetap diminati dan diikuti ramai oleh anak remaja kita. Apa itu Harlem Shake.. mari bergoyang.. shake.. -..-

Harlem shake ni adalah satu jenis internet meme, tau tak apa tu meme?  meme tu sesuatu fenomena yang disebar dari seorang ke seorang melalui internet. 
Harlem shake ini di famouskan oleh sekumpulan remaja dari Queensland,Australia..Video mereka diupload pada awal februari 2013. Lagu yang diambil oleh mereka bertajuk Harlem shake by Bauuer.
Konsep harlem shake ni, selalunya akan ada seorang yang berhelmet atau memakai topeng menari selama 15 saat dikelilingi oleh orang yang tak ambil peduli mengenai orang tu menari berseorangan, 
Bila masuk 15 saat seterusnya semasa lagu bass tu masuk, semua orang akan ikut menari secara gila..ahaha..Kadang2 akan ada yang memakai costumes pelik sambil buat tarian masing2..

Copy jugak from this blog .maklum akak-akak macam aku ni bukannya tau benda-benda macam ni. heeee.
Tapi bila search dekat youtube.. banyaknyaaa yang mula upload tarian sendiri. nak tergelak pun ada. hahhaha. kalau benda macam ni cepat jek kan terikut-ikut. Tak apalah janji tau beza apa baik mana buruknya. Janji tak kacau orang dah la kan.


Ini salah satu contoh Harlem Shake pada yang belum tahu (eh perlu ke tahu?) T_T. macam Oppa Gnagnam Syle, kanak-kanak even baby pon suka kan. Sampai ternganga haaa siap jejoget lagi bila dengar. adeii..

ok wassalam..

Sunday, February 24, 2013

Isu Tuan Guru Nik Aziz, BR1M dan Haiwan

Bismillah..

Isu ni sebenarnya ada lah dengar dan baca dalam surat khabar. Semalam BIL ada cakap pasal isu ni, so aku macam terkejut jugak, macam tak percaya pun ada ye la sekarang mana boleh percaya 100% percaya bulat-bulat dah banyak yang auta dari yang betul.

ni ada sikit lah yang aku baca dalam beberapa blog pasal isu ni, dan aku pun faham maksud sebenar Tuan Guru Nik Aziz tu. Berkias. So kena faham bebetul dulu sebelum buat kenyataan waallahualam.



Untuk lebih jelas dan faham, dan jugak boleh baca pendapatan dan kenyaatan Ustaz Azhar Idrus boleh baca dekat sini  Isu TGNA

Waallualam.

*jangan mudah terpedaya dan percaya dengan hal yang kita tak tahu hujung pangkalnya.


Ikea Leirvik Bed Frame

Bismillah

Dua  minggu lepas masa pergi Puchong sempat la singgah ke Ikea Damansara sekejap. Just for makan dan shopping sesikit, entry hari tu  Ikea.

Finally dapat juga aku beli katil idaman di Ikea. HAHAHA walaupun harga dia murah jeww. tapi aku memang da lama berkenan weh. Hampir setiap hari aku akan masuk website Ikea dan usha2 Bed Frame tersebut. Sampai termimpi-mimpi -..-.

Leirvik nama katil tersebut. Very the gojes ok, sangat girlsih dan sweet gitu. Lantak la walaupun umur da lebih dari gegel bagai, ada aku kisah ke? hik. Masa pergi tu memang da berniat nak usha katil tersebut. tanpa bercadang nak beli lagi, sebab duit cash xder pon dalam purse. Tapi bila tengok depan mata terus cakap nak beli. terus pergi ATM cucuk suit dan beli. TQ pada angah dan BIL sebab sabar melayan pembelian katil ni yang agak cerewet -..- naik turn tangga kami nk settle beli katil ni jek. banyak pulak procedurenya.

Katil idaman hiks ;p

Harga dia kalau tengok dekat website dia RM 429.00 tapi masa pergi beli tu da naik RM100 dah xder sale.So harga dia tu RM 529. Untuk korang yang tak tahu, Ikea ni perabut dia dijual berasingan tau. Harga kepala katil tu lain, dasar katil harga lain, pelapik kayu harga lain. haaaa..walaupun agak kecewa, tapi tak apalah kan. RM100 je kot. beli jugak hiks. Leirvik  Bed Frame

Almari baju ni pak cik yang buatkan  bukan ikea ok ;p 

kerawang2 nampak vantage kan  ;p

Kalau korang ada instagram, try search dekat hashtag #bedframe atau pun #leirvik. Haaa memang banyak gambar2 katil ini. semua luar negara. Katil ni aku letak dekat rumah kampung, rumah sini dah ada katil.Memang nak semua perabut dalam bilik tu bertemakan PUTIH. Alhamduliilah.hajat tercapai. heeee


*gambar ipad kualiti jek 

babai...

Karnival Kerjaya BN Youth Job fair 2013

Bismillah..

Hari jumaat hari tu,kami balik ke kampung sekejap. temankan ecah adik aku tu pergi ke Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 2013 di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu. Acara bermula pada 22 & 23  Feb 2013 dan telah di rasmikan sendiri Oleh Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak semalam.


Kitorang pergi dalam pukul 11.00 pagi cam tu. Malas nak pergi awal sebab da gerenti sesak la kan, sebab time tu perasmian baru nak mula. Tapi tetap gak sesak, so kami jalan-jalan dulu.Pusing2 pastu stop jap dekat Pulau Duyung, belakang tu tempat kapal-kapal berlabuh. Bukan main teruja lagi anak aku, Sara tu. 

Heli sedang berkegar-legar 

Kemain kau berposing


seronok dapat tengok ship depan mata

Langit da gelap, jom kita pulangggg -Sara 2013


Dia memang suka laut, ship, ikan jaws. hahhaha.. banyak la soalan cepu cemas yang kami kena jawab. sabar jek la. Rehat-rehat kejap sambil posing-posing bergambar, kami ke Daratan Shah bandar balik. Park kereta agak jauh sebab banyak sangat kereta. kebetulan pulak, Karnival Kerjaya ni sama pula dengan Program Janji Ditepati ngan Jom Heboh kot kalau tak silap. So memang ramai la manusianya. Siap terserempak dengan artis lagi. HAHAHAH. 

agak-agak kenal tak sapa dorang ni. huuu

Lepas dekat 3 jam kat sana, selepasai ecah hantar segala resume dekat company-company yang berkenana yang buka booth kat sana.kami singgah pasar payang minum cendol ngan kereopok lekor goreng panas2 perghh lapar kan so memang bestlah.

Lepas makan-makan dekat ayammas Giant, kami gerak balik ke Kemaman.

Thursday, February 21, 2013

Malam Jumaat

Bismillah..
Hari ni da pon hari khamis. Esok Jumaat, yeay! aku cuti. Punyalah pemalas kan aku ni nak kerja. Padahal kerja sendiri weh. Banyak keje banyak la dapat duit. huuu penat jugak kerja mengadap PC 8 jam tanpa henti ni hiks.

Malam Jumaat antara malam yang dimakbulkan doa. So marilah kita berdoa banyak-banyak yer malam ni. InsyaAllah kalau kita bersungguh-sungguh dengan Allah, Allah akan tolong kita.

Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:

''Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

Lepas solat maghrib bacalah Al-Quran atau pun Surah Yassin..Banyakkan berzikir dan berdoa. Jangan kita terlalu leka dan lalai dengan hal duniawi sahaja.

Wassalam..

Pakej Komunikasi Belia Rebat RM 200 (PKB)

Bismillah..

Lepas BR1M, BR1M2.0, ada pulak BL1M dan jugak Pakej  Komunikasi Belia 1 Malaysia. wah.. banyaknya semua 1 M gitu.Terima Kasih PM kita..

Hari ni nak share dengan korang pasan Pakej Komunikasi Belia (PKB). pada korang yang belum tahu kerajaan memberi Rebat RM200

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM 200):
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

Cara nak memohon,. korang boleh terus ke laman web ini  SKMM
Lepastu pilih Pakej Komunikasi Belia
And than korang pilih pula samada korang ni Pelajar atau pun pekerja.

Contoh Print Screen

pilih mana yang korang nak


Contoh borang yang perlu diisi


No kp dan no kwsp (bagi yg bekerja tu sangat penting)

Bila da selesai isi, dorang akan mengahnatr slip untuk korang print di emel korang.menggunakan aplikasi PDF. 

PENTING! KAT SLIP TU AKAN ADA NO SIRI ATAU NO RUJUKAN 

contoh: 


Nampak tak No.Rujukan : APP tu? yg tu penting. korang bukan terus print terus dr laman web yer.

Korang boleh la print dan pergi ke kedai atau mana-mana aoutlet yang ada menawarkan pakej ni.

Selain tu, korang boleh usha dulu mana satu syarikat komunikasi yang korang nak samada Celcom, Maxis,DiGi, Umobile dan lain lain. Boleh jugak semak jenis telefon bimbit yang mereka tawarkan klik sini Pemberi Perkhidmatan . Pilih la mana satu yang korang suka. Dan buat lah pilihan yang bijak gitu. eh heee

*cepat sebelum terlambat yer. 
*Hope dapat membantu serba sedikit, kalau ada tersilap ke apa sila bagitau di kotak komen ok.

 wassalam.



Wednesday, February 20, 2013

BlackBerry Z10 Telah Dilancarkan di Malaysia

Bismillah.

Baru terbaca dekat facebook tadi, post dari Oh! Media tentang pelancaran BlackBerry Z10 yang telah dilancarkan hari ini di Malaysia pada harga RM2188.



iphone 5 vs BlackBerry Z10


Wow! boleh tahan harga dia kan.
Untuk meklumat lanjut boleh ke blog oh!geekz.com

BB means BestBuddy?  we will see

wassalam

Semak Keputusan SPM Secara Online dan SMS

Bismillah.

                                    



Kepada semua calon  yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2012 adik-adik boleh buat semakan result secara online  bermula pada 20 Mac 2013. Keputusan boleh di semak bermula dari jam 10.00 pagi  disekolah masing-masing.

Selain tu, adik-adik juga boleh menyemak secara SMS


SMS dengan mengikuti langkah dibawah.


Taip SPM Jarak hantar ke 15888
Cara Online pula, adik-adik boleh pergi ke laman web  SAPS . Caranya mudah sangat, ikuti langkah seperti dibawah.
1) Pergi ke laman web SAPS
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

*Credit Blog Kak  Yanmie 
Selamat Berjaya

Rabbit Park,Bukit Tinggi, Pahang

Bismillah..

Ha, hari ni nak sambung sikit kisah aku pergi bercuti balik hari ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang (korang faham tak maksud dia ni?) T____T.

Nak story masa pergi ke Rabbit Park. Kat sana korang kena turun dari Colmar Tropicale Berjaya Hill, Bukit Tinggi Pahang. Kawasan dia bawah dari situ. Naik kereta la senang kot, sebab lepas sudah tengok bebit korang boleh terus gerak balik, kecualilah kalau korang still nak posing2 atau jalan-jalan dalam Colmar Tropicale  tu.Korang kena naik shuttle.

Bayaran masuk kesana murah sahaja, RM3 untuk dewasa dan juga kanak-kanak macam aii auuuu.. -..-. Syok jugak la kat sini, boleh main-main, pelok-pelok dan berkejaran dengan rabbit yang gemuk gemu dan cute giler. Ini kalau aku bawak anak buah Caca Aqis ngan sara maunya penyek renab kat sini dikerjakan mereka. hahaha. Tunjuk gambar kat dorang, dorang da kemain teruja! siap ajak pergi. Jom kita pergi sekarang Ade! -..-

Ok sekarang kita layan gambar sampai pengsan :

 Dihadapan kedai jual tiket RM3 hengget -..-

 Bebit Nyowok 

 Gemok.Geram.

 Comel gila!!


 Anak buah: kenapa bebit ni mata buta?-yang mata hitam tu
Aku: hahahha (Gelak dalam hati)

  Besar.Berat.(abaikan SIL aii kat blakang tu.hahhha)

 Yang ni Terpaling Gebu.Pelik.Macho.


Selain dari Arnab, kat sini jugak ada haiwan lain macam Kuda, Hamster yang besar tu. apa nama dia ek> tikus belanda ek? entah lupa nama dia.Ada juga merak kayangan. kayangan kata kau -..-. Ada jugak Rusa.. ada yang ada tompok dan jugak yang plain. hamboi macam tudung pulak  ada plain ada corak. wakakka.

Rusa ni sombong tak nak layan aku T_T

Sempat snap gambar dengan rusa je yang lain tak amik pon. entah tak tersnap rasanya. lupa.
Lepas dah habis bermain-main dan bergomol-gomol dengan rabbit. kitorang pun gerak balik.

-Pada korang yang rasa2 macam nak pergi jugak ke sini boleh la rujuk ke alamat ni:


Colmar Tropicale, Berjaya Hills – MalaysiaKM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak28750 Bukit Tinggi, Bentong, PahangMalaysiaTel : + 60 (9) 288 8888Fax : + 60 (9) 288 3333
The End,

Wassalam.


Rindu Cici - Wordless Wednesday #34

Bismillah..

Dah lama tak up entry #WW ni huuuu


Sedih, kecewa, kesal, semua ada. Sebab kucing kesayangan aku dan family Cici dah hilang tak tahu kemana. Entah hidup ke tak ke, makan ke dia, sehat ke dia. huuuuu Semoga Cici selamat ok sayang. nanti balik lah yer kami semua  rindu Cici huuuu :' ((

Tuesday, February 19, 2013

Susulan Kes Bayi Dilambung

Bismillah..

Hah! padan muka kau..berita yang menggempar bebehari lepas,  bayi 4 bulan dilambung .Akhirnya si pelaku mendapat balasan.Bibik Indonesia yang mendera bayi berusia 4 bulan,  Mohame Harez Mohamed Zamri  akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun.

Petikan dari Facebook Berita Harian. 
PEMBANTU rumah warga Indonesia, Yuliana, 23 dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun di Mahkamah Seksyen, Kuantan, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu. - Foto Mustaffa Kamal


Sepatutnya sebat sekali tak pun lambung-lambung macam yang dia buat dengan bayi tu. Geram jek tengok muka dia ni (emo) sakit hati.Tak ada hati perut punya manusia.
Semoga Baby Harez tu sihat-sihat sahaja dan tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Petikan BH:

NINA Suraya Sulaiman, 24, membelai anaknya Mohamed Harez Mohd Zamri berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung amah warga Indonesia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, hari ini. - Foto Abd Halim 


Kesiannya kecik lagi kot. huuuu

BR1M 2.0

Bismillah.

Semalam penuh orang dekat Dewan Berlian MPK, ambil duit BR1M yang RM 500 dengan yang Bujang punya RM 250.00. baru separuh kot, sebab still ramai yang memohon belum ada jawapan, termasuk lah aku ngan adik- adik yang memohon. Tak tahulah ada rezeki kitorang ke tidak, kalau ada Alhamdulillah. kalau tak ada tak apalah mungkin rezeki orang lain la tu kan.


Cara nak semak samada korang layak ke tidak untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia ni, ada dua cara. 

- Satu, dorang akan hantarkan melalui post. Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat  disertakan tarikh dan tempat penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.

-Cara kedua korang boleh call di talian  hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013. Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

Bagi yang belum memohon tu, still boleh permohonan, kerana tarikh telah pernohonan telah  dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013, korang boleh memohon secara online atau pun boleh mendownload borang di website  LHDN.

Wassalam...



Instagram

Bismillah..

Selingan : Sekarang memang macam musim hujan kan? macam musim hujan yang tak kan sudah, gitew. Semalam Puchong naik air, tetiba kan. Angah cakap sepanjang dia dok sana tak pernah pun banjir, depan IOI Mall pulak tu. Tu lah namanya Kuasa Allah, kita tak boleh nak cakap mustahil kan. Kun Faya Kun.(Jadi, Maka Jadilah) dengan kehendak Allah.

Zaman teknologi yang serba canggih ni, dah macam2 appilication yang ada dalam gadget korang kan. dan salah satu yang WAJIB ada selain dari facebook dan Twitter adalah Instagram. Kalau korang pengguna smartphone, tapi tak tahu atau pun tak ada Instagram ni memang aaahhh xbestnya korang ni. HAHAHHA. tapi teropulang lah pada korang, korang punya hp korang punya pasaii....

Sekarang Instagram dah ada pun untuk PC/laptop, kita boleh LIKE dan stalk.hahah tapi tak boleh la upload pic la kat situ,cuma boleh guna hp sahaja. INSTAGRAM

Aku memang suka instagram ni.. leh stalk gambar orang. hahhaha tak adalah, aku cuma suka tengok apa yang kawan2 sharekan dalam instagram dorang. macam-macam yang dorang sharekan. Ada yang menarik, funny, annoying, macam2 la.



Aku pun tak tahu apa motif aku buat entry pasal Instagram ni. HAHAHHA. k lah bai. Sapa yang ada Instagram sila2 la  follow me ok. search jek eiydacomomot. Tapi aku private , xpe nanti aku accepted lah yer. hik. ;p




Sunday, February 17, 2013

Baby 4 Bulan Dilambung Pembantu Rumah

Bismillah..

Semalam gempar bila ada kes pembantu rumah Indonesia yang melambung2 anak majikan dia. Lepatu pagi tadik tgk kat fb ramai yang post/share videonya. Ya allah da macam tebar roti canai gayanya.


KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi Jumaat.
Katanya, perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi.
“Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Katanya, peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.
“Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Baru 4 bulan usia baby tu. Ya Allah. hope tak ada lah apa-apa berlaku dekat baby tu. dah dilambung2 macam saiko ada juga bila tengok video tu.  Aku rasa memang WAJIB la kena pasang CCTV dekat rumah pada sesiapa yang ambil pembantu rumah ni. tak kisah pembantu rumah dari negara asing mahukan tempatan, manusia ni bukan kita boleh tahu. tengok muka baik, tapi kat dalam hitam legam kejam. huuu

ni videonya: Baby kena Lambung Dengan Pembantu Rumah

Hope pembantu rumah dari Indonesia ni akan ditangkap dan dilambung-lambung macam tu gak. Tak pun lambung je sampai ke negara dorang tu. Dasar tak sedar diri, merempat negara orang, lepastu buat jahat. grrrr 

Saturday, February 16, 2013

Short Holiday- Bukit Tinggi

Bismillah..

Sejuknya, cuaca sangat tidak menentu sekarang. hari ni mendung je, da macam pukul 7 malam, padahal baru  pukul 11 pagi kot. Ni yang buat badan lemau mata layu ni. huuu

Alkisah, hari khamis lepas cadangnya nak balik kampung. kekonon macam nak supprisekan umi la, tapi nasin baik la aku rasa macam nak call umi dulu, dan umi cakap tapayah balik sebab family BIL ada datang dari perlis.So bilik tak ada kosong.huu sedih baq hang. Adek aku cakap dia xpuas hati sebab dia da siap pack baju nak balik kg.

Tetiba datang idea yang bernas dari kami. nak pergi bercuti satu hari, fikir punya fikir kitorang pilih ke Bukit Tinggi.Aku google2 baca blog  pasal Bukit Tinggi ni. Ok set! kitorang ke Bukit Tinggi. Tapi bajetnya ciput giler. So adek bagi cadangan aku bayar tol. dia isi minyak. makan minum dan segala yang lain sendiri-sendri. Intai2 lam purse, erk!cukup2 jek kot duitnya. dengan muka pasrah aku ikut jugak lah.

Gerak pukul 7.30 pagi. pukul 10 lebih sampai kat genting sepah, sarapan dulu kekenyang, sebab mknn kt atas nun mahai ooo. bajet2. lepas kenyang, naik ke bukit tinggi. berbekalkan GPS hik. sampai sana bayar RM12 for dewasa dan RM 8 for kekanak. naik punya naik, naik pusing sana pusing sini kona sana kona sini. bluweekkk rasa nk muntah sebab perot kn full br lepas sarapan nasi lemak telo mata -..-

da sampai weeehoooo!!


sampai park kereta terus posing sana posing sini. hahah xcited giler kot! sebab mmg dah lama berangan2 nak pergi bukit tinggi ni tapi plan punya plan mmg tak menajdi. last minit punya plan ni jugak menajdi. weehooo... best la kat sini feeling2 kat peghancis uolss.. hahah  meh layan gambaq. oh ya gambar  IPAD quality sajo. so maaplah yer.


 posing jangan tak posing adek2 

 Black Swan 

 Japanne's Village 

Lepastu naik dhuttle ke Jappane's village.. punya lah tinggi nak naik ke sana. gayat haku. jalan pusing, takut cuak pon ado. stress pon yer sebab naik skalmi ngan pelacong dr mn entah bising gil;er dorang siap nyanyi kuat2 sambil tepuk tanga, adehh geram kitorang.. bingit.. buat bunyi kera, monyet semua ada. hayoo sabar jek la datang negara orang buat macam negara sendiri macam ni lah. no respect! sakit hati.

 Rabbit Farm 

Lepas tu, ke Rabbit farm. naik kereta sendiri. malam nk tunggu shuttle (xtau eja macam mana) -..-, sebab lambat. Tapi pic xbanmayk lak dalam ipad sebb seghonok dok main2 kenyek2 rabbit yg cecomel dan gemokk.. eee grammm.. pic semua dalam, hp adek. (nntilah upload)

Layan gambar lagi. ni br sikit berlambak lagi dalam hp adek belum di save. hik.


 Orang tak la ramai sangat,



 Cantik permandangan kat sini. naik menara tinggi skit,perghh sejuk sampai ke tulang.


White Swan.

Selesai semua dalam pukul 4 lebih turun, singgah kat petronas genting  beli air ngan pau. (xmakan tgh hari sebab bajet ciput LOL). makan2 dalam kereta jek naik ke gentimg pulak. Da nyaris2 nak bl tix skyway, skali org tu ckp kena tunggu dalam sejam br leh naik. aku usha dulu kat tempat naik skyway amagadd giler ramai yang beratur semua cina ma.. huuuu.. so xjadi lah naik ke genting. tuerun
balik, bl buah tangan fridge magnet is the wajib lah kalau pg mana2 kan. buat kenangan. lepastu gerak balik. singgah makan+solat dekat RnR Gambang. Sampai kat rumah dalam pukul 10.00 malam. pheww penat.lepastu bagitau kat akak2 yg kitorang pergi Bukit Tinggi. haaa dorang tidak percaya. tunjuk gambar baru nak caya...xkisah arr bajet ciput pon janji leh g jalan2 ko hado? kih2. kbai.lepasni cadang nak ke Genting puiak. yeay!!

*bangun pagi ni kaki sakit, kes panjat tangga tinggi ngan bukit masa pergi Jappaness Village.
*kalau ada typo ke ejaan salah ke sila maapkan saya yer. (malas nak check balik) -..-

Tuesday, February 12, 2013

Ikea punya pasal

Bismillah..

Alhamdulillah, oleh sebab terlalu mengidam nak makan meatball di Ikea, finally impian tercapai jua. kah3. poyooo semua ni.. *gaya johan* 
Sebenarnya dah lama giler tak merasa kelazatan dan kesedapan kelamakkan meatball di ikea. dan kelemakkan dan kemanisan kek almond di ikea. dan juga.. dan dan... bla bla lalala....

Pergi KL pun sebab dan tolong kak ngah pack barang, angkut barang dia naik lori. Dia dah nak pindah balik kemaman. Aku gerak hari khamis malam, dalam pukul 2 pagi sampai  di apartment di puchong. pagi esoknya, gerak ke KL, tapi oleh sebab jalan punya lah jem, dah nak cuti CNY kan. ingat nak naik train jek, lepas tu tak jadi sebab giler ramai orang huuu.. kalau cam gini lah suruh dok KL free pon gwe enggak mahu lah lemas dengan lautan manusia fuhhh serabut kot. last2 tukar plan, tak jadi jalan2 naik train, naik je kereta dengan BIL ngan kak ngah. Pergi Ikea terus. yes!! aku memang seronok dua ronok beronok lah hiks..sampai Ikea dalam pukul 2 lebih kot. masa tu pulak memang lapar tahap gangbang dah. Ape lagi terus meluru ke food corner.. terus capai capai dan capai .. terhasil lah sepinggan meatball 10 biji, salmon sepinggan,kek almond sekeping dan juga sekotak air. oh yer masa nak balik sempat beli aiskrim dan sebungkus curry puff yer dapnyaaa


Pergh.. sedapnyaa puas hati dapat makan banyakkkkk.. yerlah lepas ni xtau bila lagi boleh pergi  *poyonya* ;p.
Adek ngan adek ipar xpernah datang Ikea ni. Dorang masih blur2 .dorang suka makanan kat sini dan paling best harga dia tak mahal, berbaloi2.. sampai SIL cakap xpuaslah makan, menyesal tak ambil yang 15 ketol meatball tadik. kah3 overnya kau makan dek!

 amboi tengok muka kemewek dapat makan salmon ahaha

 SIL ngan my Bro

 sedap hingga menjilat kaki hiks 


pipi tu kembong sebab meatball besar sumbat sebijik dlm mulut -..- 

Lepas kenyang gegiler, kitorang jalan2 cuci mata pulak dalam ikea.. usha2 barang dalam tu. semua berkenan dimata. tapi tak di poket. duit kureng... tapi dalam kureng2 pon, aku sempat jugak sambar sebijik katil ikea! hahah sebenarnya dah la aim nak katil ike tersebut, alhamdulillah hajat tercapai jua giteww. sambar jugak satu karpet  bulu2 putih ngan kotak storage. Puas hati sangat pergi Ikea kali ni sebab dr pukul 2 petang sampai da magrib baru balik rumah.  heeeeee.. xsabar nak pasang katil tu kat rumah kampung. 

LEIRVIK Bed frame - Queen - IKEA

cantik tak? heeee 

Sheepskins & Cowhide Rugs - IKEA
amboi lembut tu.. macam bulu kambeng bekk bekk ;p 
next time kalau ada rezeki nak ke ikea lagi, banyak lagi perabot2 barang2 yang aku aim.. aim jek laa duit kendian kumpul yer. hehehehe..
Ok wassalam